<><><>
Oleh: Diane the Hermit
Saya merasa bersyukur teramat sangat apabila mendapati blog ini semakin 'rancak'. Alhamdulillah... Inilah sebenarnya yang dituntut dari kita semua saling tulus ikhlas membimbing, mengambil berat, mengasihi, menghormati, mendoa dan mengharapkan kejayaan dan kesejahteraan setiap orang yang mampu kita 'sentuh'.
Walaupun kebanyakan daripada kita (termasuk diri saya sendiri) bukan tergolong dari mereka yang bergelar ustaz atau ustazah, rasanya apabila merasa terpanggil untuk menunaikan seruanNya untuk sekurang-kurangnya berkongsi pandangan, kita seharusnya mencuba juga melakukannya..lillahi taala.
Saya sentiasa berpendapat zaman kita ini mungkin merupakan zaman yang paling mundur jika dibandingkan dengan tamadun- tamadun silam yang pernah bertapak di bumi kita ini. Saya juga agak yakin iblis dan syaitan terutama yang bertopeng Zionis itu, yang bersama kita sekarang sedang mengalami zaman yang paling gilang gemilang mereka berbanding dengan yang pernah mereka capai pada zaman-zaman yang lampau.
Kita sebenarnya sudah kesuntukan masa dalam peperangan fisabilillah ini. Roh di dalam diri kita sedang meratap hiba melihat kelalaian kita, menyaksikan kekalahan kita di tangan iblis dan syaitan yang menyarung pelbagai topeng itu. Ada di antaranya yang kita boleh nampak, kebanyakannya yang tidak mampu kita kenal pasti, terutama yang bertapak di dalam hati sanubari kita sendiri.
Peperangan fisabilillah kita ini sebenarnya tidak memerlukan peruntukan untuk membekalkan kita dengan peralatan-peralatan perang kuno seperti B52 Bombers, pesawat perang MIG, bom nuklear, pesawat dan kapal selam kalis peluru, anti-radar dan berbagai lagi yang dimiliki oleh Amerika dan Israel atau Russia.
Allah SWT telah melengkapkan kita semua dengan sesuatu yang mampu mengalahkan kekuatan dan kecanggihan musuh-musuh kita itu. Malangnya, kita tidak pernahpun mencuba menghargainya apatah lagi untuk mengguna pakai kemudahan yang penuh kehebatan dan keajaiban yang ada di dalam diri kita itu.
Untuk mencapai tahap kerohanian yang mampu membolehkan kita mengalahkan musuh kita itu, banyak pekara yang perlu kita ubah pada diri kita. Perkara yang paling utama ialah penyucian hati kita, bersih dari segala yang negatif; perasaan marah atau panas baran, buruk sangka, cemburu, iri hati, tamak, sombong, bongkak, besar diri, riak. Tukarlah dan tanamlah hati kita dengan sifat-sifat mulia; SENTIASA bersabar, merendah diri, bersyukur, sentiasa berniat baik, mendoakan yang baik untuk orang lain.
Kita isikanlah mminda kita dengan perkara-perkara yang akan membantu meningkatkan tahap kerohanian kita. Roh kita adalah 'makhluk NUR'; yang memiliki 'electro-magnetic field'nya sendiri. Kita hanya akan 'berhubung' (connect) dengannya pada tahap frekuensi tertentu sahaja. Di luar frekuensi itu, kita hanya menjadi manusia yang bersifat 3D ini, dipermainkan dan ditipu oleh syaitan sentiasa, selama-lamanya.
Di antara usaha syaitan yang paling berjaya dalam menyekat 'spiritual growth' kita adalah TELEVISION! Hiburan berbentuk muzik, terutamanya adalah saluran paling berkesan dalam membantut kita mencapai tahap spiritual yang lebih tinggi. Allah tidak mungkin mengharamkan sesuatu tanpa sebab-sebab munasabah.
Saya merasa pelik melihat kehidupan kita yang tidak pernah lekang dari menonton TV..mengafundi (betulkah?),mengikuti drama-drama TV dan disusuli pula dengan perbincangan yang rancak sesama sendiri apabila terjadi sesuatu yang 'tidak memuaskan hati ; yang patut keluar atau sebaliknya dari AF, kejamnya si suami atau si orang ketiga dalam sesuatu drama, sudahlah skrip drama betul-betul macam dalam cerita drama, kurang logik dan realistik. Saya memohon berbanyak maaf kerana yang sebenarnya yang pelik adalah diri saya; bukannya pekara yang kelihatan pelik pada saya…. itu kelemahan diri saya sebenarnya.
