Monday, December 29, 2008

AZAM BARU

Gambar: Penyelesai masalah anda, semuanya berlesen dan sah di sisi undang-undang.
_______

Tok Janggut, ini adalah azam tahun baru saya.

TAK MAHU BERHUTANG, TAK MAHU PENDEK FIKIRAN, TAK MAHU BERCAKAP MENGENAI ORANG LAIN, TAK MAHU PANJANG ANGAN-ANGAN, TAK MAHU CEPAT MEMPERCAYAI KATA-KATA YANG TAK TENTU SUMBERNYA, TAK MAHU MEMBUANG MASA, TAK MAHU CEPAT MELENTING, TAK MAHU JADI BODOH SELAMA-LAMANYA.

MAHU MEMPUNYAI KELUARGA YANG BAHAGIA, MAHU DI BERKATI SEGALA USAHA, MAHU BERJAYA, BEBAS DARI MASALAH KEWANGAN DAN MAHU MENJADI SEORANG INSAN YANG BAIK.

SAYA MAHU BERJAYA. DOAKAN SAYA.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
_______________________________

Semua orang sukakan yang baik-baik, semua orang mahukan kejayaan. Kita bersama-samalah doakan semoga kita semua berjaya sepanjang tahun 1430 Hijrah ini.
***

Ya Allah, di Maal Hijrah yang barakah ini, jadikanlah kami orang yang sentiasa patuh kepada perintah Mu, meninggalkan segala larangan Mu, mulia dan sayangilah kami, bahagiakanlah keluarga kami, sihatkanlah tubuh badan kami, berkati dan murahkan rezeki kami, teguhkan keimanan kami, berikan kenikmatan beribadah kepada kami, jauhkan kami dari fitnah dan musibah, suburkan benih keIslaman dengan penuh rasa kasih dan sayang. Berikanlah kami keberanian untuk menghadapi kenyataan dan berikanlah kami kekuatan untuk mendirikan kebenaran. Kabulkanlah doa kami ini Ya Allah.

Amin, amin, amin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Saturday, December 27, 2008

SERIBU EMPAT RATUS TIGA PULUH HIJRAH

There are people who worship Allah to gain His Favors this is the worship of traders; while there are some who worship Him to keep themselves free from His Wrath this is the worship of slaves; a few who obey Him out of their sense of gratitude and obligations this is the worship of free and noble men.

_______________________________________________________________

tahun 1429 telah kita lalui dengan penuh pendidikan, banyak pelajaran telah kita terima untuk membuatkan kita lebih banyak berhati-hati di dalam sebarang tindakan. Tindakan kita sebelum ini yang kita anggap bijak rupa-rupanya sekarang baharulah kita sedari bahawa ianya telah merugikan terlalu banyak jiwa dan sumber. Sedangkan semasa kita mempunyai peluang untuk membuat pilihan, semasa itu hati kita buta. Tetapi apabila hati kita sudah mula celik dan kita sudah mula melihat kenyataan dengan lebih jelas - tetapi waktu tidak lagi menyebelahi kita. Hanya pada Allah tempat kita memohon keampunan.

Kecualilah jika hati kita buta selama-lamanya.
S E L A M A T T A H U N B A RU
H I J R A H 1 4 3 0

_______________________________________________________________

Fakta yang perlu kita semua ketahui untuk dijadikan bekal sepanjang tahun 1430
(di ambil dari teks ucapan Hafez A.B Mohamed: Ketua Pengarah, Bank Al Baraka.)

Demographics
o World Jewish
Population: 14 million
> Distribution:
7 M in America
5 M in Asia
2 M in Europe
100 thousand in Africa

o World Muslim
Population: 1.5 billion
> Distribution:
1 billion in Asia/Mid-East
400 M in Africa
44 M in Europe
6 M in the Americas

o Every fifth human being is a Muslim
o For every single Hindu there are two Muslims
o For every Buddhist there are two Muslims
o For every Jew there are 107 Muslims
o Yet the 14 million Jews are more powerful than the entire 1.5 billion Muslims

Why? Here are some of the reasons:

Movers of Current History:

o Albert Einstein Jewish
o Sigmund Freud Jewish
o Karl Marx Jewish
o Paul Samuelson Jewish
o Milton Friedman Jewish

Medical Milestones:

o Vaccinating Needle: Benjamin Ruben Jewish
o Polio Vaccine: Jonas Salk Jewish
o Leukaemia Drug: Gertrude Elion Jewish
o Hepatitis B: Baruch Blumberg Jewish
o Syphilis Drug: Paul Ehrlich Jewish
o Neuro muscular: Elie Metchnikoff Jewish
o Endocrinology: Andrew Schally Jewish
o Cognitive therapy: Aaron Beck Jewish
o Contraceptive Pill: Gregory Pincus Jewish
o Understanding of Human Eye: G. Wald Jewish
o Embryology: Stanley Cohen Jewish
o Kidney Dialysis: Willem Kloffcame Jewish

Nobel Prize Winners:

o In the past 105 years, 14 million Jews have won 180 Nobel prizes whilst 1.5 billion Muslims have contributed only 3 Nobel winners

Inventions that changed History:

o Micro- Processing Chip: Stanley Mezor Jewish
o Nuclear Chain Reactor: Leo Sziland Jewish
o Optical Fibre Cable: Peter Schultz Jewish
o Traffic Lights: Charles Adler Jewish
o Stainless Steel: Benno Strauss Jewish
o Sound Movies: Isador Kisee Jewish
o Telephone Microphone: Emile Berliner Jewish
o Video Tape Recorder: Charles Ginsburg Jewish

Influential Global Business:

o Polo: Ralph Lauren Jewish
o Coca Cola Jewish
o Levi's Jeans: Levi Strauss Jewish
o Sawbuck's: Howard Schultz Jewish
o Google: Sergey Brin Jewish
o Dell Computers: Michael Dell Jewish
o Oracle: Larry Ellison Jewish
o DKNY: Donna Karan Jewish
o Baskin & Robbins: Irv Robbins Jewish
o Dunkin Donuts: Bill Rosenberg Jewish

Influential Intellectuals/ Politicians:

o Henry Kissinger, US Sec of State Jewish
o Richard Levin, PresidentYaleUniver sity Jewish
o Alan Greenspan, US Federal Reserve Jewish
o Joseph Lieberman Jewish
o Madeleine Albright, US Sec of State Jewish
o CasperWeinberger, US Sec of Defence Jewish
o Maxim Litvinov, USSR Foreign Minister Jewish
o DavidMarshal, Singapore Chief Minister Jewish
o Isaacs Isaacs, Gov-GenAustralia Jewish
o Benjamin Disraeli, British Statesman Jewish
o Yevgeny Primakov, Russian PM Jewish
o Barry Goldwater, US Politician Jewish
o Jorge Sampaio, President Portugal Jewish
o Herb Gray, Canadian Deputy - PM Jewish
o Pierre Mendes, French PM Jewish
o Michael Howard, British Home Sec. Jewish
o Bruno Kriesky, Austrian Chancellor Jewish
o Robert Rubin, US Sec of Treasury Jewish

Global Media Influential:

o Wolf Blitzer, CNN Jewish
o Barbara Walters, ABC News Jewish
o EugeneMeyer, Washington Post Jewish
o Henry Grunwald, Time Magazine Jewish
o Katherine Graham, Washington Post Jewish
o Joseph Lelyeld, New York Times Jewish
o Max Frankel, New York Times Jewish

Global Philanthropists:

o George Soros Jewish
o Walter Annenberg Jewish

Why are they powerful?
Why are Muslims powerless?

Here's another reason. We have lost the capacity to produce knowledge.
o In the entire Muslim World (57 Muslim Countries) there are only 500 universities.
o In USA alone, 5,758 universities
o In India alone, 8,407 universities
o Not one university in the entire Islamic World features in the Top 500 Ranking Universities of the World
o Literacy in the Christian World 90%
o Literacy in the Muslim World 40%
o 15 Christian majority-countries, literacy rate 100%
o Muslim majority - countries , None
o 98% in Christian countries completed primary
o Only 50% in Muslim countries completed primary.
o 40% in Christian countries attended university
o In Muslim countries a dismal 2% attended.
o Muslim majority countries have 230 scientists per one million Muslims
o The USA has 5000 per million
o The Christian world 1000 technicians per million.
o Entire Arab World only 50 technicians per million.
o Muslim World spends on research/developmen t 0.2% of GDP
o Christian World spends 5 % of GDP Conclusion:
o The Muslim World lacks the capacity to produce knowledge Another way of testing the degree of knowledge is the degree of diffusing knowledge.
o Pakistan 23 daily newspapers per 1000 citizens
o Singapore 460 per 1000 citizens
o In UK book titles per million is 2000
o In Egypt book titles per million is only 17

Conclusion:

o Muslim World is failing to diffuse knowledge Applying Knowledge is another such test.
o Exports of high tech products from Pakistan is 0.9% of its exports
o In Saudi Arabia is 0.2%o Kuwait , Morocco and Algeria 0.3%
o Singapore alone is 68%

Conclusion:

o Muslim World is failing to apply knowledge

_______________________________________________________________


Kita tidak pernah cuba untuk mencelikkan mata hati kita, kita biarkan ia buta selama-lamanya dan berpuas hati dengan apa yang telah dilonggokkan di hadapan kita. Kaki dan tangan kita sendiri yang telah merosakkan diri kita sendiri, kita sendiri merelakannya atas berbagai-bagai sebab dan alasan.
Tahun 1430 adalah tahun yang penuh cabaran! SELAMAT BERJAYA.


Wednesday, December 10, 2008

PENYERAHAN

KITA SEMUA BUKANNYA LEMBU terpaksa akur kepada sistem yang membutakan mata kita supaya kita semua meninggalkan legasi nenek moyang dan melupakan sejarah bangsa yang sebenar.

SELAMANYA DICUCUK HIDUNG supaya akur dengan sistem perundangan yang kabur asal usulnya, semuanya membawa kepada penindasan yang nyata terhadap rakyat Malaysia sedangkan terdapat berbagai saluran perundingan, perbincangan dan dialog secara terbuka penuh kejujuran untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan maruah dan memertabatkan bangsa. Kaedahnya amat mudah iaitu untuk lengkap melengkapi di antara yang berkuasa dengan yang mahu berlindung di bawah kekuasaan pemimpin yang mempunyai salsilah dan darah yang sama, masalah boleh diselesaikan 'within four walls' tetapi peluang ini tidak di ambil oleh pemimpin bukan kerana mahu patuh kepada undang-undang; tindakan mereka tidak popular dikalangan bangsa kulit kuning yang menjadi harapan memperolehi undi setelah bangsa sendiri hilang keyakinan dan mula memilih pemimpin dari kalangan bangsa sendiri dari berlainan panji politik. Kepada siapa lagi rakyat kebanyakan mahu bernaung jika tidak kepada pemimpin yang mereka lantik dan diberikan amanah penuh kepercayaan tetapi hakikatnya siapakah yang menjadi lembu dan untuk siapa?

Rakyat kebanyakan yang sebilangan besarnya adalah orang-orang Melayu bukannya memasuki dan menyertai firma-firma seperti MPSB, BULUH MAS, JAI NETWORK, JASMINE, NORADZ, DINA atau yang seumpama dengannya dengan menanam cita-cita besar untuk membuka akaun di bank Swiss tetapi sekadar untuk menampung kehidupan yang semakin sempit dan berhasrat hanya untuk mengubah nasib hidup.

Pelabur-pelabur atau rakan-rakan kongsi bukanlah pemilik jet-jet peribadi yang akan meninggalkan negara ini apabila negara di ancam atau diserang oleh musuh; mereka juga tidak mempunyai rumah percutian di luar negara. Mereka hanya rakyat biasa yang sanggup berjuang dan mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan negara tercinta kerana ini sahajalah negara yang mereka ada; mereka tidak mempunyai lebih dari satu paspot malah ramai juga yang langsung tidak memiliki paspot antarabangsa. Kebanyakannya keluar negara hanya ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji.

Di dalam diri orang Melayu tidak mempunyai cip ahli perniagaan seperti yang dimiliki oleh masyarakat kulit kuning. Orang Melayu hanya baru belajar berniaga sejak 10-15 tahun yang lalu, sedangkan cip pedagang dan ahli perniagaan telah ada di dalam darah daging bangsa lain sejak beribu tahun yang lalu.

Hanya segelintir sahaja dari kalangan orang Melayu yang tahu berniaga, selainnya dikerah dan dikempen sejak merdeka lagi untuk berpuas hati sekadar hanya makan gaji atau bekerja dengan kerajaan.

Pemimpin-pemimpin boleh duduk dan berbincang dengan pengusaha-pengusaha seperti MPSB, BULUH MAS, JAI NETWORK, JASMINE, NORADZ, DINA dan firma yang seumpama dengannya dan mencari jalan tengah supaya perjalanan firma-firma ini beroperasi lebih profesional, lebih menguntungkan dan diberikan endosement HALAL di negara nenek moyang sendiri.

Tiada gunanya pemimpin-pemimpin Melayu jika mempunyai kuasa tidak tahu digunakan tetapi apabila digunakan ianya menjadi salah guna. Jika politik tidak lagi dapat membela masa depan orang Melayu dan daulah Islamiah di negara ini; singkirkan sahaja politik dan Melayu bersatu padu lalu menjadi Islam sebagai tapak yang kukuh di dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Rasulullah tidak mewujudkan parti politik atau terdapat penamaan calon di Madinah setelah berhijrah dari Makkah. Jika kita sebagai bangsa Melayu Islam buntu di dalam membuat keputusan, berhenti sejenak dan berfikir bagaimana jika masalah ini di hadapi oleh Rasulullah; bagaimana kaedah penyelesaian Baginda.

Kita semua hanya pandai berslogan mengatakan Rasulullah itu 'contoh terbaik atau uswatun hasanah' sedangkan perbuatan kita langsung tidak merujuk kepada kaedah Baginda sebaliknya kiblat kita lebih tertumpu kepada Inggeris; berbagai nama lord-lord Inggeris menjadi rujukan. Tidakkah perbuatan cakap lain dan buat lain itu adalah hipokrit. Hipokrit adalah dari perkataan Inggeris; perkataan Arabnya adalah munafik.

Memang benarlah sasaran Inggeris melemparkan 'politik' keppada orang Melayu kerana mereka tahu apabila orang Melayu terlalu berpolitik, orang Melayu akan berpecah belah dan fikiran mereka menjadi tumpul dan sendat tidak mampu menerokai fikiran kreatif penuh inovatif; Islam tersingkir lalu menjadi ritual semata-mata untuk survival diri di dalam politik.

Sebelum mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin Melayu telah disepit minda mereka oleh Inggeris supaya mengambil kira bangsa-bangsa mendatang lalu pemimpin-pemimpin Melayu ini mengikut telunjuk British tanpa mengambil kira jangkauan masa depan asalkan mendapat kemerdekaan di atas dulang bertatahkan permata tanpa mengalirkan setitik darah; itulah skrip yang dihafal. Setelah merdeka, pemimpin Melayu melaungkan bahawa bangsa mendatang akan diberikan hak sama rata dan peluang-peluang ekonomi akan di agihkan tanpa diskriminasi.

Malangnya setelah lebih dari 50 tahun negara merdeka, kebanyakan pemimpin-pemimpin Melayu masih membaca skrip yang sama walaupun pada hakikatnya jika ditimbang harta dan wang bangsa mendatang; sudah diketahui yang mana berat dan yang mana ringan. Paling menyedihkan, bangsa sendiri yang menghadapi diskriminasi di dalam banyak segi.

Di dalam pertemuan dengan beberapa orang kenalan terdiri dari taukeh-taukeh Tionghua, mereka dengan penuh yakin berkata, " Biar orang Melayu yang dapatkan projek kerajaan, kompatmen balak, tanah dan lain-lain lagi dari kerajaan dengan bantuan pemimpin-pemimpin politik Melayu - akhirnya mereka akan datang mencari kita juga".

Orang Melayu yang menyokong pemimpin-pemimpin politik, samada beliau tahu berniaga atau tidak, mereka akan mendapat habuan sedangkan orang Melayu yang bersungguh-sungguh berniaga dan mampu menjalankan kerja-kerja itu sendiri; tersingkir. Ini adalah salah satu contoh diskriminasi ke atas orang Melayu tetapi ianya hanya di pandang sebelah mata atau langsung tidak dipedulikan.

Hari ini, topik yang ditulis ini juga di anggap amat sensitif. Mungkin artikel sebegini dinilai sebagai menghasut dan akan dituduh mencetuskan perbalahan antara bangsa tetapi sesuatu yang kita semua lupa bahawa; selagi orang Melayu memegang tauhid yang kukuh dan Islam menjadi pegangan - orang Melayu di dalam negara Melayu ini WAJIB mempertahankan bangsa lain yang beragama lain selagi mereka itu bukannya golongan yang menentang daulah Islamiah.

________________

Sempena Hari Raya Korban ini, wajarlah diingatkan kepada pemegang-pemegang kuasa yang terdiri dari orang Melayu untuk sedar bahawa jika kita tidak menukarkan penjajahan fikiran yang menebal di dalam minda kita; tahun 2020 - bangsa Melayu akan menjadi bangsa yang telah disenyapkan untuk dilenyapkan kerana hari inipun bangsa Melayu pada kenyataannya telah jauh terpinggir dari arus perdana. Singapura adalah contoh yang nyata dan amat jelas untuk dijadikan panduan.

Orang-orang Melayu juga perlulah benar dengan diri sendiri dan Islam yang selama ini dijunjung penuh kasih; hentikan permusuhan, hentikan perbalahan - marilah kita bersatu. Jika bukan kita orang Melayu, siapa lagi yang akan membela diri kita sendiri.

Pada masyarakat bukan Melayu, jika orang Melayu sudah bertukar menjadi lebih baik dan lebih Islamik, mereka akan menjaga dan memastikan masyarakat bukan Melayu hidup rukun damai di bawah sistem perundangan, pentadbiran dan kemasyarakatan yang mengutamakan kasih dan sayang.

Janganlah kita leka dan menunggu apabila kita mahu di LAPAH baharulah kita tersedar dari mimpi-mimpi indah yang di semai oleh musuh di dalam minda kita.

SALAM AIDIL ADHA, MAAF DZAHIR BATHIN - Tok Janggut










Thursday, November 20, 2008

Saya lebih suka hidup seperti orang yang miskin tetapi mempunyai banyak wang - Picasso
-<>-<>-<>-<>-<>-<>-

Apabila sedang sakit, kita memikirkan jiwa kita tetapi apabila sihat, ramai yang memikirkan wangnya.
-<>-<>-<>-<>-<>-<>-
Bila susah orang benci, bila senang orang dengki.

-<>-<>-<>-<>-<>-<>-

Thursday, November 13, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Posted by Picasa
Menunaikan Ibadah Haji adalah Rukun Islam yang kelima. Rukun yang terakhir di dalam menyempurnakan semua rukun-rukun yang ada. Semua jemaah haji memakai pakaian yang diperbuat dari kain putih. Menyerahkan diri kepada Ilahi.

Apabila pulang ke tanah air, ingin menjadi seperti budak kecil iaitu berkata benar dan tidak tahu berbohong. Semoga semua jemaah Malaysia di tanah suci diberkati, diredhai dan dirahmati Ilahi.



_________________________

SELAMAT HARI RAYA ADHA

M A A F D Z A H I R B A T H I N

Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Tidak lama lagi seluruh umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Masa untuk pulang ke kampong halaman. Inilah masa yang sesuai untuk bertemu dengan kedua ibu-bapa dan saudara mara. Ini adalah masa bergembira untuk hampir semua orang, masa untuk bermaaf-maafan dan memohon ampun zahir dan batin. Pada Hari Raya semua memakai pakaian baru.

Pakaian baru ini seolah-olah melambangkan bahawa kita semua telah berjaya dan mendapat kemenangan besar pada bulan Ramadhan. Kita berjaya tidak makan dan tidak minum sepanjang bulan yang mulia ini. Kita semua berjaya menahan lapar dan dahaga.

Pada bulan Ramadhan kita semua bertukar menjadi orang yang suka beribadat. Suasana di mesjid pada waktu malam berlainan dengan hari-hari biasa di luar bulan Ramadhan. Dari sekecil-kecil hingga yang tua-tua, semuanya sibuk melakukan ibadat Terawih di dalam bulan ini.

Selalunya mesjid dipenuhi oleh jemaah lelaki tetapi lain pula pada bulan Ramadhan, kaum wanita berduyun-duyun ke mesjid. Semuanya mahu mengambil berkat pada bulan Ramadhan dengan melakukan banyak ibadat. Sembahyang cukup lima waktu ditambah dengan solat-solat sunat. Bacaan Al Quraan berkumandang pada bulan Ramadhan ini. Apabila Ramadhan sampai kepenghujungnya, mulai malam ke27 Ramadhan - suasana menjadi semakin gembira kerana pada 1hb Syawal, kita semua menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kemenangan. Kita semua telah menang.
Semua ibadat kita telah diterima Allah. Pada Hari Raya kita merayakannya.
_____________

Ibubapa berkira dengan wang di dalam tangan kerana banyak wang yang akan dibelanjakan. Minyak kereta, tol, pakaian baru, kuih muih, membeli lauk pauk, lemang, ketupat, rendang, wang yang akan diberikan kepada anak-anak saudara, pada saudara mara yang tua dan wang untuk dimasukkan ke dalam sampul hijau buat anak-anak dan kanak-kanak yang berkunjung ke rumah menjadi bajet utama di dalam senarai perbelanjaan.

Jumlahnya berbeza-beza dari satu keluarga ke satu keluarga yang lain. Serendah RM 150.00 hingga RM 15,000.00 atau lebih dibelanjakan semasa hari raya. Terdapat juga keluarga yang membelanjakan sehingga RM 75,000.00 semasa menyambut hari raya kerana mengadakan majlis menyambut hari raya di hotel dan ditempat-tempat yang eksklusif.

Lagi ramai kenalan kita dan lagi besar rangkaian yang ingin kita ujudkan, maka makin tinggilah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menyambut Hari Raya ini. Ada di antara orang kenamaan negara terpaksa berbelanja lebih dari RM 250,000.00 untuk menyambut Hari Raya kerana tetamu yang hadir melebihi 5,000 orang.

Tidak kurang juga umat Islam di negara ini menyambut Hari Raya di luar negara bersama saudara mara yang menetap di sana atau bersama anak yang belajar diluar negara.

Ada juga yang menyambut hari raya bersendirian.

_____________

Walau apapun keadaannya:

_________________________

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

M A A F D Z A H I R B A T H I N





Monday, September 01, 2008

SELAMAT BERPUASA

Setiap tahun, bulan ini adalah bulan kita melatih dan mendidik diri. Di dalam bulan ini juga kita membuat pembetulan kepada akaun peribadi dan akaun keluarga kerana banyak kos dan perbelanjaan boleh dijimatkan di dalam bulan ini. Kepada yang bukan Islam, cubalah juga berpuasa di dalam bulan ini bersama rakan-rakan lain yang Islam. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi lebih dari itu.

50% perbelanjaan bulanan boleh dijimatkan, jika mahu.

Selamat Berpuasa.

Saturday, August 30, 2008

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Masyarakat Malaysia akan merayakan Hari Kemerdekaan yang ke-51. Usia yang begitu matang bagi sesebuah negara yang merdeka, Malaysia kini telah bersedia untuk melonjak jauh mendepani banyak negara lain apabila pengisian modal insan dapat disematkan ke dalam hati sanubari rakyat-rakyatnya.

Apakah yang akan terjadi kepada negara apabila setiap rakyatnya memiliki modal insan? Masihkah bercakaran sesama sendiri atau saling bekerjasama tanpa batasan agama, warna kulit dan fahaman politik?

Akan bebaskah Malaysia dari cengkaman fahaman ekonomi lama, teori sosial antik dan ideologi politik yang akhirnya membawa kepada berpecah belah? Apakah kita semua akan berubah dan akan jauhkah anjakan minda itu?

Masyarakat Tionghua kini maju di dalam sektor ekonomi manakala masyarakat India telah lama terlibat di dalam bidang infrastruktur. Masyarakat Punjabi menekankan pada pendidikan dan kini terserlah penglibatan mereka di dalam berbagai bidang seperti perubatan, pentadbiran, siasah dan juga sektor perbankan.

Terbelakah nasib masyarakat Kadazan, Iban dan masyarakat-masyarakat etnik di Sabah dan Sarawak? Bagaimana kemajuan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia, sudah berubahkah sikap dan pandangan hidup mereka?

Berapakah pemilikan aset Bumiputra dibandingkan dengan bukan Bumiputra? Jumlah simpanan masadepan? Dividen pelaburan kerajaan? Cukai? Tol lebuhraya? Sistem pembahagian tender? Bidang kuasa kerajaan-kerajaan negeri? Sudahkah wang royalti diserahkan kepada rakyat Terengganu?

Bersediakah kerajaan mengambil pemilikan sepenuhnya di dalam Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan lain-lain organisasi lagi supaya kos yang dicaj kepada rakyat akan menjadi kurang dan tidak membebankan. Tidak guna jika telefon di rumah hanya untuk mendapatkan saluran internet sahaja sedangkan menggunakan telefon bimbit lebih murah kosnya.

Bersediakah kakitangan kerajaan memakai pakaian seragam sebagai usaha untuk menjimatkan kos membeli pakaian dan wang lebihan itu boleh menambah jumlah pelaburan sebagai persediaan menghadapi kehidupan setelah bersara?

Apakah sejumlah besar masyarakat Melayu terbukti tidak pandai berniaga tetapi mereka boleh menjadi pelabur yang bijak? Perlukah umat Islam mendapat mesjid tersergam indah dengan kos pembinaan berjuta ringgit sedangkan masyarakat setempatnya tidak mampu menampung anak-anak menyambung pelajaran keperingkat yang tinggi?

Soalan-soalan yang memerlukan jawapan yang tepat tidak berhenti senarainya. Semua ini hanya akan dapat kita langsaikan jika masing-masing telah mendokong modal insan.

Bermulalah dengan BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH dan MULIA MEMULIAKAN ANTARA SATU SAMA LAIN. Jika ini menjadi amalan berterusan, kita semua pasti berjaya dan akan cepat melangsaikan hutang-hutang lapuk kita sebelum diserahkan negara ini kepada generasi akan datang yang telah disediakan minda dan fisikal mereka untuk menghadapi pergolakan dunia yang memerlukan kecekapan, kebijaksanaan, keberanian dan daya juang yang bermatlamatkan kejayaan, adil dan saksama.

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
____________________________________________tj

31 Ogos 2008. Genap 51 tahun Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kini sebagai sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia, kita semua telah merdeka. Kita semua telah lepas dari semua ikatan yang menjerut tengkuk, mengikat kaki. Kita semua telah bebas. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Pejuang-pejuang bangsa, agama dan negara telah lama pulang meninggalkan kita semua. Mereka telah mengorbankan kemewahan hidup, masa depan diri sendiri demi perjuangan negara, bangsa dan agama untuk mencapai kemerdekaan. Nama-nama mereka kini telah ditelan lipatan sejarah.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! kanak-kanak riang melaungkan kalimat keramat. Bendera berkibaran megah. Kita bangga, negara kita telah lama merdeka. 51 tahun. Jika pada manusia, usia itu telah begitu matang. Tidak lagi mahu melakukan kesilapan di dalam hidup. Merdeka! Merdeka!Merdeka!

Satu hari di Tugu Negara, anak-anak bertanyakan mengenai senarai nama panjang terpahat penuh ingatan. Soalan yang paling mudah tetapi jawapannya pilu seolah menghiris kebenaran. Hati jadi sayu terkenangkan Mat Kilau, Tok Bahaman, Kiai Salleh, Tokku Paloh, Tok Gajah, Dr. Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad, Abu Bakar al Baqir dan ramai lagi yang kini telah dilupakan.

Bangsa yang maju adalah bangsa yang menjadikan sejarah sebagai panduan, bangsa yang mundur adalah bangsa yang melupakan sejarah. Bangsa yang hina adalah bangsa yang menukarkan sejarah bangsa.

Bangsa yang yang akan menerajui dunia adalah bangsa yang sentiasa mengukir sejarah gemilang.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
____________________________________________tj


Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!

Laung Abu Bakar Al Baqir,
Parti Islam Hizbul Muslimin,
Dr. Burhanuddin Helmi dan Ishak Haji Muhammad.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya.

Satu bangsa; bangsa Melayu,
Satu negara; negara Melayu,
Satu bahasa; bahasa Melayu,
Islam, agama negara Melayu.
Cita dan nekad bangsa kita.

Hidup Melayu!
Laung Dato’ Onn Jaafar,
Dari Kampung Baru ke puncak Titiwangsa,
Menguak ombak Selat Melaka,
Merentang angin di Langkawi.
“Tangkap semua!!!” pekik Dato’ Onn Jaafar,
Polis orang putih bertindak,
Tangkap Abu Bakar al Baqir, Ishak Haji Muhammad,
Semua pejuang tanah air ditahan,
Dalam khemah tahanan di merata-rata.

“Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!
Laung Tunku Abdul Rahman,
Pada bulan, pada bintang di dada langit.
Bisik British,
Bisik syaitan penjajah,
“Malays stop, no power stop,
jv country and jv independence”.

Bangsa Melayu layu,
Jadi kaum dalam dua bangsa baru,
Jiwa Melayu terjajah,
Bercakar sama sendiri,
Melaung sampai ke bulan,
Tahi lekat celah gelegar.
“Penjajah bentuk baru!” pekik Soekarno,
Ombak terhenti di Selat Melaka,
Angin patah di Gunung Jerai,
Semangat Melayu rebah di Kota Melaka.

Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!
Laung guru dan semua murid,
Tanah sekangkang kera entah ke mana,
Bahasa Melayu bak pegaga layu di huma,
Pandai anak Melayu jadi hamba,
Kera di hutan ketawa,
Bayi Melayu dalam buaian, lapar,
Susu ibu dihisap kera,
Puting ibu jadi barah payu dara.

Sayup-sayup suara Pak Pandir,
Megah dek tanjak kampung tergadai,
Badan merempat di bumi sendiri,
Yang berjuang kurang jujurnya,
Suara naga berjalan semut.

Kata ulama,
“Islam agama Allah,
Pegang sungguh-sungguh,
Jihad dan teguh iman,
Bangsa Melayu akan bangun semula,
Satu bangsa direda Allah”

Mokhtar Petah
Pulau Sabang, Aceh

Sunday, August 03, 2008

PELUANG

1

Sebaik sahaja tamat tingkatan 5, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia melayakkan aku menyambung pelajaran di dalam bidang perakaunan di sebuah institusi pengajian tinggi. Pelajaran aku dilanjutkan apabila terpilih membuat program ijazah di tempat yang sama.

Aku sentiasa berpegang kepada pesanan emak dan ayah supaya menumpukan pelajaran dan mendapat kelulusan yang baik. Kata ayah, “kerajaan akan memilih pelajar yang baik untuk menyambung belajar. Kos di pusat pengajian tinggi swasta terlalu mahal jika dibandingkan dengan pusat pengajian tinggi yang dimiliki oleh kerajaan. Jika kamu tidak mendapat keputusan yang baik, ayah tidak mampu untuk menyara pelajaran kamu lagi. Untuk masuk ke universiti ini, kamu pun tahu yang ayah terpaksa mengadai tanah tapak rumah kita ini. Nilainya tak seberapa tetapi mujurlah ada orang yang kesihan sanggup menerima tapak rumah buruk ini. Siapa nak ambil tanah rezab Melayu? Kamu pun tahu nak berurusan dengan bank bukannya ayah tahu sangat, kena buat penilaian, buat perjanjian lawyer, mana ayah ada duit. Kalau luluspun, kena makan 2 bulan juga. Universiti kamu tu bukannya memikir hal orang kampong. Hantar surat, tup tup kena mendaftar. Mana nak cari duit cepat sangat. Sekurang-kurangnya berilah tempoh yang cukup.

Semasa kamu mula belajar dahulu, adalah duit simpanan ayah. Untuk buat ijazah ini, duit ayah tak cukup. Banyak keluar duit, bulan lepas ganti bot baru. Kayunya sudah habis reput. Enjin lama sudah tak boleh pakai. Dah kong. Semuanya semakin mahal.”

Semasa di mesjid, Pak Imam ada duduk berbual dengan aku dan sempat berpesan, “Kamu tu ingat, ada dua perkara yang kamu patut ingat semasa belajar di universiti itu. Satu, kamu jangan gemuk nanti kuat tidur, bila masa nak belajar. Kamu tengok aku ini, badan aku tak macam imam-imam mesjid yang lain. Semuanya gemuk-gemuk, perut buncit. Manakan tidak, apabila ada kenduri arwah, pak-pak imam yang dapat makanan sedap. Beri makan sedap pada pak imam dapat berkat, kamu tahu tak? Itu yang semua orang ingat.

Ayam panggang, pak imam dulu yang dapat. Kari kambing, pak imam juga yang dapat. Tak perlu jadi pak imam pun, kamu hafal dua tiga jenis doa, mesti kamu disuruh duduk di meja utama bila habis baca doa. Ramai kawan aku tukang baca doa dan pak-pak imam yang dapat sakit lemah jantung. Manakan tidak, duduk meja utama, hidangan utama, mestilah sedap-sedap, orang kita ini jika nak sedap santan kenalah lebih. Bertambahlah lemak dalam salur darah. Lemak dah jadi batu. Mana tak jam. Minyak kereta kalau tersumbat untuk sampai ke enjin, enjin pun berhenti. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Semua penyakit bermula diperut. Lautlah katakan, dicampak racun, campak besi buruk, ikan pun mati.

Kedua, kamu jangan bercinta nanti jadi leka. Lupa tanggungjawab. Habis belajar, kamu berkawanlah dulu. Berkenalan dahulu. Kaji latarbelakang dia. Perempuan ini, kadang-kadang bertudung lingkup tetapi hati Tuhan sahaja yang tahu. Kalau dapat yang muncung mulutnya lagi kamu menderita, kamu tahu apa binatang yang muncungnya panjang?... Sudah macam radiogram nak jaga tepi kain orang. Bila kamu sudah bekerja nanti, tak payah cari. Ramai yang datang mencari kamu tu. Cantik macam mana sekalipun, carilah yang boleh dibuat menjadi ibu rumah”.

Pesan aruah Pak Imam aku langgar. Semasa di dalam program ijazah, aku hampir terkandas apabila asyik bercinta dan menderita putus cinta. Apabila kekasih aku dijemput oleh seorang kawan lelakinya dengan kereta membawanya pulang, aku cemburu. Katanya, dia tidak dapat mengelak kerana kawannya itu telah berkali-kali menelefonnya. Emaknya ada menelefon menyuruhnya bersetuju.

Sepanjang cuti empat minggu aku termenung di kampong. Aku tidak faham kenapa dia sanggup melukakan hati aku, sanggup bersetuju kawan lelaki mengambilnya dari universiti. Balik naik bas lagi baik, biarlah bersusah asal dapat membuktikan cintanya pada aku.

Sungguhpun aku hanya memendamkan rasa, aku seperti biasa, bertemu dengan kekasihku di cafetaria. Aku mahu memikirkan yang baik dan amat mengharapkan dia berterus terang dengan aku. Dunia ini kejam rupanya. Kekasihku berubah, setiap kali telefon bimbitnya berdering semasa dia bersama aku, wajahnya berubah dan cepat-cepat bangun meninggalkan aku untuk bercakap. Aku menangis di dalam hati.

Akhirnya, dia mengaku tidak mencintai aku lagi. Begitulah nilai cinta. Aku sengsara dan menderita makan hati. Pelajaran aku abaikan dengan memberi alasan pada diri bahawa sumber inspirasi aku tiada lagi.

Apabila pulang ke kampong untuk cuti pendek setelah rasa amat sunyi berada di kampus sewaktu cuti, aku mengambil peluang untuk membantu ayah ke laut. Tak sanggup duduk di rumah mentelaah buku, asyik terbayang wajah bekas kekasihku sahaja.

Semasa ayah sedang menarik tali tangsi yang dimakan tenggiri, aku tatap wajahya yang telah dimakan matahari, berhempas pulas mencari rezeki dan berusaha menebus tapak rumah. Semasa di laut, sambil mencincang ikan umpan untuk dibuang ke laut memanggil tenggiri, ayah ada berkata, “Bila kita susah orang benci, bila kita senang orang dengki. Ingat kata-kata ini di dalam hidup itu”.

Semasa cuti itu, emak yang memberi tahu bahawa ayah turun laut dua kali sehari sewaktu laut elok. Tinggal 3 bulan lagi baki menebus tapak rumah. Disiplin ayah memang kuat, apa yang dikata itu juga yang dikotakannya.

Kata-kata emak itu seolah-olah menampar muka aku, memberi kesedaran yang mendalam terhadap kenyataan hidup.

Berkat doa ayah dan emak, aku kemudiannya di pilih untuk membuat program master. Mungkin kerana telah gagal bercinta, aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Aku pegang pesan Pak Imam. Setiap kali balik kekampong, aku kerap berbual dengan Pak Imam. Aku sedar-sedar sudah menjadi orang mesjid. Aku ke mesjid pada waktu subuh dan maghrib sahaja. Bila menanti waktu Isyak, masa itu aku mengambil peluang berbual dan belajar dengan Pak Imam.

"Ibu bapa hari ini kesuntukan masa untuk mengajar anak-anak, ramai pula yang langsung tak tahu apa yang hendak diajar. Empat perkara wajib bagi ibu bapa. Salah satunya mengajar ilmu dunia akhirat kepada anak-anak. Kemudian barulah nikah kahwin. Selesai empat perkara ini, maka selesailah tanggungjawab ibu bapa pada anak-anaknya. Baik anak lelaki mahupun anak perempuan. Belajarlah ya." kata Pak Imam kepada aku, masa itu aku lihat bercahaya putih bersih pada kedua belah kening matanya.

Sembahyang itu ramai yang buat tetapi berapa orang yang faham apa yang dikatakan sembahyang...kata-kata ini terngiang-ngiang di telinga aku. Aku kadangkala duduk di rumah Pak Imam hingga pukul 3 pagi sebelum disuruhnya aku balik. "Baliklah berehat. Esok engkau nak ke laut" katanya.

Semasa aku sibuk menghadapi ujian akhir dan banyak kertas kerja yang perlu diselesaikan, emak menelefon aku mengatakan Pak Imam demam dan ada meninggalkan pesan untuk aku pada ayah sebelum dia pulang ke rahmat Allah.

Aku menitiskan airmata tetapi apakan daya, aku tidak berpeluang untuk pulang kekampong mengkebumikan jenazah Pak Imam. Seluruh kampong bertuah kerana mempunyai seorang tua yang dituakan seperti arwah Pak Imam. Pak Imam menjadi pemutus kata di dalam perkara-perkara penting di kampong. Setiap kali selepas mesyuarat jawatankuasa kampong, Tok Ketua bersama dengan beberapa orang jawatankuasa akan ke rumah Pak Imam memberitahu keputusan perbincangan.

Keputusan muktamad di mulut Pak Imam. Itu kata Tok Ketua pada orang kampong. Semua penduduk kampong bersetuju dan amat menghormati Pak Imam.

Kata emak, semasa jenazah Pak Imam dikebumikan, ramai orang yang datang. Wajah-wajah yang datang tidak dikenali oleh orang kampong mahupun keluarga Pak Imam sendiri. Sebaik sahaja jenazah Pak Imam dikebumikan, dua jam selepas itu hujan renyai-renyai seolah-olah menangisi pemergian Pak Imam.

Senja itu, alam seolah-olah berkabung bersama penduduk kampung yang terasa kehilangan Pak Imam. Apabila Pak Imam membaca ayat-ayat suci Al Quraan, ilmu taranumnya yang mantap serta suaranya yang lunak dapat menggetar dan mencarik hati orang yang mendengar.

Aku pernah mengalirkan airmata dan menangis teresak-esak mendengar Pak Iman membaca surah Al Rahman, YANG MANAKAH DARI KURNIA TUHAN YANG HENDAK KAMU DUSTAKAN?. 31 kali ayat ini diulang-ulang di dalam surah Al Rahman. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku menangis begitu. Ayat itu seperti menghiris hati ku, membuatkan aku sedar bahawa kurnia Allah pada diri aku ini amat banyak sebenarnya. Kefahaman ayat ini telah menjadi ubat dan penawar aku putus cinta. Banyak lagi kurniaan Allah yang selama ini telah aku abaikan.

Pada aku, kekasih aku adalah segala-galanya. Dia adalah hidup matiku. Pengarang jantung ku. Rupa-rupanya jangkaan aku meleset. Cepat-cepat aku pegang lengan ku. Aku cubit lembut dan terasa sakit. Rasa adalah kurniaNya, sebesar-besar kurniaan pada manusia tetapi siapa yang pernah menghargainya. Rasa pula ada berjenis-jenis nikmatnya. Rasa seronok, rasa gembira, rasa teruja, rasa sedih, rasa sakit dan berjenis-jenis rasa yang lain lagi.

Rasa sakit menambahkan kesyukuran aku kepadaNya. Apabila aku ditimpa sakit seperti demam, aku telah tidak beristighfar seperti orang bersalah tetapi diri aku sentiasa mensyukuri akan nikmat yang dilimpahkanNya kepada diri aku. Aku banyak menerima kesedaran sewaktu aku sakit. Tambahan pula terlantar sendiri di bilek di kampus. Apabila aku mendapat khabar atau berita gembira, aku beristighfar kepadaNya kerana takutkan kegembiraan dan perkhabaran itu akan melalaikan aku dari mengingatiNya.

