Saturday, May 09, 2009

..jalan ini....

--


Jalan ini sunyi

Tiada yang menyusuri
Jalan ini sepi
Penuh onak duri
Dalam perjalanan ini ku mencari
Nilai dan harga diri
Buat satu destinasi
Di persimpangan yang ku lewati
Setitis cahaya menyinari
Meresap ke dalam hati
Bahawa di sini ku temui
Kebenaran yang hakiki
Adalah kerana jalan ini
jalanMu ya Ilahi

oleh: AiaM


posted by Diane the Hermit

Thursday, May 07, 2009

KARAKTER ORANG KAYA

Untuk mengetahui samada anda miskin atau kaya, lihat senarai di bawah dan tandakan karakter-karakter yang anda miliki.

1. tak busuk hati kepada sesiapa sahaja
2. sentiasa bersyukur walau di dalam keadaan susah
3. sentiasa menilai dan memperbaiki keindahan diri
4. pengasih dan penyayang kepada semua makhluk
5. pemurah walaupun di dalam kesempitan
6. pengampun walaupun kepada musuh apabila dia benar-benar memohon maaf
7. bertakwa
8. penyabar walaupun dinista dan dicaci
9. meredhai apa juga samada kepada yang baik atau yang buruk, membawa keuntungan atau yang membawa kerugian
10. ehsan sesama makhluk
11. ikhlas di dalam apa juga perkara
12. jujur dengan diri sendiri
13. amanah seluruh hayat
14. tawakal setelah berusaha semaksimanya
15. bijaksana dan mampu mencari kaedah yang paling berkesan dengan kos yang paling rendah
16. lemah lembut di dalam perbuatan, tuturkata dan rasa
17. sopan santun walaupun pada yang lebih muda
18. berbudi bahasa
19. memahami perasaan orang lain
20. berharta dan mempunyai wang
21. berilmu
22. muafakat
23. adil dan saksama
24. patuh dan taat kepada perintah dan arahan
25. tenang walaupun nyawa mahu kembali ke asalnya
26. tegas di dalam mendisiplin jatidiri
27. bertolak ansur di dalam perundingan
28. beradab walaupun sedang menyendiri
29. menjaga nama baik diri dan darah keturunan
30. pembersih zahir dan batin

JUMLAHKAN KARAKTER-KARAKTER YANG ANDA MILIKI BAGI MENGETAHUI SAMADA ANDA KAYA ATAU MISKIN.

30-26 MENANDAKAN BAHAWA ANDA ADALAH GOLONGAN YANG KAYA
25-16 MENANDAKAN BAHAWA ANDA ADALAH DARI GOLONGAN PERTENGAHAN.
15 - 5 MENANDAKAN BAHAWA ANDA BERADA DI DALAM SENARAI ORANG MISKIN.
4 ATAU KURANG MELETAKKAN ANDA DI DALAM GOLONGAN PAPA KEDANA.

___

"kemiskinan hampir dengan kekufuran"

Tuesday, May 05, 2009

MEMBEBASKAN TEKANAN EMOSI DIRI


***
Oleh: Diane the Hermit

Artikel ini saya tujukan khas buat rakan kongsi

MPSB yang masih mengalami tekanan emosi
dalam apa jua bentukpun..

EFT adalah kaedah ringkas dan menakjubkan
yang boleh digunakan bagi membantu kita
membebaskan tekanan emosi.

Saya amat prihatin dengan apa yang dialami
oleh rakan kongsi MPSB itu. Seharusnya
yang terlibat itu diberi bimbingan sekurang-
kurangnya dalam bentuk kaunseling agar
mereka tidak merasa 'sudah jatuh, dibiarkan
sahaja pula'.

Isu-isu emosi yang tidak diselesaikan adalah
penyebab atau penyumbang utama pelbagai
penyakit, samada masalah emosi ( trauma,
kebimbangan, kemurungan, keketagihan,
fobia, masalah rumahtangga...) atau penyakit
fizikal ( masalah pernafasan, tekanan darah,
migrain, cancer...)

