Sunday, April 26, 2009

NAFAS BARU



<><><>

Oleh: Diane the Hermit

Saya merasa bersyukur teramat sangat apabila mendapati blog ini semakin 'rancak'. Alhamdulillah... Inilah sebenarnya yang dituntut dari kita semua saling tulus ikhlas membimbing, mengambil berat, mengasihi, menghormati, mendoa dan mengharapkan kejayaan dan kesejahteraan setiap orang yang mampu kita 'sentuh'.

Walaupun kebanyakan daripada kita (termasuk diri saya sendiri) bukan tergolong dari mereka yang bergelar ustaz atau ustazah, rasanya apabila merasa terpanggil untuk menunaikan seruanNya untuk sekurang-kurangnya berkongsi pandangan, kita seharusnya mencuba juga melakukannya..lillahi taala.

Saya sentiasa berpendapat zaman kita ini mungkin merupakan zaman yang paling mundur jika dibandingkan dengan tamadun- tamadun silam yang pernah bertapak di bumi kita ini. Saya juga agak yakin iblis dan syaitan terutama yang bertopeng Zionis itu, yang bersama kita sekarang sedang mengalami zaman yang paling gilang gemilang mereka berbanding dengan yang pernah mereka capai pada zaman-zaman yang lampau.

Kita sebenarnya sudah kesuntukan masa dalam peperangan fisabilillah ini. Roh di dalam diri kita sedang meratap hiba melihat kelalaian kita, menyaksikan kekalahan kita di tangan iblis dan syaitan yang menyarung pelbagai topeng itu. Ada di antaranya yang kita boleh nampak, kebanyakannya yang tidak mampu kita kenal pasti, terutama yang bertapak di dalam hati sanubari kita sendiri.

Peperangan fisabilillah kita ini sebenarnya tidak memerlukan peruntukan untuk membekalkan kita dengan peralatan-peralatan perang kuno seperti B52 Bombers, pesawat perang MIG, bom nuklear, pesawat dan kapal selam kalis peluru, anti-radar dan berbagai lagi yang dimiliki oleh Amerika dan Israel atau Russia.

Allah SWT telah melengkapkan kita semua dengan sesuatu yang mampu mengalahkan kekuatan dan kecanggihan musuh-musuh kita itu. Malangnya, kita tidak pernahpun mencuba menghargainya apatah lagi untuk mengguna pakai kemudahan yang penuh kehebatan dan keajaiban yang ada di dalam diri kita itu.

Untuk mencapai tahap kerohanian yang mampu membolehkan kita mengalahkan musuh kita itu, banyak pekara yang perlu kita ubah pada diri kita. Perkara yang paling utama ialah penyucian hati kita, bersih dari segala yang negatif; perasaan marah atau panas baran, buruk sangka, cemburu, iri hati, tamak, sombong, bongkak, besar diri, riak. Tukarlah dan tanamlah hati kita dengan sifat-sifat mulia; SENTIASA bersabar, merendah diri, bersyukur, sentiasa berniat baik, mendoakan yang baik untuk orang lain.

Kita isikanlah mminda kita dengan perkara-perkara yang akan membantu meningkatkan tahap kerohanian kita. Roh kita adalah 'makhluk NUR'; yang memiliki 'electro-magnetic field'nya sendiri. Kita hanya akan 'berhubung' (connect) dengannya pada tahap frekuensi tertentu sahaja. Di luar frekuensi itu, kita hanya menjadi manusia yang bersifat 3D ini, dipermainkan dan ditipu oleh syaitan sentiasa, selama-lamanya.

Di antara usaha syaitan yang paling berjaya dalam menyekat 'spiritual growth' kita adalah TELEVISION! Hiburan berbentuk muzik, terutamanya adalah saluran paling berkesan dalam membantut kita mencapai tahap spiritual yang lebih tinggi. Allah tidak mungkin mengharamkan sesuatu tanpa sebab-sebab munasabah.

Saya merasa pelik melihat kehidupan kita yang tidak pernah lekang dari menonton TV..mengafundi (betulkah?),mengikuti drama-drama TV dan disusuli pula dengan perbincangan yang rancak sesama sendiri apabila terjadi sesuatu yang 'tidak memuaskan hati ; yang patut keluar atau sebaliknya dari AF, kejamnya si suami atau si orang ketiga dalam sesuatu drama, sudahlah skrip drama betul-betul macam dalam cerita drama, kurang logik dan realistik. Saya memohon berbanyak maaf kerana yang sebenarnya yang pelik adalah diri saya; bukannya pekara yang kelihatan pelik pada saya…. itu kelemahan diri saya sebenarnya.