Sejak banyak menghabiskan waktu dengan Pak Imam, aku dapati diri aku telah banyak berubah. Aku lebih menyayangi kedua ibubapa aku. Pernah aku peluk tubuh ayah aku erat-erat lalu aku kucup dahinya. Ayah aku terkejut dan hampir melompat kerana diperlakukan begitu secara tiba-tiba. Seumur hidup, aku tidak pernah memeluk ayah aku apalagi mencium dahinya.

Aku hanya mengucup tangannya dua kali setahun iaitu pada pagi Aidil Fitri dan pagi Aidil Adha. Itupun aku lakukan apabila tiada orang yang melihat, aku segan. Perkataan yang keluar dari mulut aku," Selamat Hari Raya ayah. Ayah saya mohon ampun maaf". Aku kucup tangan ayah kemudian terus bangun. Sejak belajar dengan Pak Imam, akulah yang tak akan melepaskan peluang untuk mengucup dan memeluk ke dua ibubapa ku. Sudah beberapa hari raya, airmata aku mengalir sewaktu melutut dihadapan kedua ibubapa ku.

Takbir raya aku dengar amat menyayatkan hati.

Aku kini telah banyak menilik dan meneliti diri aku sendiri. Aku akan pegang telinga dan aku masukkan jari telunjuk menutup lubang telinga.

Terputus bunyi luar tetapi ada bunyi dari dalam. Aku pejamkan mata, terputus pandangan luar tetapi apabila aku tumpukan memandang semasa tutup mata aku, aku dapat melihat ada gerakan tetapi bukan mata aku yang melihat kerana mata aku telah aku tutup rapat. Telinga, pendengaran. Mata, penglihatan. Hati, perhatian? Banyak soalan-soalan diri aku yang masih tidak terjawab.

Sebaik sahaja habis membaca surah itu, Pak Imam bangun berjalan ke arah aku yang telah berdiri bersedia untuk keluar dari mesjid. Dia melihat wajah aku. Aku jadi malu sambil mengesat airmata yang masih mengalir di atas pipi. Dia hanya tersenyum dan menepuk-nepuk bahuku.

Menurut emak lagi, kedai-kedai dipekan tutup cepat hari itu. Semua tuanpunya Tionghua kedai-kedai di pekan menghormati Pak Imam. Pak Imam tidak tahu berbahasa Cina tetapi seperti memahami isi hati pekedai-pekedai itu. Pak Imam pernah dipanggil untuk menyelesaikan persengkataan di antara dua keluarga Cina yang berpengaruh di pekan. Peristiwa yang hampir berbunuhan itu diakhiri dengan kedua-dua keluarga berpelukan dan bermaaf-maafan.

Sejak peristiwa, setiap tahun, Pak Imam dijemput untuk merasmikan mesyuarat agong pekedai-pekedai di pekan. Arwah juga diminta untuk membaca doa. Peristiwa ini menjadi gempar juga apabila ada ustaz dari kampong lain mempertikaikan perbuatan Pak Imam kerana menurut ustaz itu, haram bagi orang Islam mendoakan orang kafir.

Pak Imam senyum sahaja sambil menjawab bahawa yang didoakannya adalah makhluk Allah jua. Dia mendoakan semoga terbuka hati pekedai-pekedai itu supaya menjadi lebih baik dan bertimbang rasa terhadap pelanggan-pelanggan mereka yang sebahagian besarnya adalah orang Melayu. Menurut Pak Imam, Islam lebih dahulu sampai ke negara China sewaktu zaman Saad Ibn Waqaf. Inilah resepi mereka. Mereka memuliakan orang lain tanpa batasan bangsa atau agama.

Setiap bulan Ramadhan, persatuan pekedai-pekedai Tionghua di pekan menyumbangkan jamuan untuk berbuka puasa. Mereka pernah menghantar wakil ke mesjid semasa mesyuarat menentukan undi hari moreh. Mereka mahu turut serta. Penduduk kampong sentiasa menanti hari giliran moreh sumbangan pekedai-pekedai Tionghua, makanannya mewah. Hari raya dikampong aku meriah, begitu juga semasa Tahun Baru Cina.

Setahu aku, sudah enam orang Tionghua memeluk Islam ditangan Pak Imam. Dua orang kerana bercinta dan hendak kahwin dengan anak penduduk kampong sebelah manakala empat orang lagi tertarik dengan Islam.

Aku juga tertarik dengan cara Pak Imam semasa mengislamkan mereka. Pak Imam berpesan supaya setelah menjadi umat Islam, kewajipan mereka yang utama ialah untuk lebih menghormati kedua ibubapa mereka. Walaupun kedua ibubapa dan keluarga masih belum Islam, tanggungjawab sebagai anak dan saudara kepada anggota keluarga hendaklah dijalankan dengan lebih bertanggungjawab lagi. Utamakan kasih dan sayang kerana Islam itu adalah kasih sayang.

Sungguhpun setiap kali Pak Imam membeli belah barang keperluan di pekan, pekedai-pekedai itu tidak mahu mengambil wang dari Pak Imam. Pak Imam tidak mengambil kesempatan dari kedudukan dan pandangan pekedai-pekedai Tionghua terhadap dirinya. Pak Imam bertegas untuk membayar. Sikap Pak Imam itu menjadikan arwah semakin dihormati dan disegani oleh pekedai-pekedai dan penduduk Tionghua di pekan.

Kini Pak Imam tiada lagi pada zahirnya, tetapi dirinya sentiasa di dalam ingatan penduduk di kampong dan kaum Tionghua di pekan. Al Fatihah.

Thursday, June 26, 2008

MEMBONGKAR RAHSIA KEHEBATAN ROH









Islam punya kekuatan luarbiasa yg lebih hebat dan tersendiri. Tetapi bila diketengahkan, masyarakat seolah-olah bersikap double standard dalam menerimanya dan mengatakan ini sihir.


1.Tinggi rendahnya manusia di sisi Tuhan adalah dinilai pada kemuliaan dan kesucian rohnya, bukan pada jasad lahirnya. Manusia atau makhluk yang paling hebat dan paling mulia di sisi Tuhan adalah Rasulullah saw.

Kehebatan Rasulullah SAW terletak pada kehebatan rohnya. Makhluk pertama yang Tuhan ciptakan adalah roh Nabi Muhammad saw yang disebut Nur Muhammad. Kerana kemuliaan Nur Muhammad inilah Tuhan ciptakan manusia, langit, bumi dan lain-lain. Begitulah hebatnya roh Rasulullah SAW.

Nisbah jasad manusia, Tuhan menciptakan Nabi Adam dahulu. Nisbah roh, Rasulullah diciptakan dahulu. Sebab itu ketika Nabi Adam diperkenalkan oleh Tuhan tentang ciptaanNya dan ZatNya melalui 99 nama Allah, pengenalan itu tidak sempurna selagi tidak diperkenalkan kepada Nur Muhammad. Tatkala Nabi Adam melihat kalimat Nur Muhammad, dia bertanya kepada Allah, siapakah Muhammad? Maka Tuhan menjawab, itulah penghulu segala Rasul. Walaupun Nabi Adam diciptakan terlebih dahulu, dia tetap akur dengan kehebatan dan kemuliaan roh Rasulullah, malah berselawat dan bertawassul kepadanya.

2. Mengenai roh, Tuhan berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya roh itu adalah urusanKu”
“Katakanlah, roh itu adalah urusan Tuhanku.”

Mengapa Allah berfirman roh itu urusanNya? Padahal semua makhluk ciptaanNya juga mutlak semua urusanNya, semua berada di dalam pemerintahan dan kekuasaanNya. Kesemua ciptaanNya, Dia yang memelihara dan Dia boleh menghancurkannya tanpa campurtangan dari mana-mana pihak. Tetapi tentang roh, Tuhan kata “Ia urusanKu”. Ini menunjukkn daripada keseluruhan ciptaan Tuhan, roh adalah yang paling penting dan istimewa.

3. Mengapa roh istimewa? Sejarah penciptaan roh diceritakan dalam Al Quran. Sewaktu di alam roh, Tuhan telah mengumpulkan kesemua roh manusia dan bertanya,

“Bukankah aku Tuhan kamu?”

Maka menjawablah kesemua para roh,

“Ya, kami naik saksi bahwa Engkaulah Tuhan kami.”

Itulah kehebatan roh manusia, dia sangat kenal dengan Tuhan.

Asal kejadian roh menerima dan mengakui Allah sebagai Tuhannya. Sebab itulah fitrah semulajadi semua manusia samada Islam atau tidak adalah baik, mahu kepada Tuhan. Tetapi bila fitrah suci asal yang mengenali Tuhan itu tidak disuburkan, lama kelamaan ia akan rosak.

KESAN APABILA ROH TIDAK DISUBURKAN

Bila seorang manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan jauh dari Tuhan, rohnya akan lemah, fitrahnya akan rosak. Akibatnya manusia hanya akan tahu adanya Tuhan melalui akal, tetapi hati atau rohnya tidak ada rasa berTuhan, tiada rasa cinta dan takut pada Tuhan. Ibarat anak angkat, selepas 30 tahun barulah dia tahu, rupa2nya dia ada ibu dan ayah yang lain. Senangkah dia hendak menyayangi ibu dan ayah kandungnya?

Begitulah manusia dengan Tuhan. Rata-rata hari ini, manusia sudah kehilangan Tuhan akibat dari melalaikan penjagaan dan penyuburan rohnya. Bila roh tidak disuburkan, maka lahirlah manusia yang rosak jiwanya. Individu-individu yang rosak jiwanya akan melahirkan masyarakat yang rosak. Pendidikan hari ini pula sasarannya adalah akal, roh tidak. Jadi berlakulah ketidak seimbangan antara akal dan roh. Hingga kita dapat saksikan satu fenomena seperti di dunia hari ini. Dalam kemajuan, penuh dengan ketakutan, tiada keamanan, perpaduan dan kasih sayang. Makin maju, makin bergaduh dan menipu, berperang, berbunuhan. Makin kaya, jiwa makin menderita. Apa ertinya hidup dalam kemajuan bersama ketakutan, lebih baik mundur bersama keamanan. Untuk apa kaya dalam penderitaan, lebih baik miskin bersama kasih sayang. Itulah akibat dari gagal menyuburkan roh insan dalam kehidupan. Roh jadi buta daripada mendapat cahaya iman.

KESAN APABILA ROH DISUBURKAN

Roh yang disuburkan dengan mengenali dan mencintai Tuhan hingga membawa kepada rasa berTuhan yang mendalam, akan menjadi aktif. Roh yang disucikan ( roh muqaddasah) akan aktif berperanan ( mutassariffah). Peranan roh mutassarifah ini tiada batasan geografi dan masa.

