Tidak lama lagi seluruh umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Masa untuk pulang ke kampong halaman. Inilah masa yang sesuai untuk bertemu dengan kedua ibu-bapa dan saudara mara. Ini adalah masa bergembira untuk hampir semua orang, masa untuk bermaaf-maafan dan memohon ampun zahir dan batin. Pada Hari Raya semua memakai pakaian baru.
Pakaian baru ini seolah-olah melambangkan bahawa kita semua telah berjaya dan mendapat kemenangan besar pada bulan Ramadhan. Kita berjaya tidak makan dan tidak minum sepanjang bulan yang mulia ini. Kita semua berjaya menahan lapar dan dahaga.
Pada bulan Ramadhan kita semua bertukar menjadi orang yang suka beribadat. Suasana di mesjid pada waktu malam berlainan dengan hari-hari biasa di luar bulan Ramadhan. Dari sekecil-kecil hingga yang tua-tua, semuanya sibuk melakukan ibadat Terawih di dalam bulan ini.
Selalunya mesjid dipenuhi oleh jemaah lelaki tetapi lain pula pada bulan Ramadhan, kaum wanita berduyun-duyun ke mesjid. Semuanya mahu mengambil berkat pada bulan Ramadhan dengan melakukan banyak ibadat. Sembahyang cukup lima waktu ditambah dengan solat-solat sunat. Bacaan Al Quraan berkumandang pada bulan Ramadhan ini. Apabila Ramadhan sampai kepenghujungnya, mulai malam ke27 Ramadhan - suasana menjadi semakin gembira kerana pada 1hb Syawal, kita semua menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kemenangan. Kita semua telah menang. Semua ibadat kita telah diterima Allah. Pada Hari Raya kita merayakannya.
_____________
Ibubapa berkira dengan wang di dalam tangan kerana banyak wang yang akan dibelanjakan. Minyak kereta, tol, pakaian baru, kuih muih, membeli lauk pauk, lemang, ketupat, rendang, wang yang akan diberikan kepada anak-anak saudara, pada saudara mara yang tua dan wang untuk dimasukkan ke dalam sampul hijau buat anak-anak dan kanak-kanak yang berkunjung ke rumah menjadi bajet utama di dalam senarai perbelanjaan.
Jumlahnya berbeza-beza dari satu keluarga ke satu keluarga yang lain. Serendah RM 150.00 hingga RM 15,000.00 atau lebih dibelanjakan semasa hari raya. Terdapat juga keluarga yang membelanjakan sehingga RM 75,000.00 semasa menyambut hari raya kerana mengadakan majlis menyambut hari raya di hotel dan ditempat-tempat yang eksklusif.
Lagi ramai kenalan kita dan lagi besar rangkaian yang ingin kita ujudkan, maka makin tinggilah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menyambut Hari Raya ini. Ada di antara orang kenamaan negara terpaksa berbelanja lebih dari RM 250,000.00 untuk menyambut Hari Raya kerana tetamu yang hadir melebihi 5,000 orang.
Tidak kurang juga umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya di luar negara bersama saudara mara yang menetap di sana atau bersama anak yang belajar diluar negara.
Ada juga yang menyambut hari raya bersendirian.
_____________
Walau apapun keadaannya:

_________________________
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
M A A F D Z A H I R B A T H I N