Kita disajikan pula dengan iklan-iklan yang mengajak kita berbelanja dan membazir wang, membeli (kadang-kadang berhutang) benda-benda yang langsung tidak kita perlukan.

Pakar neurologi, memberitahu kita bahawa hanya peratusan yang sangat kecil sahaja daripada keseluruhan otak kita aktif. Lebih kurang 97% lagi 'tidur' sahaja. Tamadun-tamadun di zaman silam telah mengenal pasti Mata Ketiga manusia yang terletak di tengah-tengah otak kita. Ianya juga dikenali sebagai Pineal Gland. Manusia purba amat memberi fokus kepada organ di dalam otak kita itu kerana di situlah letaknya 'link' kita dengan roh kita.

Allah SWT menyeru hambanya untuk bersembahyang , bersujud, berdzikir, membaca Al Qur'an dengan suara yang rendah, dengan ikhlas mengingatiNya, menginsafi diri. Walaupun membaca ayat-ayat suciNya tanpa mengetahui makna, Allah tetap menjanjikan ganjaran- Nya, apatah lagi kalau tahu akan maknanya.

Akhir-akhir ini barulah pakar-pakar neurologi menemui faedah bertafakur, berdzikir itu, rupa-rupanya amalan seperti berdzikir itu adalah untuk menggerak atau menggetarkan satu urat saraf di bahagian leher kita yang bersambung terus dengan mata ketiga kita itu. Getaran yang terhasil itulah yang akan menggerak dan mengaktifkan roh kita.

Lokasinya di tengah-tengah otak itu menyebabkan pengaliran darah tidak sampai ke bahagian mata ketiga kita itu. Pakar-pakar neuro juga akhirnya menemui satu-satunya cara untuk membekalkan pineal gland kita dengan darah adalah dengan bersujud di dalam solat orang Islam yang penuh khusyuk.

Di dinding-dinding piramid dan juga bangunan-bangunan manusia purba terdapat lukisan-lukisan pineal gland. Ini menunjukkan betapa mereka menghargai organ yang menjadikan mereka itu manusia tinggi tahap spiritualnya.

Ubat-ubatan moden sebenarnya merosakkan organ pineal gland kita, begitu juga bahan-bahan tiruan di dalam makanan dan minuman kita ; perisa makanan, bahan pengawet, pewarna, semuanya itu memudaratkan bukan hanya kesihatan fizikal kita, tetapi juga organ pineal gland kita. Ini termasuk juga bahan kimia florida yang dimasukkan di dalam air paip, teflon pada periuk masak, oven gelombang micro, alat-alat elektronik seperti telefon mudah alih, komputer, TV, radio. Begitulah cara musuh kita melemahkan kita supaya kita sentiasa lalai dan lupa, kekal jahil.

Allah sendiri yang mengatakan bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya dan kita seharusnya yakin akan kebenarannya. Penyakit Aids yang dikatakan tiada penawarnya itupun pasti ada ubatnya. Ramai juga yang telah berjaya menemui ubatnya daripada sumber alam semulajadi. Begitu juga penawar untuk pelbagai jenis barah. Namun apabila mereka mendedahkan kepada umum akan penemuan mereka itu, ada yang menemui ajal (Dr. Max Gerson contohnya) kerana musuh kita akan gulung tikar jika manusia mula menggunakan kaedah yang tidak menguntungkan mereka itu dalam merawat penyakit.

Kita ada perbadanan yang dipanggil AIPAC; kerjasama Amerika-Israel dan di setiap persidangan kongres negara Amerika, AIPAC akan melobi agar diluluskan penggunaan ubat-ubatan terbaru yang akan menambah lagi keuntungan bertrillion dollar keatas industri farmaseutikal mereka yang membekalkan ubat-ubatan ke seluruh pelusuk dunia itu. Mereka akan melakukan apa sahaja demi menjaga keuntungan mereka termasuklah memastikan supaya manusia sentiasa sakit dan memerlukan ubat-ubatan dari mereka. Bahan 'chemo' dan 'radio' yang digunakan di dalam merawat barah itu sebenarnya akan membunuh cell sihat di dalam badan kita.

Jika kita mengamalkan pendekatan spiritual kita dalam penjagaan kesihatan kita, bukan sahaja kita akan terhindar dari pelbagai penyakit, tetapi kita juga akan mampu menyembuhkan penyakit yang ada dengan kuasa kehebatan dan keajaiban kita sendiri. Ini kerana apabila diri dan roh kita bergetar pada frekuensi yang optima, kita akan mencapai keseimbangan dan kesempurnaan dalam semua aspek. Ada yang mengatakan bahawa manusia yang tinggi tahap spiritualnya akan sentiasa kelihatan muda, tidak perlu menjalani suntikan-suntikan botox, collagen, pembedahan plastik, dan sebagainya.

Ada juga yang mendakwa orang yang sebegitu akan aktif dan sempurna DNA nya. Pakar anatomi manusia menyatakan 95% DNA kita adalah 'junk DNA',sampah semata-mata. DNA 'sampah' itu sebenarnya akan hanya aktif sekiranya manusia mencapai kewarakannya. Biasanya manusia biasa hanya ada 4-6 pasangan DNA yang aktif. Para nabi dikatakan mempunyai sehingga 48 pasangan DNA aktif. Kanak-kanak atau orang yang digelar "indigo" boleh memiliki sehingga 24 pasangan DNA aktif.

Ada juga yang menyatakan bahawa otak kita boleh mengembang, terutamanya otak sebelah kanan kita.. bahagian yang saintis katakan yang mengawal emosi kita. Mungkin kerana itulah manusia yang warak sangat mulia sifatnya kerana mereka menguasai emosi mereka dengan baik. Kita sering merasa tenang dan bahagia bila berada dekat dengan orang yang dikatakan warak ini, kerana energy dan aura mereka sangat positif, mereka penuh dengan sifat kasih sayang, lemah lembut. Tarikan mereka sangat kuat sehingga kawan dan juga lawan pasti menyayangi mereka itu.

Apa lagi yang boleh kita lakukan untuk mencapai kesempurnaan diri? Oleh kerana asal kita adalah dari tanah di bumi, mempunyai 'hubungan intim' dengannya adalah sangat penting. Berjalan menyentuh tanah, berkaki ayam akan mengaktifkan 'electro-magnetic energy' kita. Berjalan- jalan di dalam hutan sambil 'merasa' tenaga atau 'energy' pokok-pokok juga boleh membantu. Begitu juga berjalan-jalan di pantai, tenaga dari air laut juga memberi kesan yang sama.

Selain itu, tenaga dari matahari juga amat berkesan dalam memberi keseimbangan yang kita cari itu. Tatap dan renunglah matahari semasa ia sedang naik selepas subuh. Cahaya dan tenaganya akan sampai terus ke otak kita melalui anak mata kita.

Marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadi manusia yang hebat dan mulia. Bersatu kita teguh dalam kita memerangi musuh kita yang sedang meraikan kekalahan dan kelemahan kita itu. Jangan kita lupa kita ini adalah makhluk cahaya dan tenaga yang jauh lebih hebat dari musuh kita itu. Sucikanlah hati dan aktifkanlah anugerah Allah SWT yang telah sekian lama kita lupa dan abaikan itu.

Sudah sampai masanya kita belajar ilmu-ilmu yang dituntut Allah SWT dan melihat dunia dengan mata ketiga kita itu. Insya Allah segala-gala- nya akan kelihatan lebih jelas. Di pentas dunia kita ini persembahan dramanya jauh lebih dahsyat untuk kita tonton dan untuk kita timba ilmu darinya. Belajarlah hidup tanpa TV. Nyanyikanlah dzikrullah dari sanubari seperti saudara Akil Hay, insya Allah bercahayalah anugerah Allah di dalam diri kita itu. Berseri dan bercahayalah wajah-wajah kita, tenang dan bahagialah hati kita.

Percayalah apabila kita betul-betul bersedia dan ikhlas untuk belajar, GURUnya pasti akan datang untuk mengajar kita. Salam cahaya.


____

dianehermit@gmail.com

3 comments:

Anonymous said...

hari ini saya fham mengeni apa yg dikata, dulu saya akan kata karut. syukur. umur saya tak dptlg bertahan lama kerana barah serius. saya usahakan supaya sembuh selain dirawat hospital. saya labur byk dlm mercantil semua hilang. sekarang anak-anak yg bantu.

doa saya semoga diampunkan dosa dan mohon anak2 semua selamat. isteri sudah lama meninggal. syukurlah dan trima kasihg menulis. tak banyak masa yg sya ada cuma harap malaysia islam dan kita semua selmat.



radhi hj

Anonymous said...

Salam buat Tn hj Radhi,

Saya harap ini sekurang2nya dapat memberi keselesaan sedikit sebyk;

Hanya Allah shj yang tahu bila ajal dan maut akan menjemput kita.

Semestinya tuan sudah dapat menerima dengan redha dgn apa yang tuan alami ini.

Dalam redha cubalah mengajar diri untuk positif. Cliche'? Mungkin.. tapi di situlah tapak untuk kita menangani segala masalah diri, fizikal, mental, emosional...