SEJARAH YANG MEMAPARKAN KEHEBATAN ROH INI

1. Saiyidina Umar boleh memberi arahan pada Sariyah, ketua tenteranya ke Palestin. Sedangkan
sewaktu itu Saiyidina Umar sedang memberi khutbah di mimbar masjid Madinah. Tiba-tiba dia menjerit..

“Hai Sariyah, ubah kedudukan tentera kamu, musuh ada di belakangmu!!”

Begitulah kehebatan roh muqadasah mutasoriffah mampu mendahului masa dan sempadan geografi. Pada hari ini sehebat mana satelit pun tidak mampu hendak mengatasi kepantasan komunikasi roh.

2. Penaklukan Andalusia oleh Tariq ibn Ziyad. Sejarah memaparkan Tariq membakar semua kapal tenteranya dan berkata,

“Laut di belakang kamu, musuh di hadapan kamu, pilihlah
kematian yang bagaimana yang kamu mahu!!”

Orientalis menyembunyikan cerita Tariq beryaqazah dengan Rasulullah. Beliau melihat Rasulullah dan arahan Rasulullah supaya terus mara. Tariq mendapat suntikan semangat juang yang luar biasa hingga membawa kejayaan kepada tentera Islam menawan Andalusia. Peristiwa bersejarah di Jabal Tariq itu merupakan satu lagi bukti bagaimana peranan roh cukup penting . Di mana di saat logik akal mengatakan sudah tidak ada jalan, tetapi di waktu itu bila bergantung pada kekuatan roh, ia mengatasi logik dan berlaku peristiwa luar biasa yang menyalahi adat, yang diistilahkan sebagai khawariqul adah.

Peristiwa-peristiwa ini merupakan rahsia-rahsia kekuatan umat Islam yg tersembunyi yang tidak dapat dikesan dan dikuasai oleh musuh. Hal-hal seumpama ini sudah jarang dititikberatkan oleh umat Islam hari ini. Umat Islam lebih kagum dengan silap mata Barat, sedangkan Islam punya kekuatan luarbiasa yg lebih hebat dan tersendiri.

Tetapi bila diketengahkan, masyarakat seolah-olah bersikap double standard dalam menerimanya dan mengatakan ini sihir.

Sebenarnya ini merupakan usaha-usaha musuh Islam terutama Yahudi yang memang sudah lebih tahu dan faham akan kekuatan umat Islam ini, tetapi mereka menyembunyikan dan menutupnya rapat-rapat.

Oleh kerana besarnya peranan roh, maka munasabahlah Tuhan berkata “Roh itu urusan Aku”. Ia sebenarnya adalah satu senjata rahsia yang punya kekuatan luarbiasa yang disimpan untuk orang-orang bertaqwa. Seolah-olah Tuhan berkata, jaga ciptaan Aku ini baik-baik kerana ialah yang akan menentukan nasibmu di dunia dan di akhirat.

KENAPA SELAMA INI ROH TIDAK DIBERI PERHATIAN UTAMA BERBANDING DENGAN AKAL ?

Roh tidak diberi perhatian sebab mereka lebih berminat dengan akal sebab akal gerakannya cepat mendapatkan hasil. Di sini yg membuatkan manusia terkelabu dan terkeliru. Akal nampaknya lebih cepat berjaya dan cepat dapat. Manusia lebih tertarik dengan benda yang cepat. Sebab itulah manusia lebih tertarik dengan dunia daripada Akhirat. Dunia adalah sesuatu yang dekat, manakala akhirat pula yang jauh. Yang paling cepat terpengaruh adalah mata lahir.

Oleh sebab itulah setakat untuk mendidik mata, mulut dan akal untuk berperanan, Allah tidak perlu datangkan Rasul. Untuk mendidik akal semata, orang jahat pun boleh mendidik, tetapi untuk mendidik roh, bukan sebarang orang yang mampu. Roh itu istimewa, ahli falsafah tidak mampu mendidik roh. Oleh kerana roh itu urusan Tuhan, maka pemimpin yang mampu untuk mendidik roh pun urusan dan utusan Tuhan juga.

APAKAH FAKTOR YANG MENGHALANG PERANAN ROH?

Di dunia ini, apa sahaja yang kita lakukan samada yang halal, sunat, harus dan lain-lain, jika ianya terputus dengan Tuhan, perkara tersebut akan membinasakan manusia. Apa sahaja yang kita bangunkan, tadbir, jika ia terputus dari Tuhan, iaitu bila ia tidak dihubungkaitkan dengan Tuhan, ia akan merosakkan roh. Manusia hari ini menjadikan akal sebagai tempat rujuk utama. Sebelum bertindak apa-apa, mesti tanya akal dulu, logik atau tidak, tepat atau tidak? Sedangkan peranan akal bukanlah sandaran utama. Kerana keputusan akal tidak semestinya tepat dengan kehendak Tuhan.

Sepatutnya sebelum bertindak dan berbuat sesuatu, terus hubungkan hati dengan Tuhan dahulu. Nanti Allah akan campakkan rasa-rasa di dalam hati sebagai panduan. Gerakan hati inilah satu isyarat keputusan dari Tuhan. Akal hanya mengesahkan sahaja keputusan tersebut. Yang membuat keputusan adalah hati, bukan akal.

APA TANDA ROH ITU HIDUP ?

Roha yang hidup akan berperanan. Untuk menilai samada roh berperanan atau tidak, contohnya apabila seseorang melihat keindahan alam, lautan, bukit bukau dan lain-lain, tetapi hati tiada contact dengan Tuhan, tidak terasa kehebatan dan kebesaran Penciptanya, ini bermakna roh tidak hidup, malah telah rosak. Tetapi kalau melihat benda yang sama, hati merasa kehebatan dan kebesaran Tuhan, itu menunjukkan rohnya hidup, dia mendapat rasa berTuhan, dan mendapat iman.

PENTINGNYA MENJAGA ROH

Penjagaan roh adalah penentu nasib di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Lantaran mengabaikan roh, maka hari ini kita terpaksa akur dengan kelemahan umat Islam dari pelbagai aspek. Belum ada satu bidang yang boleh dibanggakan oleh umat Islam. Mana mungkin kita mengalahkan musuh dengan menggunakan senjata ciptaan musuh. Mengapa kita tidak merujuk kepada ’senjata luar biasa’ yang Allah sediakan khas untuk orang-orang bertaqwa.

Cuba lihat kehebatan Nur Muhammad, roh Rasulullah yang aktif berperanan sekalipun setelah baginda wafat. Kehebatan mukjizat Rasulullah terus berlaku iaitu melalui roh muqaddasah mutasorrifah yang sentiasa aktif berparanan. Kalau kita baca kitab-kitab tasawuf, roh orang-orang yg bersih dan disucikan seperti roh para Rasul, wali-wali samada yang masih hidup atau yang telah meninggal, tetap aktif berperanan. Sebab itulah kita boleh bertawassul dengan roh-roh suci ini.

Kita telah melihat pentingnya peranan roh serta kesan luar biasa hasil dari roh muqadasah mutasorrifah. Inilah sebenarnya rahsia kekuatan umat Islam yang Tuhan simpan untuk hamba-hambaNya yg brtaqwa. Rahsia yang cuba diintai oleh musuh tetapi tidak berjaya. Tuhan hanya perturunkan untuk orang-orangNya atau utusanNya. Sebab itulah Rasulullah digelar sirril asror ~ rahsia bagi segala rahsia. Kerana dia berperanan mendidik dan mengendalikan roh manusia di zamannya hinggalah sekarang.

___________________

Oleh: Azahar Abu Talib

Tuesday, June 17, 2008

Saya lebih suka hidup seperti orang yang miskin tetapi mempunyai banyak wang - Picasso
-<>-<>-<>-<>-<>-<>-

Apabila sedang sakit, kita memikirkan jiwa kita tetapi apabila sihat, ramai yang memikirkan wangnya.
-<>-<>-<>-<>-<>-<>-
Bila susah orang benci, bila senang orang dengki.

-<>-<>-<>-<>-<>-<>-

Tuesday, June 10, 2008

PEMIMPIN


" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau."

- Umar bin Abdul Aziz

_______________________

Umar bin Abdul-Aziz (bergelar Umar II, lahir di Halwan, Mesir 63 H / 682, wafat Februari 720) (Arab: عمر بن عبد العزيز) adalah khalifah Bani Umayyah yang berkuasa dari tahun 717 sampai 720. Tidak seperti khalifah Bani Umayyah sebelumnya, ia bukan keturunan dari khalifah sebelumnya, tetapi ditunjuk langsung, dimana ia merupakan sepupu dari khalifah sebelumnya, Sulaiman. Muhammad bin Ali bin Husain mengatakan tentang dirinya, “Kalian tahu bahwa setiap kaum memiliki orang yang yang menonjol? Yang menonjol dari Bani Umaiyah adalah Umar bin Abdul Aziz. Saat dibangkitkan di hari kiamat kelak, merupakan satu kelompok tersendiri.”

Biografi Keluarga

Ayahnya adalah Abdul-Aziz bin Marwan, gubernur Mesir dan adik dari Khalifah Abdul-Malik. Ibunya adalah Ummu Asim binti Asim. Umar adalah cicit dari Khulafaur Rasyidin kedua Umar bin Khattab, dimana Muslim Sunni menghormatinya sebagai salah seorang Sahabat Nabi yang paling dekat.

Silsilah

Umar dilahirkan sekitar tahun 682. Beberapa tradisi menyatakan ia dilahirkan di Madinah, sedangkan lainnya mengklaim ia lahir di Mesir. Umar dibesarkan di Madinah, dibawah bimbingan Ibnu Umar, salah seorang periwayat hadis terbanyak.

Kisah Umar bin Khattab berkaitan dengan kelahiran Umar II

Menurut tradisi Muslim Sunni, silsilah keturunan Umar dengan Umar bin Khattab terkait dengan sebuah peristiwa terkenal yang terjadi pada masa kekuasaan Umar bin Khattab. "Khalifah Umar sangat terkenal dengan kegiatannya beronda pada malam hari di sekitar daerah kekuasaannya. Pada suatu malam beliau mendengar dialog seorang anak perempuan dan ibunya, seorang penjual susu yang miskin.

Kata ibu “Wahai anakku, segeralah kita tambah air dalam susu ini supaya terlihat banyak sebelum terbit matahari”
Anaknya menjawab “Kita tidak boleh berbuat seperti itu ibu, Amirul Mukminin melarang kita berbuat begini”
Si ibu masih mendesak “Tidak mengapa, Amirul Mukminin tidak akan tahu”.
Balas si anak “Jika Amirul Mukminin tidak tahu, tapi Tuhan Amirul Mukminin tahu”.

Umar yang mendengar kemudian menangis. Betapa mulianya hati anak gadis itu. Ketika pulang ke rumah, Umar bin Khattab menyuruh anak lelakinya, Asim menikahi gadis itu.

Kata Umar, "Semoga lahir dari keturunan gadis ini bakal pemimpin Islam yang hebat kelak yang akan memimpin orang-orang Arab dan Ajam”.
Asim yang taat tanpa banyak tanya segera menikahi gadis miskin tersebut. Pernikahan ini melahirkan anak perempuan bernama Laila yang lebih dikenal dengan sebutan Ummu Asim. Ketika dewasa Ummu Asim menikah dengan Abdul-Aziz bin Marwan yang melahirkan Umar bin Abdul-Aziz.

Kehidupan awal 682 – 715

Umar dibesarkan di Madinah, dibawah bimbingan Ibnu Umar, salah seorang periwayat hadis terbanyak. Ia tinggal di sana sampai kematiannya ayahnya, dimana kemudian ia dipanggil ke Damaskus oleh Abdul-Malik dan menikah dengan anak perempuannya Fatimah. Ayah mertuanya kemudian segera meninggal dan ia diangkat pada tahun 706 sebagai gubernur Madinah oleh khalifah Al-Walid I

715 – 715: era Al-Walid I

Tidak seperti sebagaian besar penguasa pada saat itu, Umar membentuk sebuah dewan yang kemudian bersama-sama dengannya menjalankan pemerintahan provinsi. Masa di Madinah itu menjadi masa yang jauh berbeda dengan pemerintahan sebelumnya, dimana keluhan-keluhan resmi ke Damaskus berkurang dan dapat diselesaikan di Madinah, sebagai tambahan banyak orang yang berimigrasi ke Madinah dari Iraq, mencari perlindungan dari gubernur mereka yang kejam, Al-Hajjaj bin Yusuf. Hal tersebut menyebabkan kemarahan Al-Hajjaj, dan ia menekan al-Walid I untuk memberhentikan Umar. al-Walid I tunduk kepada tekanan Al-Hajjaj dan memberhentikan Umar dari jabatannya. Tetapi sejak itu, Umar sudah memiliki reputasi yang tinggi di Kekhalifahan Islam pada masa itu.

Pada era Al-Walid I ini juga tercatat tentang keputusan khalifah yang kontroversial untuk memperluas area disekitar masjid Nabawi sehingga rumah Rasulullah ikut direnovasi. Umar membacakan keputusan ini didepan penduduk Madinah termasuk ulama mereka, Said Al Musayyib sehingga banyak dari mereka yang mencucurkan air mata. Berkata Said Al-Musayyib : "Sungguh aku berharap agar rumah Rasulullah tetap dibiarkan seperti apa adanya sehingga generasi Islam yang akan datang dapat mengetahui bagaimana sesungguhnya tata cara hidup beliau yang sederhana"

715 – 717: era Sulaiman


Umar tetap tinggal di Madinah selama masa sisa pemerintahan al-Walid I dan kemudian dilanjutkan oleh saudara al-Walid, Sulaiman. Sulaiman, yang juga merupakan sepupu Umar selalu mengagumi Umar, dan menolak untuk menunjuk saudara kandung dan anaknya sendiri pada saat pemilihan khalifah dan menunjuk Umar.

Kedekatan Umar dengan Sulaiman

Sulaiman bin Abdul-Malik merupakan sepupu langsung dengan Umar. Mereka berdua sangat erat dan selalu bersama. Pada masa pemerintahan Sulaiman bin Abdul-Malik, dunia dinaungi pemerintahan Islam. Kekuasaan Bani Umayyah sangat kukuh dan stabil.
Suatu hari, Sulaiman mengajak Umar ke markas pasukan Bani Umayyah.
Sulaiman bertanya kepada Umar "Apakah yang kau lihat wahai Umar bin Abdul-Aziz?" dengan niat agar dapat membakar semangat Umar ketika melihat kekuatan pasukan yang telah dilatih.

Namun jawab Umar, "Aku sedang lihat dunia itu sedang makan antara satu dengan yang lain, dan engkau adalah orang yang paling bertanggung jawab dan akan ditanyakan oleh Allah mengenainya".
Khalifah Sulaiman berkata lagi "Engkau tidak kagumkah dengan kehebatan pemerintahan kita ini?"

Balas Umar lagi, "Bahkan yang paling hebat dan mengagumkan adalah orang yang mengenali Allah kemudian mendurhakai-Nya, mengenali setan kemudian mengikutinya, mengenali dunia kemudian condong kepada dunia".
Jika Khalifah Sulaiman adalah pemimpin biasa, sudah barang tentu akan marah dengan kata-kata Umar bin Abdul-Aziz, namun beliau menerima dengan hati terbuka bahkan kagum dengan kata-kata itu.

Menjadi khalifah

Umar menjadi khalifah menggantikan Sulaiman yang wafat pada tahun 716. Beliau di bai'at sebagai khalifah pada hari Jum'at setelah shalat Jum'at. Hari itu juga setelah ashar, rakyat dapat langsung merasakan perubahan kebijakan khalifah baru ini. Khalifah Umar, masih satu nasab dengan Khalifah kedua, Umar bin Khattab dari garis ibu.
Zaman pemerintahannya berhasil memulihkan keadaan negaranya dan mengkondisikan negaranya seperti saat 4 khalifah pertama (Khulafaur Rasyidin) memerintah. Kebijakannya dan kesederhanaan hidupnya pun tak kalah dengan 4 khalifah pertama itu. Karena itu banyak ahli sejarah menjuluki beliau dengan Khulafaur Rasyidin ke-5. Khalifah Umar ini hanya memerintah selama tiga tahun kurang sedikit. Menurut riwayat, beliau meninggal karena dibunuh (diracun) oleh pembantunya.


Sebelum menjabat


Menjelang wafatnya Sulaiman, penasihat kerajaan bernama Raja’ bin Haiwah menasihati beliau, "Wahai Amirul Mukminin, antara perkara yang menyebabkan engkau dijaga di dalam kubur dan menerima syafaat dari Allah di akhirat kelak adalah apabila engkau tinggalkan untuk orang Islam khalifah yang adil, maka siapakah pilihanmu?". Jawab Khalifah Sulaiman, "Aku melihat Umar Ibn Abdul Aziz".
Surat wasiat diarahkan supaya ditulis nama Umar bin Abdul-Aziz sebagai penerus kekhalifahan, tetapi dirahasiakan darai kalangan menteri dan keluarga. Sebelum wafatnya Sulaiman, beliau memerintahkan agar para menteri dan para gubernur berbai’ah dengan nama bakal khalifah yang tercantum dalam surat wasiat tersebut.

Naiknya Umar sebagai Amirul Mukminin

Seluruh umat Islam berkumpul di dalam masjid dalam keadaan bertanya-tanya, siapa khalifah mereka yang baru. Raja’ Ibn Haiwah mengumumkan, "Bangunlah wahai Umar bin Abdul-Aziz, sesungguhnya nama engkaulah yang tertulis dalam surat ini".

Umar bin Abdul-Aziz bangkit seraya berkata, "Wahai manusia, sesungguhnya jabatan ini diberikan kepadaku tanpa bermusyawarah dahulu denganku dan tanpa pernah aku memintanya, sesungguhnya aku mencabut bai’ah yang ada dileher kamu dan pilihlah siapa yang kalian kehendaki".

Umat tetap menghendaki Umar sebagai khalifah dan Umar menerima dengan hati yang berat, hati yang takut kepada Allah dan tangisan. Segala keistimewaan sebagai khalifah ditolak dan Umar pulang ke rumah.

Ketika pulang ke rumah, Umar berfikir tentang tugas baru untuk memerintah seluruh daerah Islam yang luas dalam kelelahan setelah mengurus jenazah Khalifah Sulaiman bin Abdul-Malik. Beliau berniat untuk tidur.

Pada saat itulah anaknya yang berusia 15 tahun, Abdul-Malik masuk melihat ayahnya dan berkata, "Apakah yang sedang engkau lakukan wahai Amirul Mukminin?".
Umar menjawab, "Wahai anakku, ayahmu letih mengurusi jenazah bapak saudaramu dan ayahmu tidak pernah merasakan keletihan seperti ini".

"Jadi apa engkau akan buat wahai ayah?", Tanya anaknya ingin tahu.
Umar membalas, "Ayah akan tidur sebentar hingga masuk waktu zuhur, kemudian ayah akan keluar untuk shalat bersama rakyat".

Apa pula kata anaknya apabila mengetahui ayahnya Amirul Mukminin yang baru “Ayah, siapa pula yang menjamin ayah masih hidup sehingga waktu zuhur nanti sedangkan sekarang adalah tanggungjawab Amirul Mukminin mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi” Umar ibn Abdul Aziz terus terbangun dan membatalkan niat untuk tidur, beliau memanggil anaknya mendekati beliau, mengucup kedua belah mata anaknya sambil berkata “Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan dari keturunanku, orang yang menolong aku di atas agamaku”

Pemerintahan Umar bin Abdul-Aziz

Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad saw dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa disisi Allah” Beliau kemudian duduk dan menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadak" sambung Umar Ibn Abdul Aziz.

Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau mejawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw’’ Isterinya juga turut mengalir air mata.

Umar Ibn Abdul Aziz mula memerintah pada usia 36 tahun sepanjang tempoh 2 tahun 5 bulan 5 hari. Pemerintahan beliau sangat menakjubkan. Pada waktu inilah dikatakan tiada siapa pun umat Islam yang layak menerima zakat sehingga harta zakat yang menggunung itu terpaksa diiklankan kepada sesiapa yang tiada pembiayaan untuk bernikah dan juga hal-hal lain.

Surat dari Raja Sriwijaya


Tercatat Raja Sriwijaya pernah dua kali mengirimkan surat kepada khalifah Bani Umayyah. Yang pertama dikirim kepada Muawiyah I, dan yang ke-2 kepada Umar bin Abdul-Aziz. Surat kedua didokumentasikan oleh 'Abd Rabbih (860-940) dalam karyanya Al-Iqdul Farid. Potongan surat tersebut berbunyi:
Dari Rajadiraja...; yang adalah keturunan seribu raja ... kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan yang lain dengan Tuhan. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan; dan saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya, dan menjelaskan kepada saya hukum-hukumnya.

Hari-hari terakhir Umar bin Abdul-Aziz

Umar bin Abdul-Aziz wafat disebabkan oleh sakit akibat diracun oleh pembantunya. Umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah miliki".
Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?”

Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa"
"Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?"

"Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mau meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah"
Pada waktu lain, Umar bin Abdul-Aziz memanggil semua anaknya dan berkata: "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama : menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam surga (kerana tidak menggunakan uang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih surga." (beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah)

Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gubernur lain yang kaya. Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa setelahnya, keturunan Umar bin Abdul-Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul-Aziz.

_______________________

sumber: wikipedia indonesia

Monday, May 26, 2008

BILA KEBENARAN DIANGKAT, YANG BATIL PASTI SIRNA



IKTIBAR DARI KISAH TIGA ORANG NABI

KISAH NABI IBRAHIM A.S

Pengikut Nabi Ibrahim tidak ramai, hanya sekitar 100 orang. Baginda pernah dibuang negeri ke Turki, di mana Namrud adalah raja yang berkuasa di tanah airnya semasa itu.

Setelah pulang, atas perintah Namrud, Nabi Ibrahim telah dihukum dengan dibakar ke dalam api, yang sangat besar, umpama sebesar ‘dosa’nya memusnahkan patung-patung ‘tuhan’ kaum Namrud. Pengumpulan kayu bakar dikutip dari segala pelusuk negeri dimana setiap penduduk secara gotong-royong harus mengambil bahagian sebagai tanda bakti kepada tuhan-tuhan persembahan mereka yang telah dihancurkan oleh Nabi Ibrahim.

Setelah terkumpul kayu bakar di kawasan lapangan yang disediakan untuk upacara pembakaran serta tersusun laksana sebuah bukit, berduyun-duyunlah umat Nabi Ibrahim datang untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman atas dirinya, api sebesar gunung berapi yang dahsyat menyebabkan unggas yang sedang berterbangan di atasnya berjatuhan terbakar oleh panasnya wap api.

Kemudian dalam keadaan terbelenggu oleh rantai tangan dan kakinya, Nabi Ibrahim diangkat ke atas sebuah menara yang tinggi lalu dilemparkan ia kedalam tumpukan kayu yang menyala-nyala itu dengan iringan firman Allah:

“Hai api, menjadilah engkau sejuk dan keselamatan bagi Ibrahim.”

Maka, tali temali dan rantai yang mengikat tangan dan kakinya terbakar hangus, sedangkan tubuh dan pakaian yang terlekat pada tubuhnya tetap utuh, tidak sedikit pun tersentuh oleh api.

Setelah Allah memaklumkan kepada api bahawa orang yang akan masuk ke dalam api itu adalah orangNya, seorang Nabi Allah, api menjadi sangat gembira dan bersiap sedia menerima kehadiran orangNya yang mulia, malah merasa sungguh berbangga kerana dapat menyelamatkan seorang Nabi Allah dari kehinaan.

Musuh mengharapkan api itu membakar, tetapi api tidak membakar. Sepanjang berada di dalamnya, Nabi Ibrahim begitu cemas. Namun baginda merasakan pembelaan Allah telah berlaku ke atasnya dengan bantuan d iluar logik akal iaitu menjadi dinginnya api.

Dalam misi dakwahnya, kejayaan dan kemenangan Nabi Ibrahim bermula setelah baginda keluar dari api dalam keadaan sihat. Rakyat Namrud yang juga kaum nabi Ibrahim apabila melihat keajaiban itu terus yakin bahawa Nabi Ibrahim berada di pihak kebenaran.

Mereka yakin Nabi Ibrahim adalah orangNya. Kaumnya mampu menerima baginda, tetapi pemimpin mereka Namrud TIDAK MAMPU menerima kebenaran yang dibawa Nabi Ibrahim hingga mulutnya terkunci. Apabila Namrud tidak mahu tunduk juga, Nabi Ibrahim tidak perlu berperang dengan Namrud, hanya didatangkanNya makhluk yang kecil, seekor nyamuk untuk memusnahkan kedegilan Namrud.

Kejatuhan Namrud bermakna sudah hancurlah kebatilan, dan diangkatlah oleh Allah kebenaran hasil campurtanganNya.

________________________________


KISAH NABI MUSA A.S

Nabi Musa ketika terjun ke dalam laut, tidak ada seorang manusia pun terfikir bahawa baginda akan selamat. Tidak ada langsung seorang pengikutnya yang yakin Nabi mereka boleh selamat.

Tetapi keadaannya semasa itu sangat diyakini oleh Nabi Musa. Itulah kemuncak keyakinan baginda kepada Tuhan dalam perjuangannya selama ini.

Keadaan yang sangat mencemaskan itu menyebabkan hati Nabi Musa terhubung dengan Tuhan, seolah2 hatinya bersatu dengan Tuhan. Laut sebagai makhluk Allah merasa sangat bahagia kerana dapat berkhidmat dengan orangNya. Laut menjadi terbuka dan membenarkan Nabi yang mulia itu dan para pengikutnya melaluinya. Laut merasa bertuah dipilih oleh Allah untuk Nabi Allah terjun kepadanya dan dapat berbudi kepadanya.

Firaun yang sedang dalam keadaan sangat marah tidak tahu bahawa beliau dan para pengikutnya sedang menuju ke arah kebinasaan apabila turut melalui lorong yang telah dibuka oleh laut dalam kejadian kejar mengejar itu.

Inilah bukti bahawa Nabi Musa itu adalah orang yang dihantar oleh Tuhan Yang Maha Ghaib. Sebelum itu, Nabi Musa telah melalui berbagai2 episod dan babak dalam memujuk kaumnya kembali kepada Allah, mengajak mengenalNya. Allah menjadikan waktu terjun di laut sebagai kemuncak perjuangannya, dalam mana Nabi Musa sedang dalam keadaan yang sangat cemas.

Sebelum itu, hanya sedikit kaum Nabi Musa menjadi pengikutnya. Memusnahkan Firauan adalah satu jalan Allah menyelamatkan kaum Nabi Musa dari bertuhankan Firaun.

________________________________


NABI YUNUS A.S

Perhatikan Maha Hebatnya dan dahsyatnya kuasa Tuhan. Dalam sesaat, Dia boleh membuat seorang yang dijangka selamat menjadi tidak selamat, yang merasa tidak selamat, diselamatkan. Mana ada kuasa yang boleh berbuat begitu kecuali Allah SWT.
Allah telah memerintahkan ikan paus untuk mendapatkan Nabi Yunus, dan telan dia. Ikan itu telah diilhamkan oleh Tuhan, bahawa Nabi Yunus itu orang Tuhan. Betapa sukanya ikan dapat berkhidmat kepada seorang Nabi Allah., sedangkan Nabi Yunus ketika itu tersangatlah cemas.

Allah telah meletakkan keadaanya menjadi sangat bergantung kepada Allah kerana perlu duduk di dalam ikan paus. Seperti nabi2 lain yang diuji, Nabi Yunus terkejut kerana diberi ruang untuk bernafas dan semakin selesa hari demi hari. Ikan paus tidak makan selama 40 hari untuk memastikan Nabi Yunus selesa di dalam perutnya. Di dalam perut ikan itulah Nabi Yunus bertaubat sesungguh hati. Diletakkan seluruh jiwa, raga dan nasibnya pada Tuhan.

Setelah 40 hari dalam perut ikan itu maka ikan membuka mulutnya & Nabi Yunus berjalan keluar dari perut ikan paus. Sedihnya paus itu untuk berpisah dengan orang yang paling mulia di zaman itu.

Nabi Yunus berkata kepada ikan paus

‘Engkau sangat berjasa kerana sanggup tidak makan untuk menjaga seorang nabi’.

Ada seorang pengikutnya yang diberi ilham bahwa Nabi Yunus selamat dan berada di dalam perut ikan. Hingga bila Nabi Yunus balik maka yakinlah seluruh umatnya bahawa Tuhanlah yang patut disembah bukan selainnya.

_______________________________

KESIMPULAN

Bila umat Nabi Ibrahim melihat baginda selamat dari api selama 40 hari 40 malam, maka tiada lagi hujjah yang menafikan kebenaran baginda.

Yakinlah umatnya bahawa Nabi Ibrahim seorang pembawa kebenaran. Agama Tuhan telah menang, maka berbondong-bondonglah kaumnya menyatakan keimanannya kepada Nabi Ibrahim.

Bila berlaku Nabi Musa diselamatkan, sedangkan Firaun sangat yakin menang, tetapi rupa-rupanyanya Firaun yang kalah, maka cukuplah hujjah Nabi Musa kepada umatnya. Berkatalah semua kaumnya betullah Nabi Musa datangnya dari Tuhan. Sempurnalah hujjah untuk umatnya bahawa Firaun bukan tuhan dan Firaun tidak berkuasa.

Nabi Yunus ditelan ikan paus juga menjadi hujjah kepada umatnya. Allah sahaja yang maha tahu betapa Nabi Yunus sangat-sangat cemas memikirkan keselamatan umatnya semasa terpenjara di dalam perut ikan itu.

Apabila kebenaran telah diangkat oleh Allah, maka kebatilan akan hancur dan sirna, dan kepalsuan itu akan pergi tanpa perlu dihalau.

Para pemimpin yang diutuskan Allah seperti para Rasul dan Nabi-nabi, mahupun para mujaddid sebagai utusan kepada Rasul ( rasul li rasul), adalah pemimpin yang berjaya mengembalikan umatnya kepada mencintai dan mengagungkan Tuhan.

Dalam sejarah, kaum para Rasul silam telah mengangkat barang ciptaan2 seperti matahari, api, patung dan sebagainya menjadi Tuhan mereka, sedangkan umat Muhammad tahu Tuhan yang Maha Besar itu adalah Allah SWT, tetapi terlalu ramai yang tersesat kerana membelakangkanNya dalam semua sudut kehidupan. Sebab itulah dihantarkan seorang mujaddid bertaraf pemimpin setiap 100 tahun untuk membawa manusia menjadikan Tuhan itu segala-galanya, malah sanggup mati keranaNya.

Misi seorang pemimpin hari ini biasanya hanya untuk memberikan rakyatnya makan. Bila dia mampu memberi orang makanan yang cukup, dapatlah dia kekal sebagai pemimpin. Tetapi jika dia tidak mampu memberikan pimpinannya makanan yang cukup, maka akan segera jatuhlah dia.

Besar perbezaan antara pemimpin di sisi Allah dan di sisi manusia. Di sisi Allah, pemimpin yang sebenarnya adalah pemimpin yang dapat menyelamatkan manusia dari kesengsaraan di dunia dan akhirat akibat yang bertuhankan selain Allah.

________________________________
Nota: gambar adalah sekadar foto hiasan


Sumbangan dari:
Azahar Abu Talib
aazahar@tm.com.my