KITA SEMUA BUKANNYA LEMBU terpaksa akur kepada sistem yang membutakan mata kita supaya kita semua meninggalkan legasi nenek moyang dan melupakan sejarah bangsa yang sebenar.
SELAMANYA DICUCUK HIDUNG supaya akur dengan sistem perundangan yang kabur asal usulnya, semuanya membawa kepada penindasan yang nyata terhadap rakyat Malaysia sedangkan terdapat berbagai saluran perundingan, perbincangan dan dialog secara terbuka penuh kejujuran untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan maruah dan memertabatkan bangsa. Kaedahnya amat mudah iaitu untuk lengkap melengkapi di antara yang berkuasa dengan yang mahu berlindung di bawah kekuasaan pemimpin yang mempunyai salsilah dan darah yang sama, masalah boleh diselesaikan 'within four walls' tetapi peluang ini tidak di ambil oleh pemimpin bukan kerana mahu patuh kepada undang-undang; tindakan mereka tidak popular dikalangan bangsa kulit kuning yang menjadi harapan memperolehi undi setelah bangsa sendiri hilang keyakinan dan mula memilih pemimpin dari kalangan bangsa sendiri dari berlainan panji politik. Kepada siapa lagi rakyat kebanyakan mahu bernaung jika tidak kepada pemimpin yang mereka lantik dan diberikan amanah penuh kepercayaan tetapi hakikatnya siapakah yang menjadi lembu dan untuk siapa?
Rakyat kebanyakan yang sebilangan besarnya adalah orang-orang Melayu bukannya memasuki dan menyertai firma-firma seperti MPSB, BULUH MAS, JAI NETWORK, JASMINE, NORADZ, DINA atau yang seumpama dengannya dengan menanam cita-cita besar untuk membuka akaun di bank Swiss tetapi sekadar untuk menampung kehidupan yang semakin sempit dan berhasrat hanya untuk mengubah nasib hidup.
Pelabur-pelabur atau rakan-rakan kongsi bukanlah pemilik jet-jet peribadi yang akan meninggalkan negara ini apabila negara di ancam atau diserang oleh musuh; mereka juga tidak mempunyai rumah percutian di luar negara. Mereka hanya rakyat biasa yang sanggup berjuang dan mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan negara tercinta kerana ini sahajalah negara yang mereka ada; mereka tidak mempunyai lebih dari satu paspot malah ramai juga yang langsung tidak memiliki paspot antarabangsa. Kebanyakannya keluar negara hanya ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji.
Di dalam diri orang Melayu tidak mempunyai cip ahli perniagaan seperti yang dimiliki oleh masyarakat kulit kuning. Orang Melayu hanya baru belajar berniaga sejak 10-15 tahun yang lalu, sedangkan cip pedagang dan ahli perniagaan telah ada di dalam darah daging bangsa lain sejak beribu tahun yang lalu.
Hanya segelintir sahaja dari kalangan orang Melayu yang tahu berniaga, selainnya dikerah dan dikempen sejak merdeka lagi untuk berpuas hati sekadar hanya makan gaji atau bekerja dengan kerajaan.
Pemimpin-pemimpin boleh duduk dan berbincang dengan pengusaha-pengusaha seperti MPSB, BULUH MAS, JAI NETWORK, JASMINE, NORADZ, DINA dan firma yang seumpama dengannya dan mencari jalan tengah supaya perjalanan firma-firma ini beroperasi lebih profesional, lebih menguntungkan dan diberikan endosement HALAL di negara nenek moyang sendiri.
Tiada gunanya pemimpin-pemimpin Melayu jika mempunyai kuasa tidak tahu digunakan tetapi apabila digunakan ianya menjadi salah guna. Jika politik tidak lagi dapat membela masa depan orang Melayu dan daulah Islamiah di negara ini; singkirkan sahaja politik dan Melayu bersatu padu lalu menjadi Islam sebagai tapak yang kukuh di dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Rasulullah tidak mewujudkan parti politik atau terdapat penamaan calon di Madinah setelah berhijrah dari Makkah. Jika kita sebagai bangsa Melayu Islam buntu di dalam membuat keputusan, berhenti sejenak dan berfikir bagaimana jika masalah ini di hadapi oleh Rasulullah; bagaimana kaedah penyelesaian Baginda.
Kita semua hanya pandai berslogan mengatakan Rasulullah itu 'contoh terbaik atau uswatun hasanah' sedangkan perbuatan kita langsung tidak merujuk kepada kaedah Baginda sebaliknya kiblat kita lebih tertumpu kepada Inggeris; berbagai nama lord-lord Inggeris menjadi rujukan. Tidakkah perbuatan cakap lain dan buat lain itu adalah hipokrit. Hipokrit adalah dari perkataan Inggeris; perkataan Arabnya adalah munafik.
Memang benarlah sasaran Inggeris melemparkan 'politik' keppada orang Melayu kerana mereka tahu apabila orang Melayu terlalu berpolitik, orang Melayu akan berpecah belah dan fikiran mereka menjadi tumpul dan sendat tidak mampu menerokai fikiran kreatif penuh inovatif; Islam tersingkir lalu menjadi ritual semata-mata untuk survival diri di dalam politik.
Sebelum mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin Melayu telah disepit minda mereka oleh Inggeris supaya mengambil kira bangsa-bangsa mendatang lalu pemimpin-pemimpin Melayu ini mengikut telunjuk British tanpa mengambil kira jangkauan masa depan asalkan mendapat kemerdekaan di atas dulang bertatahkan permata tanpa mengalirkan setitik darah; itulah skrip yang dihafal. Setelah merdeka, pemimpin Melayu melaungkan bahawa bangsa mendatang akan diberikan hak sama rata dan peluang-peluang ekonomi akan di agihkan tanpa diskriminasi.
Malangnya setelah lebih dari 50 tahun negara merdeka, kebanyakan pemimpin-pemimpin Melayu masih membaca skrip yang sama walaupun pada hakikatnya jika ditimbang harta dan wang bangsa mendatang; sudah diketahui yang mana berat dan yang mana ringan. Paling menyedihkan, bangsa sendiri yang menghadapi diskriminasi di dalam banyak segi.
Di dalam pertemuan dengan beberapa orang kenalan terdiri dari taukeh-taukeh Tionghua, mereka dengan penuh yakin berkata, " Biar orang Melayu yang dapatkan projek kerajaan, kompatmen balak, tanah dan lain-lain lagi dari kerajaan dengan bantuan pemimpin-pemimpin politik Melayu - akhirnya mereka akan datang mencari kita juga".
Orang Melayu yang menyokong pemimpin-pemimpin politik, samada beliau tahu berniaga atau tidak, mereka akan mendapat habuan sedangkan orang Melayu yang bersungguh-sungguh berniaga dan mampu menjalankan kerja-kerja itu sendiri; tersingkir. Ini adalah salah satu contoh diskriminasi ke atas orang Melayu tetapi ianya hanya di pandang sebelah mata atau langsung tidak dipedulikan.
Hari ini, topik yang ditulis ini juga di anggap amat sensitif. Mungkin artikel sebegini dinilai sebagai menghasut dan akan dituduh mencetuskan perbalahan antara bangsa tetapi sesuatu yang kita semua lupa bahawa; selagi orang Melayu memegang tauhid yang kukuh dan Islam menjadi pegangan - orang Melayu di dalam negara Melayu ini WAJIB mempertahankan bangsa lain yang beragama lain selagi mereka itu bukannya golongan yang menentang daulah Islamiah.
________________
Sempena Hari Raya Korban ini, wajarlah diingatkan kepada pemegang-pemegang kuasa yang terdiri dari orang Melayu untuk sedar bahawa jika kita tidak menukarkan penjajahan fikiran yang menebal di dalam minda kita; tahun 2020 - bangsa Melayu akan menjadi bangsa yang telah disenyapkan untuk dilenyapkan kerana hari inipun bangsa Melayu pada kenyataannya telah jauh terpinggir dari arus perdana. Singapura adalah contoh yang nyata dan amat jelas untuk dijadikan panduan.
Orang-orang Melayu juga perlulah benar dengan diri sendiri dan Islam yang selama ini dijunjung penuh kasih; hentikan permusuhan, hentikan perbalahan - marilah kita bersatu. Jika bukan kita orang Melayu, siapa lagi yang akan membela diri kita sendiri.
Pada masyarakat bukan Melayu, jika orang Melayu sudah bertukar menjadi lebih baik dan lebih Islamik, mereka akan menjaga dan memastikan masyarakat bukan Melayu hidup rukun damai di bawah sistem perundangan, pentadbiran dan kemasyarakatan yang mengutamakan kasih dan sayang.
Janganlah kita leka dan menunggu apabila kita mahu di LAPAH baharulah kita tersedar dari mimpi-mimpi indah yang di semai oleh musuh di dalam minda kita.
SALAM AIDIL ADHA, MAAF DZAHIR BATHIN - Tok Janggut

2 comments:
Melayu jenis C tidak akan ke mana-mana... Tertindas di dalam tanah warisan.. Inilah akhirnya nasib bangsa Melayu jenis C... Mereka tidak tahu berniaga, LANTARAN ITU mereka memilih cara melabur dalam SYARIKAT ENTAH SDN BHD atau SYARIKAT TENGGELAM TIMBUL SDN BHD yang dibuat oleh Melayu jenis A dan B... Melayu jenis C akan terus ditipu oleh Melayu jenis A dan B... Melayu jenis C akan terus meleburkan duit titik peluh mereka dalam syarikat A dan B. A dan B pula akan memperalatkan BNM menggunakan proksi AMLA dan BAFIA dalam serampang dua mata bertugas melindungi kewangan KAPITALIS-KAPITALIS iaitu BANK-BANK. Melayu jenis A dan B akan menyatakan BANK-BANK ini lah sumber untuk simpanan anda, pinjaman anda, perkahwinan anda, anak anda, rumah anda, hidup anda dan kubur anda, ingat hidup ingat BANK... Aduhai Melayu jenis C...Aduhai...
Melayu jenis A dan B akan menuduh anda menghasut, lantaran itulah sebenarnya matlamat duniawi mereka, sedangkan anda ikhlas dalam perjuangan anda...Hanya Allah SWT yg MAHA MENGETAHUI...
Doa Qunut Nazilah kami telah jatuhkan KAPITALIS AMERIKA yang berlagak besar... Bila lagi QUNUT NAZILAHKU UNTUK TUHANKU YANG MAHA BESAR JATUHKAN KAPITALIS MELAYU A DAN B?
Post a Comment