Friday, June 27, 2008

TAFAKUR PAGI JUMAAT, apakah kita hanya berserah?

11 comments:

Anonymous said...

Kepada Tok Janggut,

Saya mengalirkan air mata setelah mendengar nyanyian penyanyi muda ini. Saya tersentuh tak pernah dengar lagu ini. Bangga saya rasa menjadi umat Islam. Tok Janggut ni siapa sebenarnya? Jika perkataan yang ada untuk diberikan pada Tok Janggut ialah VERSATILE. Adakah Tok Janggut seorang tua. Siapa Tok Janggut ini, saya selalu tertanya.

Apakah Pelan Tindakan Penyelesaian itu yang dimaksudkan oleh Tok Janggut. Apakah tok Jnggut ini ahli MC? Tok tunjuklah muka Tok itu.

Anonymous said...

TokJanggut,
MPSB hancur disebabkan oleh perbuatan satu manusia yang tidak berpuas hati dengan MPSB. sedangkan dia sendiri turut menanggung rugi bila tindakn BNM lakukan. Kalau dulunya dividen masuk berpuluh ribu sebulan-sekarang hampeh...kalu dulunya mampu memandu Merz mata belalang-tunggulah masa Merz tu bakal dirampas bank...Kalau dulunya hebat mendakwa MPSB sekarang dia akan didakwa atas tuduhan menculik dan perasugut...Lihatlah selicik-licik manusia akhirnya taktik ter makan diri. Carilah mana-mana lawyer terbaik untuk selesaikan kesnya.Inilah manusia yg menyusahkan 25000 rakan kongsi..bukan setakat orang lain tetapi juga anak-anak dan isterinya. Mengapa dia tidak fikir implikasi yg telah dilakukannya. Tapi semuanya dah terlewat. ANJING YANG BERMAINDENGAN BAYANG-BAYANG AKHIRNYA AKAN RUGI SEGALANYA. Ingatlah di AKHIRAT nanti 25000 tangan menadah meminta habuan yg telah difitnah dan dirampas olehnya. JANGANLAH INSAF BERBUAT DENGKI DAN TAMAKLAH SEPUAS HATIMU.

Anonymous said...

PENTING!!!
KEPADA SEMUA RAKAN KONGSI CUBA BACA MAKLUMAT TERKINI INI DAN CETAK SERTA EDARKAN KEPADA SEMUA RAKANKONGSI. INI SEBAGAI BUKTI BAHAWA MPSB BERUSAHA HINGGA KE PERINGKAT TERTINGGI BAGI SELESAIKAN MASALAH INI. SYABAS BUAT MPSB. HILANG KABUS TIMBULLAH TERANG DAN SINAR MENATARI AKAN MENYINARI MPSB.
sila klik link di bawah:

http://mpsb.freeforums.org/portal.php?article=2

Anonymous said...

Assalamualaikum Tok.
We dont need to study law in order to understand BAFIA or AMBLA. We only need to understand English to read all information available in BNM webpage. Orang kita banyak buat silap kerana kurang ilmu atau terlalu mengikut perasaan. Saya syorkan BNM sendiri sediakan program awareness tentang undang undang kewangan kepada rakyat supaya kita berilmu sebelum mengamalkan apa apa sistem yang membabitkan wang. BNM sebagai sebuah institusi kewangan yang menjaga kepentingan undang undang kewangan negara dan rakyat harus memberi tunjuk ajar kepada rakyat kerana undang undang yang melibatkan wang ada di tangan BNM.

Anonymous said...

Telahan saya betul. Selama ini saya jadi pemerhati melihat antara freeforum Abe Lee dan blog Tok Janggut. Hari ini jawapan selama ini tepat.

Saya pernah menghantar pos ke freeforum tetapi saya ditegur walaupun niat saya baik dan teguran saya pada forumer supaya tidak membocorkan maklumat yang belum ada kesahihanya.

Saya kenal dengan lembaga pengarah MPSB dan telah beberapa kali mendengar taklimat dari mereka tetapi hati saya selalu tertanya: Bagaimana Rusdie dan Huriyah mengendalikan syarikat sedangkan mereka tiada mempunyai pengalaman yang cukup terutamanya apabila menguruskan wang yang banyak.

Saya mendapat maklumat dari rakan-rakan mengenai isu MPSB dgn BNM. Yang dikatakan disini tepat.

Langkah RG buat siaran web dxchange menunjukkan beliau bukanlah seorang ahli perniagaan tetapi sebagai jalan lepas diri dan mnyerahkan pada rakan kongsi sedangkan wang MPSB di dalam bank negara tidak cukup untuk membayar bonus. Jika hendak pulangkan wang pada rakan kongsi, tentunyalah sudah tiada lagi kecuali jika ada parking di luar negara atau pada sesiapa yang mereka percaya di dalam negara.

