Monday, May 26, 2008
BILA KEBENARAN DIANGKAT, YANG BATIL PASTI SIRNA
IKTIBAR DARI KISAH TIGA ORANG NABI
KISAH NABI IBRAHIM A.S
Pengikut Nabi Ibrahim tidak ramai, hanya sekitar 100 orang. Baginda pernah dibuang negeri ke Turki, di mana Namrud adalah raja yang berkuasa di tanah airnya semasa itu.
Setelah pulang, atas perintah Namrud, Nabi Ibrahim telah dihukum dengan dibakar ke dalam api, yang sangat besar, umpama sebesar ‘dosa’nya memusnahkan patung-patung ‘tuhan’ kaum Namrud. Pengumpulan kayu bakar dikutip dari segala pelusuk negeri dimana setiap penduduk secara gotong-royong harus mengambil bahagian sebagai tanda bakti kepada tuhan-tuhan persembahan mereka yang telah dihancurkan oleh Nabi Ibrahim.
Setelah terkumpul kayu bakar di kawasan lapangan yang disediakan untuk upacara pembakaran serta tersusun laksana sebuah bukit, berduyun-duyunlah umat Nabi Ibrahim datang untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman atas dirinya, api sebesar gunung berapi yang dahsyat menyebabkan unggas yang sedang berterbangan di atasnya berjatuhan terbakar oleh panasnya wap api.
Kemudian dalam keadaan terbelenggu oleh rantai tangan dan kakinya, Nabi Ibrahim diangkat ke atas sebuah menara yang tinggi lalu dilemparkan ia kedalam tumpukan kayu yang menyala-nyala itu dengan iringan firman Allah:
“Hai api, menjadilah engkau sejuk dan keselamatan bagi Ibrahim.”
Maka, tali temali dan rantai yang mengikat tangan dan kakinya terbakar hangus, sedangkan tubuh dan pakaian yang terlekat pada tubuhnya tetap utuh, tidak sedikit pun tersentuh oleh api.
Setelah Allah memaklumkan kepada api bahawa orang yang akan masuk ke dalam api itu adalah orangNya, seorang Nabi Allah, api menjadi sangat gembira dan bersiap sedia menerima kehadiran orangNya yang mulia, malah merasa sungguh berbangga kerana dapat menyelamatkan seorang Nabi Allah dari kehinaan.
Musuh mengharapkan api itu membakar, tetapi api tidak membakar. Sepanjang berada di dalamnya, Nabi Ibrahim begitu cemas. Namun baginda merasakan pembelaan Allah telah berlaku ke atasnya dengan bantuan d iluar logik akal iaitu menjadi dinginnya api.
Dalam misi dakwahnya, kejayaan dan kemenangan Nabi Ibrahim bermula setelah baginda keluar dari api dalam keadaan sihat. Rakyat Namrud yang juga kaum nabi Ibrahim apabila melihat keajaiban itu terus yakin bahawa Nabi Ibrahim berada di pihak kebenaran.
Mereka yakin Nabi Ibrahim adalah orangNya. Kaumnya mampu menerima baginda, tetapi pemimpin mereka Namrud TIDAK MAMPU menerima kebenaran yang dibawa Nabi Ibrahim hingga mulutnya terkunci. Apabila Namrud tidak mahu tunduk juga, Nabi Ibrahim tidak perlu berperang dengan Namrud, hanya didatangkanNya makhluk yang kecil, seekor nyamuk untuk memusnahkan kedegilan Namrud.
Kejatuhan Namrud bermakna sudah hancurlah kebatilan, dan diangkatlah oleh Allah kebenaran hasil campurtanganNya.
________________________________
KISAH NABI MUSA A.S
Nabi Musa ketika terjun ke dalam laut, tidak ada seorang manusia pun terfikir bahawa baginda akan selamat. Tidak ada langsung seorang pengikutnya yang yakin Nabi mereka boleh selamat.
Tetapi keadaannya semasa itu sangat diyakini oleh Nabi Musa. Itulah kemuncak keyakinan baginda kepada Tuhan dalam perjuangannya selama ini.
Keadaan yang sangat mencemaskan itu menyebabkan hati Nabi Musa terhubung dengan Tuhan, seolah2 hatinya bersatu dengan Tuhan. Laut sebagai makhluk Allah merasa sangat bahagia kerana dapat berkhidmat dengan orangNya. Laut menjadi terbuka dan membenarkan Nabi yang mulia itu dan para pengikutnya melaluinya. Laut merasa bertuah dipilih oleh Allah untuk Nabi Allah terjun kepadanya dan dapat berbudi kepadanya.
Firaun yang sedang dalam keadaan sangat marah tidak tahu bahawa beliau dan para pengikutnya sedang menuju ke arah kebinasaan apabila turut melalui lorong yang telah dibuka oleh laut dalam kejadian kejar mengejar itu.
Inilah bukti bahawa Nabi Musa itu adalah orang yang dihantar oleh Tuhan Yang Maha Ghaib. Sebelum itu, Nabi Musa telah melalui berbagai2 episod dan babak dalam memujuk kaumnya kembali kepada Allah, mengajak mengenalNya. Allah menjadikan waktu terjun di laut sebagai kemuncak perjuangannya, dalam mana Nabi Musa sedang dalam keadaan yang sangat cemas.
