Saturday, April 11, 2009

CONNECTING


***

Oleh: Diane the Hermit


Assalamualaikom

Saya mengikuti perkembangan Rakan Kongsi Mercantile Point Sdn Bhd melalui blog Tok Janggut walaupun saya bukanlah ahli dan tidak terlibat dengan kemelut yang dihadapi oleh Rakan-rakan Kongsi MPSB.

Apapun sebagai manusia biasa saya amat memahami rasa hati yang kecewa itu. Saya juga turut merasa perit dan pedihnya, tetapi saya hanya mampu berdoa biarlah pengalaman sepahit itu menjanjikan kesudahan yang berjuta kali lebih baik. Saya juga mendoakan dari hati yang tulus ikhlas mudah-mudahan semua yang terlibat diberi Tuhan jalan mudah menemui jalan keluar dari lubang yang gelap, menemui cahaya terang dan indah akhirnya, insya Allah.

Kepada sesiapa yang masih merasakan hidup seolah-olah telah terpadam cahayanya, carilah cahaya itu. Yakinlah bahawa cahaya indah itu sebenarnya TIDAK PERNAH meninggalkan, melupakan, mengabaikan diri kita. Yang meletakkan diri kita ini berjauhan, terpisah darinya hanyalah keengganan kita sendiri untuk 'CONNECT' dengan cahaya itu.

Pada hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya harap boleh kita manafaatkan bersama..oleh itu saya (buat pertama kali) cuba untuk menulis dalam Bahasa Melayu. Saya cumalah seorang tua yang menjalankan kehidupan biasa, yang gemar makan ulam dan sambal belacan, membesarkan anak-anak dengan banyak membebel juga....Dunia dan ruang kecil saya auranya,tenang dan aman damai selalunya, alhamdulillah..

Saya belajar sebelum Bahasa Melayu dijadika bahasa 'medium', selepas itu saya terlalu sibuk denagn hal-hal kehidupan sehingga tidak berkesempatan mendalami bahasa ibunda kita itu..maafkan saya..bahasa inggeris itu bukanlah istimewa tetapi ilmu banyak diajar menggunakannya, jadi apa pilihan yang kita ada?

Berbalik kepada perkara yang ingin saya kongsikan di sini; topiknya adalah tentang diri dan ROH kita dari perspektif yang mungkin berlainan dari yang selalu kita fikirkan; perspektif yang universal dan santifik. Sekiranya kita ragu-ragu akan aplikasi sains dari aspek ketuhanan; ingatlah kata-kata ini, yang dipetik dari kalangan saintis jua..

"Memiliki hanya sedikit pengetahuan tentang ilmu sains akan mengasingkan diri dari Tuhan, memiliki banyak ilmu pengetahuan tentangnya akan MENGEMBALIKAN diri kita kepadaNYA semula"

Saya tidak tahu berapa ramai di antara kita yang peka dengan per-kembangan tentang kaedah pendekatan kerohanian yang sangat popular sekarang ini; diguna pakai oleh pakar-pakar tersohor dunia dalam sesi-sesi motivasi mereka. Saya juga tidak tahu berapa ramai di kalangan kita yang pernah mendengar tentang buku-buku yang ditulis mengenai kehebatan dan keajaiban ‘spiritual’ diri kita seperti "The Law of Attraction" umpamanya, dan banyak lagi yang berada di pasaran kini.

Apakah signifikannya ilmu itu dalam kehidupan kita di masa kini? Dunia kita sekarang samada di kaji dari aspek saintifik contemporari atau dari fahaman dan rekod-rekod tamadun-tamadun lama (Mayan, China-I Ching, Sumeria, Firaun, Babylonian..)sedang menghampiri zaman perubahan. Ada yang menganggap zaman baru yang sedang kita tuju ini sebagai zaman The New Age atau The Age of Aquarius..satu zaman di mana keadaan dunia adalah sempurna, indah dan gilang gemilang..dunia utopia.

Namun begitu ada juga yang meramalkan kita sedang menghampiri The End of Time..yang dikaitkan dengan Qiamat..dan yang ini saya agak yakin semua kita tahu mengenainya.