Kita disajikan pula dengan iklan-iklan yang mengajak kita berbelanja dan membazir wang, membeli (kadang-kadang berhutang) benda-benda yang langsung tidak kita perlukan.
Pakar neurologi, memberitahu kita bahawa hanya peratusan yang sangat kecil sahaja daripada keseluruhan otak kita aktif. Lebih kurang 97% lagi 'tidur' sahaja. Tamadun-tamadun di zaman silam telah mengenal pasti Mata Ketiga manusia yang terletak di tengah-tengah otak kita. Ianya juga dikenali sebagai Pineal Gland. Manusia purba amat memberi fokus kepada organ di dalam otak kita itu kerana di situlah letaknya 'link' kita dengan roh kita.
Allah SWT menyeru hambanya untuk bersembahyang , bersujud, berdzikir, membaca Al Qur'an dengan suara yang rendah, dengan ikhlas mengingatiNya, menginsafi diri. Walaupun membaca ayat-ayat suciNya tanpa mengetahui makna, Allah tetap menjanjikan ganjaran- Nya, apatah lagi kalau tahu akan maknanya.
Akhir-akhir ini barulah pakar-pakar neurologi menemui faedah bertafakur, berdzikir itu, rupa-rupanya amalan seperti berdzikir itu adalah untuk menggerak atau menggetarkan satu urat saraf di bahagian leher kita yang bersambung terus dengan mata ketiga kita itu. Getaran yang terhasil itulah yang akan menggerak dan mengaktifkan roh kita.
Lokasinya di tengah-tengah otak itu menyebabkan pengaliran darah tidak sampai ke bahagian mata ketiga kita itu. Pakar-pakar neuro juga akhirnya menemui satu-satunya cara untuk membekalkan pineal gland kita dengan darah adalah dengan bersujud di dalam solat orang Islam yang penuh khusyuk.
Di dinding-dinding piramid dan juga bangunan-bangunan manusia purba terdapat lukisan-lukisan pineal gland. Ini menunjukkan betapa mereka menghargai organ yang menjadikan mereka itu manusia tinggi tahap spiritualnya.
Ubat-ubatan moden sebenarnya merosakkan organ pineal gland kita, begitu juga bahan-bahan tiruan di dalam makanan dan minuman kita ; perisa makanan, bahan pengawet, pewarna, semuanya itu memudaratkan bukan hanya kesihatan fizikal kita, tetapi juga organ pineal gland kita. Ini termasuk juga bahan kimia florida yang dimasukkan di dalam air paip, teflon pada periuk masak, oven gelombang micro, alat-alat elektronik seperti telefon mudah alih, komputer, TV, radio. Begitulah cara musuh kita melemahkan kita supaya kita sentiasa lalai dan lupa, kekal jahil.
Allah sendiri yang mengatakan bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya dan kita seharusnya yakin akan kebenarannya. Penyakit Aids yang dikatakan tiada penawarnya itupun pasti ada ubatnya. Ramai juga yang telah berjaya menemui ubatnya daripada sumber alam semulajadi. Begitu juga penawar untuk pelbagai jenis barah. Namun apabila mereka mendedahkan kepada umum akan penemuan mereka itu, ada yang menemui ajal (Dr. Max Gerson contohnya) kerana musuh kita akan gulung tikar jika manusia mula menggunakan kaedah yang tidak menguntungkan mereka itu dalam merawat penyakit.
Kita ada perbadanan yang dipanggil AIPAC; kerjasama Amerika-Israel dan di setiap persidangan kongres negara Amerika, AIPAC akan melobi agar diluluskan penggunaan ubat-ubatan terbaru yang akan menambah lagi keuntungan bertrillion dollar keatas industri farmaseutikal mereka yang membekalkan ubat-ubatan ke seluruh pelusuk dunia itu. Mereka akan melakukan apa sahaja demi menjaga keuntungan mereka termasuklah memastikan supaya manusia sentiasa sakit dan memerlukan ubat-ubatan dari mereka. Bahan 'chemo' dan 'radio' yang digunakan di dalam merawat barah itu sebenarnya akan membunuh cell sihat di dalam badan kita.