Kita terpaksa mendidik diri untuk mengsyukuri segala apa yang boleh kita syukuri- pekara menyenangkan yang telah Allah anugerahkan di sepanjang hidup kita. Itu juga merupakan kunci kejayaan bagi memenangi masalah/penyakit apapun bentukya.

Antara yang mungkin boleh membantu:

1. Menerima dengan penuh redha keadaan diri kita dan mengsyukuri dan juga PALING penting menyayangi diri kita apa adanya

2. Menggunakan sumber alam dalam usaha penyembuhan; Paling berkesan mungkin menggunakan tenaga matahari..sumber Vitamin D yang unggul, supplement tidak akan membantu. Renunglah matahari samada dengan mata terbuka atau tertutup,
Biarkan kulit badan kita memproses vitamin D secara semulajadi, dedahkah diri di bawah cahaya mentari..

3. Berjalan-jalan dan memijak tanah bila keadaan mengizinkan. Datuk nenek kita mengekalkan kesihatan mereka sehingga ke hari tua dengan berbakti pada tanah. Kita sepatutnya mengamalkan cara hidup mereka.

4. Jangan negatif atau merungut. Buang sama sekali perasaan negatif di dlm apa bentuk sekalipun; sedih, kesal, resah, rendah diri, malu kerana menjadi beban kpd orang lain, kecewa...dan yang satu ini yang mempengaruhi kesihatan tuan iaitu PUTUS HARAPAN... redhalah sepenuhnya.

5. Cari ubatan mudah NATURAL..google
yg berikut ;

a. Budwig Therapy

b. Gerson Therapy

c. kaedah meng'alkali' system/sel2
badan.

d. kaedah atau produk membekal
Oksigen kpd sel2 badan

e. menggunakan produk Far Infra Red

f. membekalkan badan dengan air
yang tidak mengandungi klorin,
florida..

Saya akan poskan kaedah satu lagi; hadiah dari nenek moyang kita kira2 5000 tahun lampau kepada kita yang tersilap menganggap kita lebih canggih dari mereka ini.. Saya harap saya akan berjaya menyiapkannya secepat mungkin, insya Allah.

Apapun Allah telah memberi kita yang berada dalam keadaan yang sama seperti tuan 2 pilihan ; jalan2 yang perlu kita lalui ;

1. Jalan Sakit + keinsafan

2. Jalan kemewahan + kekufuran

Kadang kita mungkin membenci atau tidak menyukai pekara yang sebenarnya baik/berguna kepada kita.

Keindahan kehidupan kita yang fana ini sesungguhnya terletak pada WABI SABInya. Saya mendoakan yang terbaik untuk tuan Hj Radhi.

dianehermit@gmail.com

Anonymous said...

SAYA AKUI KITA SEBENARNYA SUDAH KUCAR KACIR. SEPERTI POKOK, DAHANNYA BESAR DAUNNYA LEBAT TETAPI BANIR DAN AKAR-AKARNYA DIMAKAN ANAI-ANAI.

KEBERSIHAN SEPARUH DARI IMAN, HATILAH YANG DILIHAT ALLAH TETAPI KENAPA SEJAK 10 TAHUN KEBELAKANGAN INI, RAMAI ORANG MELAYU (UMAT ISLAM) MENDERITA SAKIT DI HOSPITAL KERANA SETAHU SAYA - SESIAPA YANG MEMPUNYAI HATI YANG BERSIH, TUBUH BADANNYA SIHAT SEHINGGA AKHIR HAYAT. RAMAI DIKALANGAN KITA MENGIDAP PENYAKIT KRONIK SEPERTI LEMAH JANTUNG, KENCING MANIS, DARAH TINGGI DLL. PELIKKAN FENOMENA INI TERJADI DIKALANGAN UMAT ISLAM SEDANGKAN NABI MUHAMAD SENDIRI PERNAH MENOLAK TABIB (DOKTOR) YANG DIHADIAHKAN OLEH WAKIL ROM SEMASA MELAWAT BAGINDA DI MADINAH UNTUK MELIHAT BUKTI KERASULANNYA.

QADA DAN QADAR? ATAU BALA BAGI YANG TIDAK TAHU MENJAGA HATINYA? WALLAHUALAM. MUNGKIN TERLALU MENGAFUNDI HINGGA TERLUPA TANGGUNGJAWAB PADA DIRI. LEKA DENGAN HIBURAN DAN BANYAK ANGAN2. ARTIKEL INI BAGUS DIBACA OLEH ORANG ISLAM KHUSUSNYA ORG MELAYU SUPAYA CEPAT2 SEDAR DIRI AGAR TERHINDAR MENJADI PENGHUNI HOSPITAL.