Apapun bumi kita kini sedang menghampiri apa yang dipanggil- Galactic Alignment; keadaan ini hanya berlaku sekali dalam jangka masa lebih kurang 26 000 tahun. Pada masa itu Bumi dan matahari akan berada pada dataran sejajar/aligned dengan pusat (black hole di tengah-tengah) galaksi Bima Sakti. Bumi kita sedang mengalami proses evolusinya..Apakah kaitan perubahan kedudukan bumi dalam keadaan begitu dengan manusia? Terlalu banyak perubahan yang dijangka akan berlaku; antaranya ialah perubahan menyeluruh ke atas DNA dan spiritual/ kerohanian manusia. Seperti yang kita tahu, sifat pergerakan elektron mengelilingi nukleus adalah sama seperti planet-planet mengelilingi matahari; sama juga seperti sistem suria mengelilingi pusat galaksi.

Begitulah juga dengan sifat dan struktur 'double-helix DNA' kita, yang dikatakan menyerupai 'photon-band', iaitu jalur tenaga yang menghubungkan bumi (melalui matahari di tengah-tengah) dengan pusat galaksi Bima Sakti..(seperti nombor 8). Oleh itu ada yang menyarankan bahawa kita juga sedang mengalami evolusi atau transformasi DNA; sebagai persediaan untuk kita menyesuaikan diri kita dengan Bumi 'baru' nanti. (sila rujuk surah 14, ayat 48)

Manusia akan berubah menjadi lebih spiritual..Ramai pakar motivasi telah dan sedang mengambil kesempatan ke atas phenomena ini. Mereka percaya pada masa kini adalah amat/lebih mudah untuk 'berhubung/connect' dengan Roh diri masing-masing dan dengan itu kita mudah pula 'berhubung' dengan Tuhan dan alam semesta melalui roh kita itu. Apa yang lebih menakjubkan, dengan menjalinkan 'hubungan' begitu sesiapa juga boleh memanifestasikan (merealisasi) apa jua yang dihajati. Maka tumbuh seperti cendawanlah individu-individu dan institusi-institusi yang menawarkan khidmat/kepakaran yang dikatakan boleh membantu manusia mencapai impian masing-masing, tidak kira besar manapun hajat atau impiannya..( malah adalah dipercayai; lagi besar hajat yang kita panjatkan lagi bagus.)

Jika dilakukan beramai-ramai secara global lagi hebatlah kesannya. Oleh itu terdapat beberapa pengasas atau individu yang mengajak manusia di seluruh pelusuk dunia untuk menyertai projek-projek 'menarik limpahan rezeki' ini.

Apa jua hajat kita pohonlah beramai-ramai..samada meminta limpahan rezeki dalam bentuk material, memperbaiki hubungan kekeluargaan, sembuh dari penyakit, memperbaiki personaliti agar dipercayai , dihormati, dikasihi orang lain, dan sebagainya...

Apapun, yang jelas sekarang ramai saintis telah mula mempercayai alam ROH, dan juga kebenaran wujudnya alam akhirat. Yang paling penting saya rasa Tuhan akhirnya menampakkan kepada kita semua kesempurnaan dan kehebatan ‘plan’ atau rancangannya.. Betapa hebatnya sifat Roh kita hanya Tuhan yang mengetahui sepenuhnya, kerana Roh itu adalah urusannya.

Marilah kita sama-sama mengetuk pintu hati kita dan kita gerakkan Cahaya yang telah Tuhan anugerahkan untuk kita itu. Mudah-mudahan dengan 'menghidupkan' dan menghadirkan Roh kita di dalam kehidupan seharian kita, kita akan temui damai abadi yang selama ini kita cari. Mudah-mudahan kita juga akan dan merasai keajaiban-keajaiban yang bakal Tuhan hadiahkan untuk kita apabila kita mengguna pakai kuasa dan kehebatan rohani kita yang sebelum ini tidak pernah kita hargai itu.

Akhirnya tanyalah diri kita; apakah yang perlu kita lakukan untuk menghadirkan roh kita itu? Khusyukkah sembahyang kita, relakah kita bangun di tengah malam untuk berdzikir memuji Ilahi, apakah aspek diri kita yang perlu kita ubah atau kikis demi menyucikan diri dan hati kita..sudahkah kita hiasi hati kita dengan sifat-sifat mulia; pengasih, penyabar, pemurah…Kerana sebenarnya yang bersifat sentiasa ‘hadir dan bersedia’ itu adalah Roh kita, bukanlah sebaliknya.. Kitalah yang enggan mengenalinya, dek terlalu leka dengan dunia 3 dimensi ini.

Kita lupa dan kita abaikan anugerah terindah dan sempurna yang telah Tuhan letakkan di dalam diri kita itu. Telah sampai masanya kita menggerakkan Roh kita itu untuk kita guna pakai bukan hanya demi mencapai cita-cita kita yang bersifat memenuhi hawa nafsu ‘rendah’ kita, tetapi untuk mencapai cita-cita yang besar dan mulia agar suatu hari nanti bumi kita ini menjadi syurga buat semua yang menghuninya.

Mungkin di suatu hari nanti kita juga akan bersedia untuk melancarkan projek ‘menarik limpahan rezeki’ dari ‘alam semesta’ itu seperti yang dilakukan oleh sesetengah pengamal dan pengasas bidang berkenaan..yang telah saya sebut tadi.

Dengan ini saya amat berharap kita akan menjalinkan hubungan persaudaraan sesama kita dan berkongsi pendapat demi meningkatkan dan menyempurnakan lagi diri kita. Bagi saya kita bersaudara dalam Islam itu bukan sekadar ‘cliché’ sahaja. Kita sepatutnya menghargai dan mengamalkannya.

Samada zaman baru yang bakal menyambut kita nanti merupakan “Enlightenment Period” atau “End Time”, kuasa ada di tangan kita untuk menentukan yang mana satu yang akan menjadi realiti.

Salam dari saya yang sebenarnya masih jahil ini…untuk semua brothers and sistersku.. : ))


**

1 comment:

Anonymous said...

Tok Janggut,

Saya tertarik dengan artikel-artikel yang disiarkan di dalam blog ini. Blog ini berbeza jika dibandingkan dengan blog-blog yang lain di negara ini. Tok Janggut adalah blog yang memberikan pandangan yang positif terhadap pembaharuan dan ia adalah sambungan nafas baru kepada nafas-nafas umat Islam di negara ini yang telah hilang arah kerana terlalu bergantung kepada politik untuk berubah.

Tanpa politik sekalipun, Tok Janggut jelas amat positif bahawa perubahan sebenar adalah bermula dari kesedaran diri terhadap hakikat kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah subhanawataala.

Pada mulanya saya sendiri berasa agak sangsi bahawa kita boleh mengubah semua keadaan kerana selama ini saya terlalu bergantung dan menaruh harapan yang besar kepada prestasi dan kesedaran pemimpin negara.

Akhir-akhir ini setelah mengamati keadaan di negara ini, perubahan pucuk pimpinan, keadaan ekonomi, prestasi umat Islam, kestabilan minda masyarakat - GRAND DESIGN itu sebenarnya sedang berlaku tanpa saya atau kita semua sedar.

Saya terharu apabila mendapati bahawa Diane the Hermit itu adalah seorang dari kalangan kita sendiri kerana pada mulanya saya jangka beliau adalah penulis dari negara luar atau seseorang yang pernah wujud dizaman yang silam.

Saya teruja dengan sikap dan pandangan-pandangan yang positif bahkan kini terlalu yakin bahawa kita semua akan melalui era yang lebih baik yang sukar untuk digambarkan. Kehidupan akan menjadi lebih bermakna tidaklah terasa seperti kita yang sedar telah lahir di era yang salah.

Saya menyokong usaha Tok Janggut dan akan mengenengahkan idea dan pandangan-pandangan di dalam blog ini kepada rakan-rakan saya yanng sentiasa dahagakan pembaharuan.

Syabas. Teruskan usaha yang suci murni ini.

Sekian.

- one of us -