Tidak lama lagi seluruh umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Masa untuk pulang ke kampong halaman. Inilah masa yang sesuai untuk bertemu dengan kedua ibu-bapa dan saudara mara. Ini adalah masa bergembira untuk hampir semua orang, masa untuk bermaaf-maafan dan memohon ampun zahir dan batin. Pada Hari Raya semua memakai pakaian baru.
Pakaian baru ini seolah-olah melambangkan bahawa kita semua telah berjaya dan mendapat kemenangan besar pada bulan Ramadhan. Kita berjaya tidak makan dan tidak minum sepanjang bulan yang mulia ini. Kita semua berjaya menahan lapar dan dahaga.
Pada bulan Ramadhan kita semua bertukar menjadi orang yang suka beribadat. Suasana di mesjid pada waktu malam berlainan dengan hari-hari biasa di luar bulan Ramadhan. Dari sekecil-kecil hingga yang tua-tua, semuanya sibuk melakukan ibadat Terawih di dalam bulan ini.
Selalunya mesjid dipenuhi oleh jemaah lelaki tetapi lain pula pada bulan Ramadhan, kaum wanita berduyun-duyun ke mesjid. Semuanya mahu mengambil berkat pada bulan Ramadhan dengan melakukan banyak ibadat. Sembahyang cukup lima waktu ditambah dengan solat-solat sunat. Bacaan Al Quraan berkumandang pada bulan Ramadhan ini. Apabila Ramadhan sampai kepenghujungnya, mulai malam ke27 Ramadhan - suasana menjadi semakin gembira kerana pada 1hb Syawal, kita semua menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kemenangan. Kita semua telah menang. Semua ibadat kita telah diterima Allah. Pada Hari Raya kita merayakannya.
_____________
Ibubapa berkira dengan wang di dalam tangan kerana banyak wang yang akan dibelanjakan. Minyak kereta, tol, pakaian baru, kuih muih, membeli lauk pauk, lemang, ketupat, rendang, wang yang akan diberikan kepada anak-anak saudara, pada saudara mara yang tua dan wang untuk dimasukkan ke dalam sampul hijau buat anak-anak dan kanak-kanak yang berkunjung ke rumah menjadi bajet utama di dalam senarai perbelanjaan.
Jumlahnya berbeza-beza dari satu keluarga ke satu keluarga yang lain. Serendah RM 150.00 hingga RM 15,000.00 atau lebih dibelanjakan semasa hari raya. Terdapat juga keluarga yang membelanjakan sehingga RM 75,000.00 semasa menyambut hari raya kerana mengadakan majlis menyambut hari raya di hotel dan ditempat-tempat yang eksklusif.
Lagi ramai kenalan kita dan lagi besar rangkaian yang ingin kita ujudkan, maka makin tinggilah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menyambut Hari Raya ini. Ada di antara orang kenamaan negara terpaksa berbelanja lebih dari RM 250,000.00 untuk menyambut Hari Raya kerana tetamu yang hadir melebihi 5,000 orang.
Tidak kurang juga umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya di luar negara bersama saudara mara yang menetap di sana atau bersama anak yang belajar diluar negara.
Ada juga yang menyambut hari raya bersendirian.
_____________
Walau apapun keadaannya:

_________________________
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
M A A F D Z A H I R B A T H I N
1 comment:
Tok Janggut,
Saya adalah partner MPSB. Selama ini saya membaca ruangan di dalam blog ini. Terima kasih saya ucapkan. Suami saya ingin mengucapkan perkara yang sama.
Bulan puasa ini kami kami berdua membaca semua artikel dalam blog ini untuk mempelajari dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada Mercantile dan diri kami suami isteri.
Saya telah mengeluarkan wang simpanan suami saya untuk melabur di dalam MPSB sebanyak 25 ribu. Baru 2x saya mendapat bonus. Sebahagian wang itu saya masukkan ke dalam ASB dan sebahagian lagi saya bayar semua hutang kad kredit master.
Apabila bonus tidak diterima lagi, wang suami saya tersangkut, mula-mulanya suasana agak baik. Wang 25 ribu simpanan suami saya sebenarnya akan digunakan untuk membeli rumah kerana selama ini kami menyewa.
Apabila tiada bonus dan pemaju menuntut wang bagi memenuhkan perjanjian 10% sebagai downpayment. Puas kami mencari wang untuk itu. Minta pada adik beradik saya dan suami tetapi permohonan kami dari adik beradik ditolak mentah-mentah malah kami dicemuh kerana melabur dengan syarikat MSB. Akibatnya, hubungan saya dan adik beradik jadi renggang. Begitu juga suami saya terus merajuk dengan adik-adiknya.
Kami berdua bergaduh besar dan pernah sampai untuk berpisah. Anak-anak jadi takut. Adik beradik kata padan muka.
Kami berdua mengambil keputusan untuk berpisah juga tetapi selepas hari raya. Saya amat sedih dan saya lihat suami saya juga tersiksa dengan apa yang berlaku.
Entah bagaimana satu hari saya tergerak untuk membuka blog Tok dan membaca dari mula. Semasa membaca artikel Tok, suami saya datang dan duduk disebelah saya.
Kami sudah lama tidak bercakap, sama membaca dalam keadaan masing2 diam. Apabila membaca bab redha, suami saya menangis tersedu-sedu dan terus memegang tangan saya. Saya tahu suami saya seorang yang sensitif.
Sejak itu pada bulan Ramadhan kami berbaik-baik semula dan memahami mengenai diri kami sendiri. Kini kami menerima apa yang berlaku dengan penuh keredhaan.
Terima kasih Tok Janggut kerana menyedarkan kami bahawa wang itu bukanlah keutamaan di dalam hidup. Banyak lagi yang patut diutamakan seperti kasih sayang dan lain2 lagi.
Kami belajar kesalahan diri kami. Anak2 gembira dengan perubahan diri kami. Wang pendahuluan rumah telah kami bayar apabila datuk saudara datang kerumah dan tahu apa yang kami lalui. Dia mendahulukan wang simpanannya sendiri dan berkata kepada saya bahawa bayarlah apabila ada wang nanti kerana dia tidak memerlukan wang sebanyak itu.
Katanya, hidupnya telah cukup semua. Kami berdua suami isteri banyak belajar hari ini dan ingin mengucapkan terima kasih pada tok dan mengucapkan selamat hari raya.
Kami mohon Tok dapat mendoakan untuk kami supaya rumah tangga kami berkekalan. Hingga setakat ini sahaja Tok.
Kami ada menghantar no telefon dan alamat rumah.Manalah tahu Tok akan menghubungi kami dan jika berpeluang datanglah ke rumah baru kami supaya kita boleh berbuka puasa bersama-sama suami dan anak-anak saya.
Selamat Hari raya Tok.
Post a Comment