1. tak busuk hati kepada sesiapa sahaja
2. sentiasa bersyukur walau di dalam keadaan susah
3. sentiasa menilai dan memperbaiki keindahan diri
4. pengasih dan penyayang kepada semua makhluk
5. pemurah walaupun di dalam kesempitan
6. pengampun walaupun kepada musuh apabila dia benar-benar memohon maaf
7. bertakwa
8. penyabar walaupun dinista dan dicaci
9. meredhai apa juga samada kepada yang baik atau yang buruk, membawa keuntungan atau yang membawa kerugian
10. ehsan sesama makhluk
11. ikhlas di dalam apa juga perkara
12. jujur dengan diri sendiri
13. amanah seluruh hayat
14. tawakal setelah berusaha semaksimanya
15. bijaksana dan mampu mencari kaedah yang paling berkesan dengan kos yang paling rendah
16. lemah lembut di dalam perbuatan, tuturkata dan rasa
17. sopan santun walaupun pada yang lebih muda
18. berbudi bahasa
19. memahami perasaan orang lain
20. berharta dan mempunyai wang
21. berilmu
22. muafakat
23. adil dan saksama
24. patuh dan taat kepada perintah dan arahan
25. tenang walaupun nyawa mahu kembali ke asalnya
26. tegas di dalam mendisiplin jatidiri
27. bertolak ansur di dalam perundingan
28. beradab walaupun sedang menyendiri
29. menjaga nama baik diri dan darah keturunan
30. pembersih zahir dan batin
JUMLAHKAN KARAKTER-KARAKTER YANG ANDA MILIKI BAGI MENGETAHUI SAMADA ANDA KAYA ATAU MISKIN.
30-26 MENANDAKAN BAHAWA ANDA ADALAH GOLONGAN YANG KAYA
25-16 MENANDAKAN BAHAWA ANDA ADALAH DARI GOLONGAN PERTENGAHAN.
15 - 5 MENANDAKAN BAHAWA ANDA BERADA DI DALAM SENARAI ORANG MISKIN.
4 ATAU KURANG MELETAKKAN ANDA DI DALAM GOLONGAN PAPA KEDANA.
___
"kemiskinan hampir dengan kekufuran"
2 comments:
Satu penulisan yang amat bijak,saya terasa menjadi orang kaya. Selama ini saya selalu mengatakan bahawa definisi kekayaan itu seperti fahaman orang ramai tetapi apabila mengamati artikel ini, saya mendapat markah yang agak tinggi juga walaupun tidak sampai 20. Ini juga menjadikan saya orang kaya. Artikel ini membuka minda saya membuatkan saya faham pada kata2 'kemiskinan ini hampir dengan kekufuran'. Artikel ini terus menyangkal ceramah-ceramah agama yang pernah saya ikuti. Kemiskinan kepada ramai penceramah terbatas kepada wang dan harta.
Terima kasih kerana membuka minda saya.
Thank you for the interesting article. Saya akan buatkan poster dan tampal di bilik kuliah saya.
- Juenita Dato' Haniff
Post a Comment