Jika kita mengamalkan pendekatan spiritual kita dalam penjagaan kesihatan kita, bukan sahaja kita akan terhindar dari pelbagai penyakit, tetapi kita juga akan mampu menyembuhkan penyakit yang ada dengan kuasa kehebatan dan keajaiban kita sendiri. Ini kerana apabila diri dan roh kita bergetar pada frekuensi yang optima, kita akan mencapai keseimbangan dan kesempurnaan dalam semua aspek. Ada yang mengatakan bahawa manusia yang tinggi tahap spiritualnya akan sentiasa kelihatan muda, tidak perlu menjalani suntikan-suntikan botox, collagen, pembedahan plastik, dan sebagainya.
Ada juga yang mendakwa orang yang sebegitu akan aktif dan sempurna DNA nya. Pakar anatomi manusia menyatakan 95% DNA kita adalah 'junk DNA',sampah semata-mata. DNA 'sampah' itu sebenarnya akan hanya aktif sekiranya manusia mencapai kewarakannya. Biasanya manusia biasa hanya ada 4-6 pasangan DNA yang aktif. Para nabi dikatakan mempunyai sehingga 48 pasangan DNA aktif. Kanak-kanak atau orang yang digelar "indigo" boleh memiliki sehingga 24 pasangan DNA aktif.
Ada juga yang menyatakan bahawa otak kita boleh mengembang, terutamanya otak sebelah kanan kita.. bahagian yang saintis katakan yang mengawal emosi kita. Mungkin kerana itulah manusia yang warak sangat mulia sifatnya kerana mereka menguasai emosi mereka dengan baik. Kita sering merasa tenang dan bahagia bila berada dekat dengan orang yang dikatakan warak ini, kerana energy dan aura mereka sangat positif, mereka penuh dengan sifat kasih sayang, lemah lembut. Tarikan mereka sangat kuat sehingga kawan dan juga lawan pasti menyayangi mereka itu.
Apa lagi yang boleh kita lakukan untuk mencapai kesempurnaan diri? Oleh kerana asal kita adalah dari tanah di bumi, mempunyai 'hubungan intim' dengannya adalah sangat penting. Berjalan menyentuh tanah, berkaki ayam akan mengaktifkan 'electro-magnetic energy' kita. Berjalan- jalan di dalam hutan sambil 'merasa' tenaga atau 'energy' pokok-pokok juga boleh membantu. Begitu juga berjalan-jalan di pantai, tenaga dari air laut juga memberi kesan yang sama.
Selain itu, tenaga dari matahari juga amat berkesan dalam memberi keseimbangan yang kita cari itu. Tatap dan renunglah matahari semasa ia sedang naik selepas subuh. Cahaya dan tenaganya akan sampai terus ke otak kita melalui anak mata kita.
Marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi manusia yang hebat dan mulia. Bersatu kita teguh dalam kita memerangi musuh kita yang sedang meraikan kekalahan dan kelemahan kita itu. Jangan kita lupa kita ini adalah makhluk cahaya dan tenaga yang jauh lebih hebat dari musuh kita itu. Sucikanlah hati dan aktifkanlah anugerah Allah SWT yang telah sekian lama kita lupa dan abaikan itu.
Sudah sampai masanya kita belajar ilmu-ilmu yang dituntut Allah SWT dan melihat dunia dengan mata ketiga kita itu. Insya Allah segala-gala- nya akan kelihatan lebih jelas. Di pentas dunia kita ini persembahan dramanya jauh lebih dahsyat untuk kita tonton dan untuk kita timba ilmu darinya. Belajarlah hidup tanpa TV. Nyanyikanlah dzikrullah dari sanubari seperti saudara Akil Hay, insya Allah bercahayalah anugerah Allah di dalam diri kita itu. Berseri dan bercahayalah wajah-wajah kita, tenang dan bahagialah hati kita.
Percayalah apabila kita betul-betul bersedia dan ikhlas untuk belajar, GURUnya pasti akan datang untuk mengajar kita. Salam cahaya.
____
dianehermit@gmail.com