Setiap hari kita berusaha untuk mendapatkan rezeki. Sibuk dengan kerja, mesyuarat, merencanakan perancangan perniagaan, menghadiri kursus untuk memantapkan diri di dalam bidang yang diceburi, menceburkan diri dengan berbagai-bagai jenis perniagaan samada perdagangan, konsultansi, jualan langsung dan 1001 jenis usaha yang lain.
Ramai yang mengeluh, semua yang diceburi tidak menjadi. Dalam masa yang sama ada yang bersungut bahawa si polan itu dan si polan ini memperolehi wang dengan senang. Hidup mereka kelihatan ceria, berkereta besar ke sana dan ke sini. Setiap hujung minggu sarat membeli belah.
Si polan hanyalah segelintir manakala yang bersungut jumlahnya terlalu besar. Mereka yang makan gaji pula terasa sempit kerana harga barang melambung sedangkan gaji di takuk lama.
Cabaran semakin sengit. Peluang terbuka untuk membuat kerja-kerja yang bertentangan dengan prinsip diri. Golongan yang memegang kuasa pula tercabar apabila di rumah serba tak mencukupi tetapi yang memerlukan kita menggunakan kuasa menawarkan wang yang lumayan dan ganjaran yang besar.
Apakah pilihan yang kita ada apabila kita SIBUK tetapi TAK BERWANG?
Apakah hidup ini hanya mimpi dan harapan?
(di pos oleh: Zamri Abu Bakar, Kuala Lukut, Negeri Sembilan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment