apakah siswa-siswi ini mendapat penerangan yang benar mengenai kehidupan yang hakiki atau mereka juga diajar untuk menghafal dan menguasai ilmu-ilmu yang tujuannya sememangnya untuk mengasingkan mereka dari agama dan ketuhanan.
<><><>
Oleh: Diane the Hermit
Salam sejahtera untuk semua
Saya ingin melanjutkan tulisan tentang kerohanian dan roh kita. Di zaman kita menuju penghujung zaman 3 dimensi ini kita seharusnya merasa sedih dan hiba melihat diri kita yang masih tercari-cari erti kehidupan sebenar yang kehilangan di dalam pencarian siapa diri kita dan asal usul diri. Masih kurangkah keyakinan diri kita untuk mengerti dan mempercayai hakikat sebenar bahawa kita sedang dipanggil pulang ke kampung halaman hakiki kita?
Terlalu takutkah kita untuk membayangkan hakikat yang sudah dijanjikan kepada kita itu..sedihkah sebenarnya untuk mengucapkan 'selamat tinggal' kepada satu-satunya keujudan yang kita ketahui ini? Malah terlalu sayangkah kita kepada kehidupan kita di dunia yang, walau sudah kita ketahui,bagaimana 'penamatnya' ini?
Apakah susah untuk mempercayai bahawa diri kita yang,asal usulnya tanah dan debu semata-mata ini, BUKAN diri kita yang sebenarnya? Masih belum berjayakah lagi kita mendidik diri kita; mengaku dan mengiktiraf diri kita yang 'satu lagi' itu, diri kita yang unsurnya cahaya yang mulia dan suci?
Di sekolah kita diajar ilmu tentang anatomi, bermula dari struktur satu sel hidupan. Melalui kemajuan Sains dan Teknologi; penciptaan mikroskop electron yang mampu memperbesarkan saiz satu sel kepada saiz berjuta kali saiz sebenar,
saintis menemui kehebatan dan keajaiban struktur dan fungsi sel-sel hidupan.
Alangkah baiknya jika sifat dan fungsi-fungsi roh kita juga boleh dikaji sedemikian rupa.
Allah swt menuntut manusia mengkaji sendiri aspek rohani kita. Di sinilah letaknya sifat Allah yang Maha Adil. Ilmu tentang diri sebenar manusia tiada diajar di Havard, Oxford...Di mata Allah, PhD, Masters Degree tidak bermaknapun
jika ilmu yang Dia tuntut dari kita tidak ada pada diri..Allah sememangnya dari awal lagi mendidik kita untuk tidak merasa rendah diri jika kawan-kawan kita lebih berjaya dari aspek seperti di atas. Allah juga menuntut kita supaya pandai
membezakan 'perhiasan' sebenar yang sepatutnyakita gunakan untuk melengkapkan diri sebenar kita...daripada 'perhiasan' diri 3D kita ini semata-mata.
Kita sudah terlalu lama dibohongi. Di alam persekolahan ilmu kerohanian mungkin dikira jumud dan remeh.Kita diajar untuk menghafal dan menguasai ilmu-ilmu yang tujuannya sememangnya untuk mengasingkan kita dari agama dann ketuhanan.
Lihatlah betapa berjayanya Charles Darwin mengekalkan teori Evolusinya.Betapa manusia mengalu-alukan satu teori yang sebenarnya dari awal lagi sudah mendapat tentangan ramai dari kalangan saintis sendiri. Hari ini teori evolusi Darwin itu sebenarnya telah dianggap PUPUS oleh saintis-saintis kerana tidak pernah terbuktipun kesahihannya.
Apa yang menyedihkan ialah ramai di kalangan orang-orang Islam sendiri sedikit sebanyak telah terpengaruh dengan teori Darwin yang mendakwa hidupan di dunia terjadi dengan sedirinya dan asal kita adalah dari spesis monyet. Mungkin untuk
memudahkan dan menghalalkan cara hidup dan tuntutan nafsu kita dalam kehidupan seharian, kita relakan hati kita memilih monyet berbanding Roh sebagai 'origin' atau permulaan kita.....
Pembohongan tentang kehidupan kita sebenarnya terlalu banyak untuk dimuatkan di dalam sebuah artikel. Manusia sesungguhnya sudah terlalu lama menghuni bumi ini. Manusia telah didapati ujud di zaman dinosaur lagi. Kesan tapak kaki manusia telah ditemui bersama batuan fosil yang 'sezaman' dengan dinosaur, begitu juga jari sebenar manusia yang ter'fosil'-dari dalam lapisan batuan fosil yang berusia berjuta tahun. Namun begitu kita diajar di sekolah dan universiti bahawa manusia pertama mula mendiami bumi ini kira-kira 8,000 tahun yang lalu.
Di dalam AL Quran tidak pernahpun dinyatakan bila sebenarnya Nabi Allah Adam dan Hawa itu diturunkan ke bumi ini. Tujuan sebenar pihak-pihak tertentu mengajar kita ilmu sebegitu adalah untuk memperlekeh dan menunjukkan yang kononnya Kitab-Kitab suci dari Allah adalah bercanggahan dengan fakta-fakta saintifik.
Terlalu banyak fakta yang cuba disembunyikan dari pengetahuan manusia. Sebab sebenarnya adalah supaya manusia di dunia ini kekal seperti yang sedia ada. Manusia akan menjadi satu MASALAH besar kepada pihak yang menguasai dunia
pada masa kini jika sekiranya manusia berubah menjadi piritual. Apabila kita semua menjadi demikian, lemahlah dan musnahlah pihak yang mendokong kemungkaran, kejahatan dan kekejaman selama ini.
Allah menuntut supaya kita mempelajari apa yang terjadi kepada manusia sebelum kita yang telah menghuni bumi ini sebelum kita, apakah tujuan sebenarnya?
Begitu mudah kita mempercayai apabila saintis menyatakan manusia sebelum kita hidup di dalam keadaan mundur dan kuno...kita terbayang dunia di zaman itu
hitam dan putih, tanpa warna pelbagai sepeti mana dunia di zaman kita ini. Tidak pernah kita cuba mempertikaikan 'fakta' model dan teori mereka yang bergelar saintis itu. Kita kagum dengan ilmu yang mereka perolehi dari universiti-universiti Havard, Yale, Oxford.....
Kita anggap hanya saintis dan pakar-pakar dalam bidang tertentu sahaja yang mempunyai pengetahuan sebenar tentang dunia kita ini. Apa yang saintis belum ketahui dan mampu untuk menerangkan dari aspek saintifik sebenarnya melebihi dari yang mereka ketahui. Jika manusia di zaman silam jumud dan kuno, apakah penjelasan saintis kepada pencapaian hebat manusia pada zaman itu, seperti pembinaan monumen-monumen seperti Piramid di Giza, di Peru? Bagaimanakah manusia di zaman itu memindah dan mengangkat bongkah batu solid (bukan concrete) yang beratnya mencapai beratus tan sekeping? Apakah teknologi yang mereka miliki?
Apakah tujuannya manusia membina landasan Nazca Lines di Peru? Untuk apa dan bagaimana landasan sehebat dan sebesar itu dibina? Sebelum Christopher Colombus menjejakkan kakinya buat pertama kalinya di bumi Amerika, telah ditemui sebuah peta (Piris Map) yang menunjukkan dengan sempurna bentuk dan topografi benua Antartika sebelum ianya diliputi salji..
Manusia di benua Amerika sudah beratus-ratus tahun berdagang dan menerima pelawat-pelawat dari timur sebelum kedatangan orang yang dikatakan manusia pertama dari luar yang telah menemui The New World, yang bernama Christopher Colombus itu.
Terlalu banyak artifak-artifak yang ditemui dari dalam perut bumi yang membuktikan bukan sahaja manusia telah menghuni bumi ini dari masa berjuta-juta tahun dahulu.. tetapi berkemungkinan besar bahawa mereka jauh lebih maju daripada kita. Apapun yang jelas mereka berjaya menemui kaedah mengguna pakai sumber-sumber alam di langit dan di bumi dalam kehidupan seharian mereka dengan cara yang lebih efisien.
Mereka yang hidup di zaman silam itu juga berkemungkinan besar lebih bebas dari kita...tiada perhambaan, tiada ujud wang kertas, tiada pergantungan pada minyak tanah untuk menjana dunia mereka (maka tiada peperangan yang tidak 'perlu'; emata-mata untuk mengawal dan menindas manusia).
Yang jelas manusia di zaman silam adalah sangat spiritual. Sifat spiritual mereka itulah yang sebenarnya meletakkan diri mereka jauh lebih maju daripada kita. Mereka mempunyai 'hubungan' (connection) yang intim dengan Pencipta Alam semesta dan hal ini terbukti pada lukisan-lukisan dan tulisan-tulisan pada dinding-dinding bangunan-bangunan mereka... yang mereka tinggalkan untuk renungan kita.
Jalan yang kita cari, jalan nan terang itu bukanlah sukar untuk kita temui. Kita sangat memerlukannya untuk mencapai kejayaan sebenar. Dekatilah diri kita yang satu lagi itu. Bersamanya, Allah janjikan ketenangan dan kebahagiaan sejati. Bukan wang ringgit yang diperlukan untuk mencapainya....... Cuma ketulusan hati semasa meghadapkan diri di dalam sujud, di dalam dzikir kita kepadaNYA ...
dianehermit@gmail.com

No comments:
Post a Comment