Harap dapat siasat kerana desas desusnya ada.

Wahai kerajaan, selamatkan wang orang Melayu ini.

Anonymous said...

BAFIA DAN AMLA TU CIPTAAN YAHUDI AMERIKA IAITU AKTA PATRIOT DIGUBAL BUSH LAKNATULLAH UNTUK MELEMAHKAN PERJUANGAN ISLAM DI SELURUH DUNIA. PUNCANYA DAKWAAN MEREKA SETIAP KEGANASAN DISEBABKN DANA YG DISALURKAN OLEH OSAMA.
YANG HERANNYA KENAPA BNM MENGIKUT MEMBUTA TULI AKTA TSBT. SEDANGKAN APA YANG KITA LKUKAN UNTUK KEBAIKAN EKONOMI UMMAH KITA. UNDANG-UNDANG MANUSIA BOLEH DIBUAT BERDASARKAN NAFSU NAFSI-TAPI UNDANG-UNDANG ALLAH MERAMPAS HARTA BENDA WANG RINGGIT ANAK-ANAK YATIM, WARGA EMAS DAN MANUSIA YG SUSAH ADALAH HARAM. INGATLAH PENGGERAK UNDANG2 KEWANGAN DI BNM TU KEBANYAKANNYA ISLAM - JANGANLAH BUTA PERUT SANGAT!

Anonymous said...

TERKINI:
UNTUK RAKAN KONGSI YG MEBACA PERKEMBANGAN TERKINI IAITU SURAT KUASA PERWAKILAN TUNTUTAN YG DIMUATKAN DALAM D-XCHANGE.NET AGAR TIDAK TERBURU-BURU MENGISI BORANG ITU KERANA ISINYA AGAK RAGU-RAGU-SEPATUTNYA RUSDI GANNING MENGGUNAKAN LETTERHEAD COMPANY, LAGIPUN TIDAK ADA JUMLAH YANG BERAPA YANG HENDAK DITUNTUT. DIBIMBANGI JIKA HAL INI BERLAKU SEMUA WANG ITU MASUK KE AKAUN PERSONAL CEO. HARAP MAKLUM PERKARA INI PERLU DIBINCANGKAN DENGAN SEMUA RAKAN KONGSI. SATU PERJUMPAAN ATAU KOMITEE BARU PERLU DIBENTUK AGAR WANG KITA SELAMAT DIKEMBALIKAN. HARAP MAKLUM.
ABE LEE

Abi said...

Assalamu'alaikum Tok Janggut,

Saya dah tengok "Surat Mandat" tu di dlm MPSB Freeforums yg disiarkan oleh salah seorang ahli forum. Kalau betul itu adalah "Surat Mandat" yg disebut dlm laman Tok Janggut ni, maka saya berpendapat kedudukan "Surat Mandat" ini agak lemah dan mungkin tidak akan berfungsi dgn baik disebabkan perkara2 seperti berikut:

1) "Surat Mandat" ini akan menjadi tidak sah jika Lembaga Pengarah MPSB meluluskan satu 'Board Resolution' untuk membatalkan mandat yg telah diberikan kpd MC. Walaupun nampaknya "Surat Mandat" ini telah disetem di LHDN, ia hanyalah berfungsi sebagai suatu dokumen perundangan yg boleh dibawa ke mahkamah sebagai suatu bukti. Tetapi malangnya kuasa Lembaga Pengarah untuk membatalkan "Surat Mandat" ini adalah tidak terbatas berdasarkan klausa2 kuasa Pengarah yg terdapat dlm "Memorandum and Articles of Association (M & A)" dlm sesebuah sykt sendirian berhad.

2) "Surat Mandat" ini hanya sahlaku di dalam negara Malaysia sahaja. Jika MPSB mempunyai aset/harta di luar negara, "Surat Mandat" ini tidak boleh dikuatkuasa di negara luar tersebut kerana negara luar tidak terikat dengan Undang2 yg diamalkan di Malaysia. Dgn yg demikian, Pemegang Mandat (MC MPSB) tidak mempunyai kuasa untuk mengurus atau mentadbir aset/harta MPSB di luar negara. Hanya Kerajaan Malaysia yg boleh memohon kpd negara luar tersebut untuk membekukan dan mengarahkan untuk menghantar balik aset/harta tersebut ke Malaysia berdasarkan kpd hubungan diplomasi yg wujud antara kedua2 negara. Bagi negara2 luar yg tdk mempunyai hubungan diplomasi dgn Kerajaan Malaysia, seperti Serbia-Montenegro, Israel dan Taiwan, maka tentunya Kerajaan Malaysia juga tdk dapat melakukan apa2 terhadap aset/harta tersebut yg disimpan di negara2 ini.

Sebagai Rakan Kongsi MPSB, saya menyeru kpd MPSB supaya lebih bersikap telus, prihatin dan profesional dlm mendukung tanggungjawab dan amanah yg diberikan oleh kami...

Wassalam...

Anonymous said...

Assalamaualikum semua Rakan-Rakan Kongsi:
PERKEMBANGAN TERKINI MPSB
Pihak BNM telahpun menghabiskan sisatan ke atas kes MPSB setelah siasatan selama 3 bulan (90 hari).
Surat dari BNM telah dihantar ke Pej. Peguam Negara dan hasilnya pihak Peguam Negara (di bawah Ghani Patail)telah mendapati ada bukti dan kes bagi mensabitkan MPSB dengan kesalahan di bawah Akta BAFIA dan AMLA. Seterusnya kes ini akan dibawa kepada Mahkamah untuk dibicarakan. Hanya Mahkamah saja dapat membuktikan bahawa MPSB bersalah atau tidak dan bukannnya BNM. Disini BNM hanya sebagai menjalankan siasatan. Sedangkan melalui suratnya bertarikh Feb.2008 pihak BNM melalui Mokhzidah Mokhtar memperakui dan memberi kelulusan kepada MPSB untuk beroperasi. Suatu lagi pembohongan BNM yang sekejap melulus dan akhirnya memerangkap MPSB dngan berbagai Akta dan prosidur yang berbelit-belit. Satu lagi penginayaan terhadap rakyat Malaysia oleh mereka yang menggunakan pelbagai Akta dan prosidur dan mengenepikan aspirasi Perdana Menteri untuk melihat rakyat bergiat aktif dalam ekonomi. Lihat dan insaflah wahai Penguasa-penguasa Yang Zalim. Ingatlah bila kalian sudah tidak di kerusi kekuasaan lagi-barulah kamu tahu bahawa tinggi rendah langit ini. Hukum Karma akan berlaku. Sudah habis DOA dan AIR MATA mereka-mereka yang dizalimi oleh puak-puak ini. ALLLAH akan membalasnya.

Anonymous said...

Salam hormat.sempena pagi jumaat yang mulai ini saya ingin mengingatkan sekalian rakan tentang beberapa perkara yang perlu difahami dan diteliti..

1. Adakah dalam Islam membenarkan harta wakaf, harta anak yatim DILABURKAN?? Sedangkan tiada subject matter atau produk(gharar/uncertainty) merupakan elemen yg haram dam sistem kewangan islam..apatah lagi riba yg diberikan 10% setiap bulan..itu adalah riba..maka riba adalah haram..haram bagi anda makan duit tersebut..apatah lagi menggunakan duit derma orang untuk anak yatim kepada perkara haram ini..

Sekarang ni semua sibuk bercakap mcm politician..ala2 nak membela nasib maruah melayu dan islam..sedangkan solat dan amalan masih tertonggang tonggek lagi..

Nasihat saya lagi jauhilah dari segala fitnah terhdap kerajaan..MPSB ..BANK NEGARA DAN KERAJAAN..Biar mahkamah yg menentukan..BIAR ALLAH menunjukkan yg mana hak dan yg mana batil

Anonymous said...

Surat Mandat itu sah. Apa yang kami mendapat tahu, sebelum sempat MC keperingkat seterusnya untuk memperkemaskan mandat, laporan polis telah dibuat untuk menarik balik mandat yang diberikan.

Ini jelas terdapat niat penipuan langgar janji dan lembaga pengarah takut rahasia mereka bocor apabila pemegang mandat ke peringkat seterusnya iaitu melantik peguam, akauntan dan firma audit.

Firma audit akan mendapati banyak kebocoran kewangan yang wangnya lesap entah ke mana. Sebelum perkara ini terjadi, lembaga pengarah bertindak cepat bagi menjaga bontot masing-masing. Kenapa mereka begini? Tidak takutkah mereka pada Allah?

Jika mereka benar kenapa tidak ditunjukkan penyata akaun syarikat kepada rakan kongsi. Mungkin banyak wang yang telah diselewengkan.

Tidak lama lagi salahlaku lembaga pengarah akan dilaporkan kepada polis.

Tolonglah kami ini, selalu teraniaya dengan bangsa sendiri. Rusdi itu orang Melayu atau bangsa apa?