Sebelum itu, hanya sedikit kaum Nabi Musa menjadi pengikutnya. Memusnahkan Firauan adalah satu jalan Allah menyelamatkan kaum Nabi Musa dari bertuhankan Firaun.
________________________________
NABI YUNUS A.S
Perhatikan Maha Hebatnya dan dahsyatnya kuasa Tuhan. Dalam sesaat, Dia boleh membuat seorang yang dijangka selamat menjadi tidak selamat, yang merasa tidak selamat, diselamatkan. Mana ada kuasa yang boleh berbuat begitu kecuali Allah SWT.
Allah telah memerintahkan ikan paus untuk mendapatkan Nabi Yunus, dan telan dia. Ikan itu telah diilhamkan oleh Tuhan, bahawa Nabi Yunus itu orang Tuhan. Betapa sukanya ikan dapat berkhidmat kepada seorang Nabi Allah., sedangkan Nabi Yunus ketika itu tersangatlah cemas.
Allah telah meletakkan keadaanya menjadi sangat bergantung kepada Allah kerana perlu duduk di dalam ikan paus. Seperti nabi2 lain yang diuji, Nabi Yunus terkejut kerana diberi ruang untuk bernafas dan semakin selesa hari demi hari. Ikan paus tidak makan selama 40 hari untuk memastikan Nabi Yunus selesa di dalam perutnya. Di dalam perut ikan itulah Nabi Yunus bertaubat sesungguh hati. Diletakkan seluruh jiwa, raga dan nasibnya pada Tuhan.
Setelah 40 hari dalam perut ikan itu maka ikan membuka mulutnya & Nabi Yunus berjalan keluar dari perut ikan paus. Sedihnya paus itu untuk berpisah dengan orang yang paling mulia di zaman itu.
Nabi Yunus berkata kepada ikan paus
‘Engkau sangat berjasa kerana sanggup tidak makan untuk menjaga seorang nabi’.
Ada seorang pengikutnya yang diberi ilham bahwa Nabi Yunus selamat dan berada di dalam perut ikan. Hingga bila Nabi Yunus balik maka yakinlah seluruh umatnya bahawa Tuhanlah yang patut disembah bukan selainnya.
_______________________________
KESIMPULAN
Bila umat Nabi Ibrahim melihat baginda selamat dari api selama 40 hari 40 malam, maka tiada lagi hujjah yang menafikan kebenaran baginda.
Yakinlah umatnya bahawa Nabi Ibrahim seorang pembawa kebenaran. Agama Tuhan telah menang, maka berbondong-bondonglah kaumnya menyatakan keimanannya kepada Nabi Ibrahim.
Bila berlaku Nabi Musa diselamatkan, sedangkan Firaun sangat yakin menang, tetapi rupa-rupanyanya Firaun yang kalah, maka cukuplah hujjah Nabi Musa kepada umatnya. Berkatalah semua kaumnya betullah Nabi Musa datangnya dari Tuhan. Sempurnalah hujjah untuk umatnya bahawa Firaun bukan tuhan dan Firaun tidak berkuasa.
Nabi Yunus ditelan ikan paus juga menjadi hujjah kepada umatnya. Allah sahaja yang maha tahu betapa Nabi Yunus sangat-sangat cemas memikirkan keselamatan umatnya semasa terpenjara di dalam perut ikan itu.
Apabila kebenaran telah diangkat oleh Allah, maka kebatilan akan hancur dan sirna, dan kepalsuan itu akan pergi tanpa perlu dihalau.
Para pemimpin yang diutuskan Allah seperti para Rasul dan Nabi-nabi, mahupun para mujaddid sebagai utusan kepada Rasul ( rasul li rasul), adalah pemimpin yang berjaya mengembalikan umatnya kepada mencintai dan mengagungkan Tuhan.
Dalam sejarah, kaum para Rasul silam telah mengangkat barang ciptaan2 seperti matahari, api, patung dan sebagainya menjadi Tuhan mereka, sedangkan umat Muhammad tahu Tuhan yang Maha Besar itu adalah Allah SWT, tetapi terlalu ramai yang tersesat kerana membelakangkanNya dalam semua sudut kehidupan. Sebab itulah dihantarkan seorang mujaddid bertaraf pemimpin setiap 100 tahun untuk membawa manusia menjadikan Tuhan itu segala-galanya, malah sanggup mati keranaNya.
Misi seorang pemimpin hari ini biasanya hanya untuk memberikan rakyatnya makan. Bila dia mampu memberi orang makanan yang cukup, dapatlah dia kekal sebagai pemimpin. Tetapi jika dia tidak mampu memberikan pimpinannya makanan yang cukup, maka akan segera jatuhlah dia.
Besar perbezaan antara pemimpin di sisi Allah dan di sisi manusia. Di sisi Allah, pemimpin yang sebenarnya adalah pemimpin yang dapat menyelamatkan manusia dari kesengsaraan di dunia dan akhirat akibat yang bertuhankan selain Allah.
________________________________
Nota: gambar adalah sekadar foto hiasan
Sumbangan dari:
Azahar Abu Talib
aazahar@tm.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum,
semalam ada tanya dengan staff BNM, kebetulan dia ada seminar di sini. Dia kata dah tak ada harapan untuk MPSB meneruskan operasi. Kalau MPSB tutup, adakah duit modal akan dapat balik? Apakah status terkini kes MPSB?
Amy.....
Post a Comment