Pakar psychology atau doktor perubatan
moden kurang berkesan dalam menangani
masalah kesihatan yang bersangkutan
dengan tekanan emosi ini kerana pendekatan
yang mereka ambil tidak lengkap...

Jadi apa pilihan yang ada untuk kita? Nenek
moyang kita yang menghuni bumi kita pada
masa kira-kira 5 000 tahun yang lalu rupa-
rupanya ada meninggalkan untuk kita satu
hadiah yang tidak ternilai harganya...

Ianya adalah 'alat' yang mungkin boleh kita
semua amalkan dalam menangani masalah
emosi yang sering menjelma sebagai
masalah fizikal ini.

Secara ringkasnya terdapat satu sistem di
dalam badan kita yang tidak mendapat
perhatian di dalam pembelajaran di mana-
mana institusi pembelajaran di dunia ini.

Sistem yang misteri itu adalah sistem
TENAGA. Ingat... kita adalah makhluk
cahaya dan tenaga. Seperti sistem-
sistem lain ( peredaran darah, saraf, limfa,
rangka/tulang..) sistem tenaga kita hanya
akan berfungsi jika ianya sempurna dan
bebas dari sebarang gangguan.

Tenaga yang dimaksudkan adalah tenaga
elektrik yang sangat rendah kuasanya. Namun
begitu pengaruhnya ke atas kesihatan kita
adalah amat ketara. Oleh sebab itu nenek
moyang kita di zaman silam amat menitik
berat aspek yang mungkin dianggap oleh
sains moden sebagai remeh.


1. Apakah penyumbang utama kepada
gangguan tersebut..?

Jawapannya :


ISU-ISU EMOSI YANG
KITA GALAS DI DALAM
hati dan minda kita.

2. Apakah kaedah yang boleh kita gunakan
untuk memperbetulkan litar tenaga yang
terdapat di dalam badan kita ini?

MENGETUK DENGAN
JARI HUJUNG TITIK- TITIK
MERIDIAN/ SISTEM
TENAGA KITA ITU.

Kita perlu memberi fokus kepada memori-
memori yang menyakitkan kita itu lalu mengenal
pasti apa emosi negatif yang terasa berkaitan
dengannya. Inilah emosi yang akan kita
keluarkan dari sistem tenaga kita itu. Kita hanya
boleh membebaskan emosi-emosi negatif yang
kita rasa itu satu persatu, jadi prosedurnya
perlulah diulang-ulang sehingga kita rasa tiada
lagi yang tinggal untuk memberi gangguan
kepada sistem tenaga kita..

4. Secara langsung/tidak langsung ramai yang telah
mengalami penyembuhan pelbagai penyakit
fizikal bila mengamalkan apa yang dipanggil
EFT ini.

Susah untuk percaya? Sudah semestinya..
Jangan kita lupa kita adalah makhluk penuh
keajaiban yang telah lupa akan anugerah
kehebatan/keajaiban diri kita ini...

Manualnya: sila ke Youtube

Emotional Freedom Technique


***

Tolong sebar dan bantulah sesama kita agar semua
boleh memahami dan mengguna pakai EFT ini.
Pada Allah jua kita perlu berserah...redha, bersyukur
dan tawakkallah seikhlas-ikhlasnya..

p.s. Saya berjaya mengatasi masalah resdung,
hidung terlampau sensitif saya selepas beberapa
kali mencuba...mengetuk dengan jari titik-
titik tertentu di muka dan tangan..selepas
menanggungnya kira-kira 10 tahun... bagi
seorang yang tiada skil LANGSUNG mempromosi
produk-produk MLM.. saya berada di sini...
mempromosi pula 'produk' yang sudah semestinya
berbunyi tersangat aneh dan pelik ini. :-))

Apapun, komen Hj Radhi pada artikel saya
sebelum inilah yang 'memanggil' saya untuk
menulis artikel ini. Semuga semua mendapat
manfaat dari EFT ini, esp Hj Radhi.. doa ikhlas
dari saya moga sembuh, amin ya rabbal 'alamin..


dianehermit@gmail.com