Wednesday, March 11, 2009

JALAN KEMATIAN

***


***

Kita semua akan bertemu dengan kematian, samada cepat atau lewat. Itu jalan yang pasti kecualilah jika ada percaturan atau program lain yang Allah tentukan kepada seseorang yang dikehendakkiNya.

Kematian itulah tujuan kehidupan. Kehidupan di dunia ini hanyalah sekitar 70,80 atau 100 tahun sahaja sedangkan kehidupan selepas kematian itu kekal selama-lamanya. Sanggupkah kita mengagungkan tempoh yang sedikit itu dan menggadaikan kehidupan yang infiniti?

***

Ramai yang akan pusing dan rungsing, akhir-akhir ini - sungguhpun tekun dan kuat bekerja - temu janji diberbagai-bagai tempat dan projek berjenis-jenis, wang jadi semakin sukar untuk diperolehi. Wang di dalam pasaran seolah-olah semakin berkurangan.

Firma-firma gergasi dan institusi kewangan serta insuran di seluruh dunia, jatuh tanpa dapat ditahan-tahan lagi walaupun berkali-kali belanjawan di dalam kategori stimulus dikeluarkan oleh kerajaan negara masing-masing.

Hospital, pengusaha lebuhraya, institusi yang dibenarkan mengambil sewa dan mengenakan bunga 'interest' amat cenderong untuk menaikkan harga sehingga terlupa kepada kemampuan pengguna; pihak berkuasa hanya mengikut sahaja mungkin ada pihak yang mempunyai kepentingan bersama.

Rakyat mula bangun diseluruh dunia, suara kanak-kanak sudah mulai didengari kerana terdapat banyak kebenarannya dari kata-kata orang tua yang penuh kepentingannya.

Kata-kata alim ulamak yang dahulunya dianggap mutiara kata tetapi kini ditarafkan sebagai madah seloka sahaja kerana terbukti kata-kata mereka lahir dari ayat yang dihafal bukannya dari thesis atau bahan kajian terperinci. Lebih tinggi pengetahuan doktor bedah dari ulamak lulusan Al Azhar tetapi doktor bedah, pakar zoologi, ahli kajibumi, pakar fizik, ahli astronomi masih tidak dibenarkan mengeluarkan hujah mengenai agama kerana dianggap bukan dari ahli atau mempunyai kelulusan agama.

Pejuang politik, pejuang seni, pejuang bahasa ~ hanya pada slogan yang menggemparkan masyarakat tetapi hakikatnya sama kerana tiada apa yang perlu diperjuangkan. Sistem terbaik telah ada tetapi ramai yang buta.

Dunia menjadi semakin tenat dengan berbagai-bagai malapetaka, seolah-olah semua elemen alam seperti air, api dan angin telah tidak menyebelahi manusia lagi. Banjir selepas lama dilanda kemarau, hutan terbakar sewaktu musim lembab membuatkan manusia sudah ramai yang hilang perhitungan di dalam urusan dengan alam.

***


No comments: