Sunday, April 20, 2008
T h e T r u t h = K e b e n a r a n
".....amanah mereka telah kita abaikan untuk menjaga tanah dan air...."
A great deal of intelligence is invested in ignorance and corrupted mind.
Terlalu banyak kepandiran telah dileburkan untuk membangunkan minda yang penuh virus untuk kepentingan diri dan lingkungan sendiri yang melampau.
Tidak tahu berapa lama lagi kita sanggup memenjarakan diri di dalam minda yang rosak, terkongkong di dalam jaring besi ghaib pertubuhan, kedudukan, keturunan, perbezaan warna kulit, status masyarakat, latarbelakang pendidikan, lagak hidup, wang di dalam bank, harta di luar negara, banglo di puncak sayup bukit dan berbagai-bagai jenis penjara yang dibuat oleh tangan sendiri.
Hulurkankanlah tangan pada yang sudah berada di luar supaya dapat di tarik membebaskan diri menuju ke jalan yang benar. Berbekalkan modal insan, kita menyusun barisan yang mantap, penuh keimanan, penuh perjuangan dan ada ketentuanNya.
Bangunlah dan pecahkan penjara diri itu, marilah kita bersama-sama penuh kasih dan sayang, mengutip sisa-sisa hidup menuju ke damai abadi.
Bangunkan barisan, kuatkan angkatan, susun penuh strategi, kukuh disiplin diri yang tiada taranya, hidup akal fikiran, nafas suci menerjah setiap urat saraf - mengembang dan menyegarkannya sekaligus mencampakkan seluruh penyakit yang melekat, membuatkan darah kembali bertenaga apabila diisi dengan INGAT (zikr) kepadaNya.
Syukur akan apa jua pemberian anugerahNya setelah apa yang kita usahakan menemui kebuntuan jalan kegagalan. Bermohonlah, mintalah yang lebih baik sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Saksama, Maha Bijaksana dan Maha Memahami keluh resah suka nestapa hambaNya.
Sucikanlah diri itu dengan air pancuran yang mengalir tanpa henti kita memohon supaya segala kekotoran, sekalian penyakit, sekelian dosa, sekalian maksiat, sekalian kelalaian, sekalian kegelapan, , sekalian yang hodoh, sekalian hijab dan dari sekalian yang jahat-jahat dibersihkan dari tubuh kita rohani dan jasmani.
Sucikanlah minda kita dari gelombang dan elektromagnetik yang melekat di kepala kita dengan meletakkan dahi kita ke bumi.
Dan pastikan kalimah yang keluar dari mulut adalah perkataan yang mulia dan penuh hormat melimpah kasih dan sayangNya.
Tanah dan air - tanah tumpah darah - bahasa jiwa bangsa - biar berputih tulang asal jangan berputih mata - tiada hilang kebenaran di dunia - yang baik maka baik jugalah hujungnya SEMUA KATA-KATA INI TELAH TERKUBUR.
________________
dari SUARA RIMBA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalammualaikum tok janggut.
Sejak berita siasatan BNM diketahui, saya amat tertekan sekali. Gaji tinggal sedikit, kerana meminjam untuk menjadi rakan kongsi MPSB disamping berhasrat keluar dari belenggu kewangan. Saya akan berkahwin bulan June 2008. Semua sudah tahu, kemana harus saya mengadu untuk perbelanjaan majlis nanti....? Ya Allah engkaulah yang berkuasa. Keluarkan MPSB dari kemelut ini segera.
Post a Comment