KEBENARAN MENGATASI KEMUNGKARAN. Walaupun menyiat rasa dan menggetarkan jiwa - keREDHAan adalah tapak yang kukuh untuk semua Insan yang menerima qadha dan qadarNya.
Jalan ini sunyi Tiada yang menyusuri Jalan ini sepi Penuh onak duri Dalam perjalanan ini ku mencari Nilai dan harga diri Buat satu destinasi Di persimpangan yang ku lewati Setitis cahaya menyinari Meresap ke dalam hati Bahawa di sini ku temui Kebenaran yang hakiki Adalah kerana jalan ini jalanMu ya Ilahi
Untuk mengetahui samada anda miskin atau kaya, lihat senarai di bawah dan tandakan karakter-karakter yang anda miliki.
1. tak busuk hati kepada sesiapa sahaja 2. sentiasa bersyukur walau di dalam keadaan susah 3. sentiasa menilai dan memperbaiki keindahan diri 4. pengasih dan penyayang kepada semua makhluk 5. pemurah walaupun di dalam kesempitan 6. pengampun walaupun kepada musuh apabila dia benar-benar memohon maaf 7. bertakwa 8. penyabar walaupun dinista dan dicaci 9. meredhai apa juga samada kepada yang baik atau yang buruk, membawa keuntungan atau yang membawa kerugian 10. ehsan sesama makhluk 11. ikhlas di dalam apa juga perkara 12. jujur dengan diri sendiri 13. amanah seluruh hayat 14. tawakal setelah berusaha semaksimanya 15. bijaksana dan mampu mencari kaedah yang paling berkesan dengan kos yang paling rendah 16. lemah lembut di dalam perbuatan, tuturkata dan rasa 17. sopan santun walaupun pada yang lebih muda 18. berbudi bahasa 19. memahami perasaan orang lain 20. berharta dan mempunyai wang 21. berilmu 22. muafakat 23. adil dan saksama 24. patuh dan taat kepada perintah dan arahan 25. tenang walaupun nyawa mahu kembali ke asalnya 26. tegas di dalam mendisiplin jatidiri 27. bertolak ansur di dalam perundingan 28. beradab walaupun sedang menyendiri 29. menjaga nama baik diri dan darah keturunan 30. pembersih zahir dan batin
JUMLAHKAN KARAKTER-KARAKTER YANG ANDA MILIKI BAGI MENGETAHUI SAMADA ANDA KAYA ATAU MISKIN.
30-26 MENANDAKAN BAHAWA ANDA ADALAH GOLONGAN YANG KAYA 25-16 MENANDAKAN BAHAWA ANDA ADALAH DARI GOLONGAN PERTENGAHAN. 15 - 5 MENANDAKAN BAHAWA ANDA BERADA DI DALAM SENARAI ORANG MISKIN. 4 ATAU KURANG MELETAKKAN ANDA DI DALAM GOLONGAN PAPA KEDANA.
Artikel ini saya tujukan khas buat rakan kongsi MPSB yang masih mengalami tekanan emosi dalam apa jua bentukpun..
EFT adalah kaedah ringkas dan menakjubkan yang boleh digunakan bagi membantu kita membebaskan tekanan emosi.
Saya amat prihatin dengan apa yang dialami oleh rakan kongsi MPSB itu. Seharusnya yang terlibat itu diberi bimbingan sekurang- kurangnya dalam bentuk kaunseling agar mereka tidak merasa 'sudah jatuh, dibiarkan sahaja pula'.
Isu-isu emosi yang tidak diselesaikan adalah penyebab atau penyumbang utama pelbagai penyakit, samada masalah emosi ( trauma, kebimbangan, kemurungan, keketagihan, fobia, masalah rumahtangga...) atau penyakit fizikal ( masalah pernafasan, tekanan darah, migrain, cancer...)
Pakar psychology atau doktor perubatan moden kurang berkesan dalam menangani masalah kesihatan yang bersangkutan dengan tekanan emosi ini kerana pendekatan yang mereka ambil tidak lengkap...
Jadi apa pilihan yang ada untuk kita? Nenek moyang kita yang menghuni bumi kita pada masa kira-kira 5 000 tahun yang lalu rupa- rupanya ada meninggalkan untuk kita satu hadiah yang tidak ternilai harganya...
Ianya adalah 'alat' yang mungkin boleh kita semua amalkan dalam menangani masalah emosi yang sering menjelma sebagai masalah fizikal ini.
Secara ringkasnya terdapat satu sistem di dalam badan kita yang tidak mendapat perhatian di dalam pembelajaran di mana- mana institusi pembelajaran di dunia ini.
Sistem yang misteri itu adalah sistem TENAGA. Ingat... kita adalah makhluk cahaya dan tenaga. Seperti sistem- sistem lain ( peredaran darah, saraf, limfa, rangka/tulang..) sistem tenaga kita hanya akan berfungsi jika ianya sempurna dan bebas dari sebarang gangguan.
Tenaga yang dimaksudkan adalah tenaga elektrik yang sangat rendah kuasanya. Namun begitu pengaruhnya ke atas kesihatan kita adalah amat ketara. Oleh sebab itu nenek moyang kita di zaman silam amat menitik berat aspek yang mungkin dianggap oleh sains moden sebagai remeh.
1. Apakah penyumbang utama kepada gangguan tersebut..?
Jawapannya :
ISU-ISU EMOSI YANG KITA GALAS DI DALAM hati dan minda kita.
2. Apakah kaedah yang boleh kita gunakan untuk memperbetulkan litar tenaga yang terdapat di dalam badan kita ini?
MENGETUK DENGAN JARI HUJUNG TITIK- TITIK MERIDIAN/ SISTEM TENAGA KITA ITU.
Kita perlu memberi fokus kepada memori- memori yang menyakitkan kita itu lalu mengenal pasti apa emosi negatif yang terasa berkaitan dengannya. Inilah emosi yang akan kita keluarkan dari sistem tenaga kita itu. Kita hanya boleh membebaskan emosi-emosi negatif yang kita rasa itu satu persatu, jadi prosedurnya perlulah diulang-ulang sehingga kita rasa tiada lagi yang tinggal untuk memberi gangguan kepada sistem tenaga kita..
4. Secara langsung/tidak langsung ramai yang telah mengalami penyembuhan pelbagai penyakit fizikal bila mengamalkan apa yang dipanggil EFT ini.
Susah untuk percaya? Sudah semestinya.. Jangan kita lupa kita adalah makhluk penuh keajaiban yang telah lupa akan anugerah kehebatan/keajaiban diri kita ini...
Manualnya: sila ke Youtube
Emotional Freedom Technique
***
Tolong sebar dan bantulah sesama kita agar semua boleh memahami dan mengguna pakai EFT ini. Pada Allah jua kita perlu berserah...redha, bersyukur dan tawakkallah seikhlas-ikhlasnya..
p.s. Saya berjaya mengatasi masalah resdung, hidung terlampau sensitif saya selepas beberapa kali mencuba...mengetuk dengan jari titik- titik tertentu di muka dan tangan..selepas menanggungnya kira-kira 10 tahun... bagi seorang yang tiada skil LANGSUNG mempromosi produk-produk MLM.. saya berada di sini... mempromosi pula 'produk' yang sudah semestinya berbunyi tersangat aneh dan pelik ini. :-))
Apapun, komen Hj Radhi pada artikel saya sebelum inilah yang 'memanggil' saya untuk menulis artikel ini. Semuga semua mendapat manfaat dari EFT ini, esp Hj Radhi.. doa ikhlas dari saya moga sembuh, amin ya rabbal 'alamin..
Saya merasa bersyukur teramat sangat apabila mendapati blog ini semakin 'rancak'. Alhamdulillah... Inilah sebenarnya yang dituntut dari kita semua saling tulus ikhlas membimbing, mengambil berat, mengasihi, menghormati, mendoa dan mengharapkan kejayaan dan kesejahteraan setiap orang yang mampu kita 'sentuh'.
Walaupun kebanyakan daripada kita (termasuk diri saya sendiri) bukan tergolong dari mereka yang bergelar ustaz atau ustazah, rasanya apabila merasa terpanggil untuk menunaikan seruanNya untuk sekurang-kurangnya berkongsi pandangan, kita seharusnya mencuba juga melakukannya..lillahi taala.
Saya sentiasa berpendapat zaman kita ini mungkin merupakan zaman yang paling mundur jika dibandingkan dengan tamadun- tamadun silam yang pernah bertapak di bumi kita ini. Saya juga agak yakin iblis dan syaitan terutama yang bertopeng Zionis itu, yang bersama kita sekarang sedang mengalami zaman yang paling gilang gemilang mereka berbanding dengan yang pernah mereka capai pada zaman-zaman yang lampau.
Kita sebenarnya sudah kesuntukan masa dalam peperangan fisabilillah ini. Roh di dalam diri kita sedang meratap hiba melihat kelalaian kita, menyaksikan kekalahan kita di tangan iblis dan syaitan yang menyarung pelbagai topeng itu. Ada di antaranya yang kita boleh nampak, kebanyakannya yang tidak mampu kita kenal pasti, terutama yang bertapak di dalam hati sanubari kita sendiri.
Peperangan fisabilillah kita ini sebenarnya tidak memerlukan peruntukan untuk membekalkan kita dengan peralatan-peralatan perang kuno seperti B52 Bombers, pesawat perang MIG, bom nuklear, pesawat dan kapal selam kalis peluru, anti-radar dan berbagai lagi yang dimiliki oleh Amerika dan Israel atau Russia.
Allah SWT telah melengkapkan kita semua dengan sesuatu yang mampu mengalahkan kekuatan dan kecanggihan musuh-musuh kita itu. Malangnya, kita tidak pernahpun mencuba menghargainya apatah lagi untuk mengguna pakai kemudahan yang penuh kehebatan dan keajaiban yang ada di dalam diri kita itu.
Untuk mencapai tahap kerohanian yang mampu membolehkan kita mengalahkan musuh kita itu, banyak pekara yang perlu kita ubah pada diri kita. Perkara yang paling utama ialah penyucian hati kita, bersih dari segala yang negatif; perasaan marah atau panas baran, buruk sangka, cemburu, iri hati, tamak, sombong, bongkak, besar diri, riak. Tukarlah dan tanamlah hati kita dengan sifat-sifat mulia; SENTIASA bersabar, merendah diri, bersyukur, sentiasa berniat baik, mendoakan yang baik untuk orang lain.
Kita isikanlah mminda kita dengan perkara-perkara yang akan membantu meningkatkan tahap kerohanian kita. Roh kita adalah 'makhluk NUR'; yang memiliki 'electro-magnetic field'nya sendiri. Kita hanya akan 'berhubung' (connect) dengannya pada tahap frekuensi tertentu sahaja. Di luar frekuensi itu, kita hanya menjadi manusia yang bersifat 3D ini, dipermainkan dan ditipu oleh syaitan sentiasa, selama-lamanya.
Di antara usaha syaitan yang paling berjaya dalam menyekat 'spiritual growth' kita adalah TELEVISION! Hiburan berbentuk muzik, terutamanya adalah saluran paling berkesan dalam membantut kita mencapai tahap spiritual yang lebih tinggi. Allah tidak mungkin mengharamkan sesuatu tanpa sebab-sebab munasabah.
Saya merasa pelik melihat kehidupan kita yang tidak pernah lekang dari menonton TV..mengafundi (betulkah?),mengikuti drama-drama TV dan disusuli pula dengan perbincangan yang rancak sesama sendiri apabila terjadi sesuatu yang 'tidak memuaskan hati ; yang patut keluar atau sebaliknya dari AF, kejamnya si suami atau si orang ketiga dalam sesuatu drama, sudahlah skrip drama betul-betul macam dalam cerita drama, kurang logik dan realistik. Saya memohon berbanyak maaf kerana yang sebenarnya yang pelik adalah diri saya; bukannya pekara yang kelihatan pelik pada saya…. itu kelemahan diri saya sebenarnya.
Kita disajikan pula dengan iklan-iklan yang mengajak kita berbelanja dan membazir wang, membeli (kadang-kadang berhutang) benda-benda yang langsung tidak kita perlukan.
Pakar neurologi, memberitahu kita bahawa hanya peratusan yang sangat kecil sahaja daripada keseluruhan otak kita aktif. Lebih kurang 97% lagi 'tidur' sahaja. Tamadun-tamadun di zaman silam telah mengenal pasti Mata Ketiga manusia yang terletak di tengah-tengah otak kita. Ianya juga dikenali sebagai Pineal Gland. Manusia purba amat memberi fokus kepada organ di dalam otak kita itu kerana di situlah letaknya 'link' kita dengan roh kita.
Allah SWT menyeru hambanya untuk bersembahyang , bersujud, berdzikir, membaca Al Qur'an dengan suara yang rendah, dengan ikhlas mengingatiNya, menginsafi diri. Walaupun membaca ayat-ayat suciNya tanpa mengetahui makna, Allah tetap menjanjikan ganjaran- Nya, apatah lagi kalau tahu akan maknanya.
Akhir-akhir ini barulah pakar-pakar neurologi menemui faedah bertafakur, berdzikir itu, rupa-rupanya amalan seperti berdzikir itu adalah untuk menggerak atau menggetarkan satu urat saraf di bahagian leher kita yang bersambung terus dengan mata ketiga kita itu. Getaran yang terhasil itulah yang akan menggerak dan mengaktifkan roh kita.
Lokasinya di tengah-tengah otak itu menyebabkan pengaliran darah tidak sampai ke bahagian mata ketiga kita itu. Pakar-pakar neuro juga akhirnya menemui satu-satunya cara untuk membekalkan pineal gland kita dengan darah adalah dengan bersujud di dalam solat orang Islam yang penuh khusyuk.
Di dinding-dinding piramid dan juga bangunan-bangunan manusia purba terdapat lukisan-lukisan pineal gland. Ini menunjukkan betapa mereka menghargai organ yang menjadikan mereka itu manusia tinggi tahap spiritualnya.
Ubat-ubatan moden sebenarnya merosakkan organ pineal gland kita, begitu juga bahan-bahan tiruan di dalam makanan dan minuman kita ; perisa makanan, bahan pengawet, pewarna, semuanya itu memudaratkan bukan hanya kesihatan fizikal kita, tetapi juga organ pineal gland kita. Ini termasuk juga bahan kimia florida yang dimasukkan di dalam air paip, teflon pada periuk masak, oven gelombang micro, alat-alat elektronik seperti telefon mudah alih, komputer, TV, radio. Begitulah cara musuh kita melemahkan kita supaya kita sentiasa lalai dan lupa, kekal jahil.
Allah sendiri yang mengatakan bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya dan kita seharusnya yakin akan kebenarannya. Penyakit Aids yang dikatakan tiada penawarnya itupun pasti ada ubatnya. Ramai juga yang telah berjaya menemui ubatnya daripada sumber alam semulajadi. Begitu juga penawar untuk pelbagai jenis barah. Namun apabila mereka mendedahkan kepada umum akan penemuan mereka itu, ada yang menemui ajal (Dr. Max Gerson contohnya) kerana musuh kita akan gulung tikar jika manusia mula menggunakan kaedah yang tidak menguntungkan mereka itu dalam merawat penyakit.
Kita ada perbadanan yang dipanggil AIPAC; kerjasama Amerika-Israel dan di setiap persidangan kongres negara Amerika, AIPAC akan melobi agar diluluskan penggunaan ubat-ubatan terbaru yang akan menambah lagi keuntungan bertrillion dollar keatas industri farmaseutikal mereka yang membekalkan ubat-ubatan ke seluruh pelusuk dunia itu. Mereka akan melakukan apa sahaja demi menjaga keuntungan mereka termasuklah memastikan supaya manusia sentiasa sakit dan memerlukan ubat-ubatan dari mereka. Bahan 'chemo' dan 'radio' yang digunakan di dalam merawat barah itu sebenarnya akan membunuh cell sihat di dalam badan kita.
Jika kita mengamalkan pendekatan spiritual kita dalam penjagaan kesihatan kita, bukan sahaja kita akan terhindar dari pelbagai penyakit, tetapi kita juga akan mampu menyembuhkan penyakit yang ada dengan kuasa kehebatan dan keajaiban kita sendiri. Ini kerana apabila diri dan roh kita bergetar pada frekuensi yang optima, kita akan mencapai keseimbangan dan kesempurnaan dalam semua aspek. Ada yang mengatakan bahawa manusia yang tinggi tahap spiritualnya akan sentiasa kelihatan muda, tidak perlu menjalani suntikan-suntikan botox, collagen, pembedahan plastik, dan sebagainya.
Ada juga yang mendakwa orang yang sebegitu akan aktif dan sempurna DNA nya. Pakar anatomi manusia menyatakan 95% DNA kita adalah 'junk DNA',sampah semata-mata. DNA 'sampah' itu sebenarnya akan hanya aktif sekiranya manusia mencapai kewarakannya. Biasanya manusia biasa hanya ada 4-6 pasangan DNA yang aktif. Para nabi dikatakan mempunyai sehingga 48 pasangan DNA aktif. Kanak-kanak atau orang yang digelar "indigo" boleh memiliki sehingga 24 pasangan DNA aktif.
Ada juga yang menyatakan bahawa otak kita boleh mengembang, terutamanya otak sebelah kanan kita.. bahagian yang saintis katakan yang mengawal emosi kita. Mungkin kerana itulah manusia yang warak sangat mulia sifatnya kerana mereka menguasai emosi mereka dengan baik. Kita sering merasa tenang dan bahagia bila berada dekat dengan orang yang dikatakan warak ini, kerana energy dan aura mereka sangat positif, mereka penuh dengan sifat kasih sayang, lemah lembut. Tarikan mereka sangat kuat sehingga kawan dan juga lawan pasti menyayangi mereka itu.
Apa lagi yang boleh kita lakukan untuk mencapai kesempurnaan diri? Oleh kerana asal kita adalah dari tanah di bumi, mempunyai 'hubungan intim' dengannya adalah sangat penting. Berjalan menyentuh tanah, berkaki ayam akan mengaktifkan 'electro-magnetic energy' kita. Berjalan- jalan di dalam hutan sambil 'merasa' tenaga atau 'energy' pokok-pokok juga boleh membantu. Begitu juga berjalan-jalan di pantai, tenaga dari air laut juga memberi kesan yang sama.
Selain itu, tenaga dari matahari juga amat berkesan dalam memberi keseimbangan yang kita cari itu. Tatap dan renunglah matahari semasa ia sedang naik selepas subuh. Cahaya dan tenaganya akan sampai terus ke otak kita melalui anak mata kita.
Marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi manusia yang hebat dan mulia. Bersatu kita teguh dalam kita memerangi musuh kita yang sedang meraikan kekalahan dan kelemahan kita itu. Jangan kita lupa kita ini adalah makhluk cahaya dan tenaga yang jauh lebih hebat dari musuh kita itu. Sucikanlah hati dan aktifkanlah anugerah Allah SWT yang telah sekian lama kita lupa dan abaikan itu.
Sudah sampai masanya kita belajar ilmu-ilmu yang dituntut Allah SWT dan melihat dunia dengan mata ketiga kita itu. Insya Allah segala-gala- nya akan kelihatan lebih jelas. Di pentas dunia kita ini persembahan dramanya jauh lebih dahsyat untuk kita tonton dan untuk kita timba ilmu darinya. Belajarlah hidup tanpa TV. Nyanyikanlah dzikrullah dari sanubari seperti saudara Akil Hay, insya Allah bercahayalah anugerah Allah di dalam diri kita itu. Berseri dan bercahayalah wajah-wajah kita, tenang dan bahagialah hati kita.
Percayalah apabila kita betul-betul bersedia dan ikhlas untuk belajar, GURUnya pasti akan datang untuk mengajar kita. Salam cahaya.
Ilmuwan, teknologis, inovator dan saintis yang di sorok dan di rompak hasil ciptaannya lalu ditempelkan nama-nama manusia yang bekerjasama dengan musuh manusia sebagai pencipta. Nama Nikola Tesla terus tenggelam dan dilupakan. Buktinya, tiada langsung namanya di sebut-sebut di dalam mana-mana buku teks sekolah-sekolah di negara ini.
Soalannya: Berapa lama lagi kita sanggup ditipu dan diperdaya?
apakah siswa-siswi ini mendapat penerangan yang benar mengenai kehidupan yang hakiki atau mereka juga diajar untuk menghafal dan menguasai ilmu-ilmu yang tujuannya sememangnya untuk mengasingkan mereka dari agama dan ketuhanan.
<><><>
Oleh: Diane the Hermit
Salam sejahtera untuk semua
Saya ingin melanjutkan tulisan tentang kerohanian dan roh kita.Di zaman kita menuju penghujung zaman 3 dimensi ini kitaseharusnya merasa sedih dan hiba melihat diri kitayang masih tercari-cari erti kehidupan sebenar yang kehilangan di dalam pencarian siapa diri kita dan asal usul diri. Masih kurangkah keyakinan diri kita untuk mengertidan mempercayai hakikat sebenar bahawakita sedang dipanggil pulang kekampung halamanhakiki kita?
Terlalu takutkah kita untuk membayangkan hakikat yang sudahdijanjikan kepada kita itu..sedihkah sebenarnya untukmengucapkan 'selamat tinggal' kepada satu-satunyakeujudan yang kita ketahui ini? Malah terlalusayangkah kita kepada kehidupankita di dunia yang,walau sudah kita ketahui,bagaimana 'penamatnya' ini?
Apakah susah untuk mempercayai bahawa diri kita yang,asal usulnyatanah dan debu semata-mata ini, BUKAN diri kita yang sebenarnya?Masih belum berjayakah lagi kita mendidik diri kita; mengaku danmengiktiraf diri kita yang 'satu lagi' itu, diri kita yangunsurnya cahaya yang mulia dan suci?
Di sekolah kita diajar ilmu tentang anatomi, bermula dari struktur satu selhidupan. Melalui kemajuan Sains dan Teknologi; penciptaan mikroskopelectron yang mampu memperbesarkan saiz satusel kepada saiz berjuta kali saiz sebenar, saintis menemui kehebatan dankeajaiban struktur dan fungsi sel-sel hidupan. Alangkah baiknya jika sifat danfungsi-fungsi roh kita juga bolehdikaji sedemikian rupa.
Allah swt menuntut manusia mengkaji sendiri aspek rohani kita.Di sinilah letaknya sifat Allah yang Maha Adil. Ilmu tentangdiri sebenar manusia tiada diajar di Havard, Oxford...Di mata Allah, PhD, Masters Degree tidak bermaknapun jika ilmu yang Dia tuntut dari kita tidak ada pada diri..Allah sememangnya dari awal lagi mendidikkita untuk tidak merasa rendah diri jikakawan-kawan kita lebih berjaya dariaspek seperti di atas. Allah jugamenuntut kita supaya pandai membezakan 'perhiasan' sebenaryang sepatutnyakita gunakanuntuk melengkapkan diri sebenar kita...daripada 'perhiasan' diri 3D kitaini semata-mata.
Kita sudah terlalu lama dibohongi. Di alam persekolahan ilmukerohanian mungkin dikira jumud dan remeh.Kita diajar untuk menghafal dan menguasai ilmu-ilmu yang tujuannya sememangnya untuk mengasingkan kita dari agama dann ketuhanan.
Lihatlah betapa berjayanya Charles Darwin mengekalkan teoriEvolusinya.Betapa manusia mengalu-alukan satuteori yang sebenarnya dari awal lagi sudahmendapat tentangan ramai dari kalangansaintis sendiri. Hari ini teori evolusi Darwinitu sebenarnya telah dianggap PUPUSoleh saintis-saintis kerana tidak pernahterbuktipun kesahihannya.
Apa yang menyedihkan ialah ramai di kalangan orang-orangIslam sendiri sedikit sebanyak telah terpengaruhdengan teori Darwin yang mendakwahidupan di dunia terjadi dengan sedirinya dan asal kitaadalah dari spesis monyet. Mungkin untuk memudahkan dan menghalalkancara hidup dan tuntutan nafsu kitadalam kehidupan seharian, kita relakan hatikita memilih monyet berbanding Rohsebagai 'origin' atau permulaan kita.....
Pembohongan tentang kehidupan kita sebenarnya terlalubanyak untuk dimuatkan di dalam sebuah artikel.Manusia sesungguhnya sudah terlalu lamamenghuni bumi ini. Manusia telah didapati ujuddi zaman dinosaur lagi. Kesan tapak kaki manusiatelah ditemui bersama batuan fosil yang 'sezaman'dengan dinosaur, begitu juga jari sebenar manusiayang ter'fosil'-dari dalam lapisan batuan fosil yangberusia berjuta tahun.Namun begitu kita diajar di sekolah dan universiti bahawamanusia pertama mula mendiami bumi inikira-kira 8,000 tahun yang lalu.
Di dalam AL Quran tidak pernahpun dinyatakan bila sebenarnyaNabi Allah Adam dan Hawa itu diturunkan ke bumi ini.Tujuan sebenar pihak-pihak tertentumengajar kita ilmu sebegitu adalah untukmemperlekeh dan menunjukkan yang kononnyaKitab-Kitab suci dari Allah adalahbercanggahan denganfakta-fakta saintifik.
Terlalu banyak fakta yang cuba disembunyikan dari pengetahuanmanusia. Sebab sebenarnya adalah supaya manusia di duniaini kekal seperti yang sedia ada. Manusia akan menjadi satuMASALAH besar kepada pihak yang menguasai dunia pada masa kini jika sekiranya manusia berubah menjadipiritual. Apabila kita semua menjadi demikian,lemahlah dan musnahlah pihak yang mendokongkemungkaran, kejahatan dan kekejaman selama ini.
Allah menuntut supaya kita mempelajari apa yangterjadi kepada manusia sebelum kita yangtelah menghuni bumi ini sebelum kita, apakahtujuan sebenarnya?
Begitu mudah kita mempercayai apabila saintis menyatakanmanusia sebelum kita hidup di dalam keadaan mundurdan kuno...kita terbayang dunia di zaman itu hitam dan putih, tanpa warna pelbagai sepeti manadunia di zaman kita ini. Tidak pernah kita cuba mempertikaikan 'fakta'model dan teori mereka yang bergelar saintis itu.Kita kagum dengan ilmu yang merekaperolehi dari universiti-universiti Havard, Yale, Oxford.....
Kita anggap hanya saintis dan pakar-pakar dalam bidang tertentusahaja yang mempunyai pengetahuan sebenar tentangdunia kita ini. Apa yang saintis belum ketahui danmampu untuk menerangkan dari aspek saintifiksebenarnya melebihi dari yang mereka ketahui. Jika manusiadi zaman silam jumud dan kuno, apakah penjelasan saintis kepadapencapaian hebat manusia pada zaman itu, seperti pembinaanmonumen-monumen seperti Piramid di Giza, di Peru?Bagaimanakah manusia di zaman itu memindah dan mengangkatbongkah batu solid (bukan concrete) yang beratnya mencapaiberatus tan sekeping? Apakah teknologiyang mereka miliki?
Apakah tujuannya manusia membina landasan Nazca Lines di Peru?Untuk apa dan bagaimana landasan sehebat dan sebesar itudibina? Sebelum Christopher Colombus menjejakkankakinya buat pertama kalinya di bumi Amerika, telahditemui sebuah peta (Piris Map) yangmenunjukkan dengan sempurna bentukdan topografi benua Antartikasebelum ianya diliputi salji..
Manusia di benua Amerika sudah beratus-ratus tahun berdagangdan menerima pelawat-pelawat dari timur sebelum kedatangan orang yang dikatakan manusia pertama dari luar yangtelah menemui The New World, yang bernamaChristopher Colombus itu.
Terlalu banyak artifak-artifak yang ditemui dari dalam perut bumi yangmembuktikan bukan sahaja manusia telah menghuni bumi inidari masa berjuta-juta tahun dahulu.. tetapiberkemungkinan besar bahawa merekajauh lebih maju daripada kita. Apapun yang jelas mereka berjaya menemui kaedah menggunapakai sumber-sumber alam di langit dan di bumi dalam kehidupan seharian mereka dengan carayang lebih efisien.
Mereka yang hidup di zaman silam itu juga berkemungkinanbesar lebih bebas dari kita...tiada perhambaan, tiada ujud wangkertas, tiada pergantungan pada minyak tanah untukmenjana dunia mereka (maka tiada peperangan yang tidak 'perlu';emata-mata untuk mengawal dan menindas manusia).
Yang jelas manusia di zaman silam adalah sangat spiritual. Sifatspiritual mereka itulah yang sebenarnya meletakkan diri mereka jauhlebih maju daripada kita. Mereka mempunyai 'hubungan'(connection) yang intim dengan Pencipta Alam semesta dan hal initerbukti pada lukisan-lukisan dan tulisan-tulisan pada dinding-dindingbangunan-bangunan mereka... yang merekatinggalkan untuk renungan kita.
Jalan yang kita cari, jalan nan terang itu bukanlah sukar untukkita temui. Kita sangat memerlukannya untuk mencapai kejayaan sebenar. Dekatilah diri kita yang satu lagiitu. Bersamanya, Allah janjikan ketenangan dankebahagiaan sejati. Bukan wang ringgityang diperlukan untuk mencapainya.......Cuma ketulusan hati semasa meghadapkan diridi dalam sujud, di dalam dzikir kitakepadaNYA ...
Saya mengikuti perkembangan Rakan Kongsi Mercantile Point Sdn Bhd melalui blog Tok Janggut walaupun saya bukanlah ahli dan tidak terlibat dengan kemelut yang dihadapi oleh Rakan-rakan Kongsi MPSB.
Apapun sebagai manusia biasa saya amat memahami rasa hati yang kecewa itu. Saya juga turut merasa perit dan pedihnya, tetapi saya hanya mampu berdoa biarlah pengalaman sepahit itu menjanjikan kesudahan yang berjuta kali lebih baik. Saya juga mendoakan dari hati yang tulus ikhlas mudah-mudahan semua yang terlibat diberi Tuhan jalan mudah menemui jalan keluar dari lubang yang gelap, menemui cahaya terang dan indah akhirnya, insya Allah.
Kepada sesiapa yang masih merasakan hidup seolah-olah telah terpadam cahayanya, carilah cahaya itu. Yakinlah bahawa cahaya indah itu sebenarnya TIDAK PERNAH meninggalkan, melupakan, mengabaikan diri kita. Yang meletakkan diri kita ini berjauhan, terpisah darinya hanyalah keengganan kita sendiri untuk 'CONNECT' dengan cahaya itu.
Pada hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya harap boleh kita manafaatkan bersama..oleh itu saya (buat pertama kali) cuba untuk menulis dalam Bahasa Melayu. Saya cumalah seorang tua yang menjalankan kehidupan biasa, yang gemar makan ulam dan sambal belacan, membesarkan anak-anak dengan banyak membebel juga....Dunia dan ruang kecil saya auranya,tenang dan aman damai selalunya, alhamdulillah..
Saya belajar sebelum Bahasa Melayu dijadika bahasa 'medium', selepas itu saya terlalu sibuk denagn hal-hal kehidupan sehingga tidak berkesempatan mendalami bahasa ibunda kita itu..maafkan saya..bahasa inggeris itu bukanlah istimewa tetapi ilmu banyak diajar menggunakannya, jadi apa pilihan yang kita ada?
Berbalik kepada perkara yang ingin saya kongsikan di sini; topiknya adalah tentang diri dan ROH kita dari perspektif yang mungkin berlainan dari yang selalu kita fikirkan; perspektif yang universal dan santifik. Sekiranya kita ragu-ragu akan aplikasi sains dari aspek ketuhanan; ingatlah kata-kata ini, yang dipetik dari kalangan saintis jua..
"Memiliki hanya sedikit pengetahuan tentang ilmu sains akan mengasingkan diri dari Tuhan, memiliki banyak ilmu pengetahuan tentangnya akan MENGEMBALIKAN diri kita kepadaNYA semula"
Saya tidak tahu berapa ramai di antara kita yang peka dengan per-kembangan tentang kaedah pendekatan kerohanian yang sangat popular sekarang ini; diguna pakai oleh pakar-pakar tersohor dunia dalam sesi-sesi motivasi mereka. Saya juga tidak tahu berapa ramai di kalangan kita yang pernah mendengar tentang buku-buku yang ditulis mengenai kehebatan dan keajaiban ‘spiritual’ diri kita seperti "The Law of Attraction" umpamanya, dan banyak lagi yang berada di pasaran kini.
Apakah signifikannya ilmu itu dalam kehidupan kita di masa kini? Dunia kita sekarang samada di kaji dari aspek saintifik contemporari atau dari fahaman dan rekod-rekod tamadun-tamadun lama (Mayan, China-I Ching, Sumeria, Firaun, Babylonian..)sedang menghampiri zaman perubahan. Ada yang menganggap zaman baru yang sedang kita tuju ini sebagai zaman The New Age atau The Age of Aquarius..satu zaman di mana keadaan dunia adalah sempurna, indah dan gilang gemilang..dunia utopia.
Namun begitu ada juga yang meramalkan kita sedang menghampiri The End of Time..yang dikaitkan dengan Qiamat..dan yang ini saya agak yakin semua kita tahu mengenainya.
Apapun bumi kita kini sedang menghampiri apa yang dipanggil- Galactic Alignment; keadaan ini hanya berlaku sekali dalam jangka masa lebih kurang 26 000 tahun. Pada masa itu Bumi dan matahari akan berada pada dataran sejajar/aligned dengan pusat (black hole di tengah-tengah) galaksi Bima Sakti. Bumi kita sedang mengalami proses evolusinya..Apakah kaitan perubahan kedudukan bumi dalam keadaan begitu dengan manusia? Terlalu banyak perubahan yang dijangka akan berlaku; antaranya ialah perubahan menyeluruh ke atas DNA dan spiritual/ kerohanian manusia. Seperti yang kita tahu, sifat pergerakan elektron mengelilingi nukleus adalah sama seperti planet-planet mengelilingi matahari; sama juga seperti sistem suria mengelilingi pusat galaksi.
Begitulah juga dengan sifat dan struktur 'double-helix DNA' kita, yang dikatakan menyerupai 'photon-band', iaitu jalur tenaga yang menghubungkan bumi (melalui matahari di tengah-tengah) dengan pusat galaksi Bima Sakti..(seperti nombor 8). Oleh itu ada yang menyarankan bahawa kita juga sedang mengalami evolusi atau transformasi DNA; sebagai persediaan untuk kita menyesuaikan diri kita dengan Bumi 'baru' nanti. (sila rujuk surah 14, ayat 48)
Manusia akan berubah menjadi lebih spiritual..Ramai pakar motivasi telah dan sedang mengambil kesempatan ke atas phenomena ini. Mereka percaya pada masa kini adalah amat/lebih mudah untuk 'berhubung/connect' dengan Roh diri masing-masing dan dengan itu kita mudah pula 'berhubung' dengan Tuhan dan alam semesta melalui roh kita itu. Apa yang lebih menakjubkan, dengan menjalinkan 'hubungan' begitu sesiapa juga boleh memanifestasikan (merealisasi) apa jua yang dihajati. Maka tumbuh seperti cendawanlah individu-individu dan institusi-institusi yang menawarkan khidmat/kepakaran yang dikatakan boleh membantu manusia mencapai impian masing-masing, tidak kira besar manapun hajat atau impiannya..( malah adalah dipercayai; lagi besar hajat yang kita panjatkan lagi bagus.)
Jika dilakukan beramai-ramai secara global lagi hebatlah kesannya. Oleh itu terdapat beberapa pengasas atau individu yang mengajak manusia di seluruh pelusuk dunia untuk menyertai projek-projek 'menarik limpahan rezeki' ini.
Apa jua hajat kita pohonlah beramai-ramai..samada meminta limpahan rezeki dalam bentuk material, memperbaiki hubungan kekeluargaan, sembuh dari penyakit, memperbaiki personaliti agar dipercayai , dihormati, dikasihi orang lain, dan sebagainya...
Apapun, yang jelas sekarang ramai saintis telah mula mempercayai alam ROH, dan juga kebenaran wujudnya alam akhirat. Yang paling penting saya rasa Tuhan akhirnya menampakkan kepada kita semua kesempurnaan dan kehebatan ‘plan’ atau rancangannya.. Betapa hebatnya sifat Roh kita hanya Tuhan yang mengetahui sepenuhnya, kerana Roh itu adalah urusannya.
Marilah kita sama-sama mengetuk pintu hati kita dan kita gerakkan Cahaya yang telah Tuhan anugerahkan untuk kita itu. Mudah-mudahan dengan 'menghidupkan' dan menghadirkan Roh kita di dalam kehidupan seharian kita, kita akan temui damai abadi yang selama ini kita cari. Mudah-mudahan kita juga akan dan merasai keajaiban-keajaiban yang bakal Tuhan hadiahkan untuk kita apabila kita mengguna pakai kuasa dan kehebatan rohani kita yang sebelum ini tidak pernah kita hargai itu.
Akhirnya tanyalah diri kita; apakah yang perlu kita lakukan untuk menghadirkan roh kita itu? Khusyukkah sembahyang kita, relakah kita bangun di tengah malam untuk berdzikir memuji Ilahi, apakah aspek diri kita yang perlu kita ubah atau kikis demi menyucikan diri dan hati kita..sudahkah kita hiasi hati kita dengan sifat-sifat mulia; pengasih, penyabar, pemurah…Kerana sebenarnya yang bersifat sentiasa ‘hadir dan bersedia’ itu adalah Roh kita, bukanlah sebaliknya.. Kitalah yang enggan mengenalinya, dek terlalu leka dengan dunia 3 dimensi ini.
Kita lupa dan kita abaikan anugerah terindah dan sempurna yang telah Tuhan letakkan di dalam diri kita itu. Telah sampai masanya kita menggerakkan Roh kita itu untuk kita guna pakai bukan hanya demi mencapai cita-cita kita yang bersifat memenuhi hawa nafsu ‘rendah’ kita, tetapi untuk mencapai cita-cita yang besar dan mulia agar suatu hari nanti bumi kita ini menjadi syurga buat semua yang menghuninya.
Mungkin di suatu hari nanti kita juga akan bersedia untuk melancarkan projek ‘menarik limpahan rezeki’ dari ‘alam semesta’ itu seperti yang dilakukan oleh sesetengah pengamal dan pengasas bidang berkenaan..yang telah saya sebut tadi.
Samada zaman baru yang bakal menyambut kita nanti merupakan “Enlightenment Period” atau “End Time”, kuasa ada di tangan kita untuk menentukan yang mana satu yang akan menjadi realiti.
Salam dari saya yang sebenarnya masih jahil ini…untuk semua brothers and sistersku.. : ))
Bermatlamatkan menaik dan menjaga maruah Melayu dan mengikut prinsip yang mengamalkan kasih dan sayang, adil dan saksama, bijak dan berstrategi, merancang masa depan dengan baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan memahami harapan rakyat.