**
mencari identiti: SIAPAKAH KAMI?
Siapakah kami ini sebenarnya?
Bekerja sepanjang hidup untuk mengukuhkan kehidupan masa depan tetapi sebenarnya melambakkan wang yang banyak kepada bank dan institusi kewangan supaya mereka boleh hidup subur dengan wang riba yang bertimbun.
Awal pagi kami bangun menunaikan solat subuh dan berdoa supaya hidup kami diberkati. Menjalani kehidupan harian - seperti orang lain juga tak terlepas dari berhutang membeli rumah dan kenderaan untuk menikmati hidup yang lebih ceria lebih selamat, sebahagian gaji kami diperuntukkan untuk membayar ansuran pinjaman. Sejumlah yang lain ditolak ke dalam tabungan KWSP dan Cukai Pendapatan - selebihnya itulah perbelanjaan keluarga membeli makan minum, membayar bil yang semakin meningkat, menghantar wang kepada ibu bapa - bakinya untuk riadhah berkelah di air terjun atau sungai berhampiran. Setakat itukah kami?
Siapakah kami ini sebenarnya?
Menghantar anak ke pusat tuisyen untuk menjadi pelajar yang cemerlang sedangkan seperti tidak cukup-cukup 6 jam mereka mengadap muka guru-guru di sekolah setiap hari ditambah pula dengan beberapa jam seminggu terlibat dengan aktiviti ko-korikulum. Menggaji guru luar yang mengajar anak-anak kami belajar mengaji Al Quraan bukannya mengenal erti alif sampai ya - ditambah pula dengan kelas fardhu ain. Apabila pulang ke rumah, mereka didedahkan dengan segala bentuk media yang ruangan hiburannya seperti tidak cukup-cukup. Mata anak-anak seolah dipaku melekat dengan gossip yang menyelak kain orang, drama penuh emosi si isteri memarahi sang suami - anak mengherdik kedua ibubapa dan siri-siri lawak kelas rendah yang hanya laku di Malaysia.
Anak-anak kami melariskan kedai-kedai fotostat dengan kerja rumah yang memerlukan mereka berkebolehan menyalin dan melekat. Setiap naik kelas, merunsingkan kami dengan borang-borang yang sama setiap tahun meminta maklumat murid, disertai dengan maklumat ibubapa serta slip-slip gaji dan berbagai-bagai maklumat lain seolah-olah lagu-lagu IT yang berkumandang dahulu dari pagi hingga ke tengah malam seperti menyiram air ke daun keladi.
Peliknya, apabila anak-anak kami tamat belajar dari universiti atau pusat pengajian tinggi - terkial-kial kerana tidak tahu untuk meneruskan kehidupan mencari rezeki sendiri. Ibubapa yang mahukan anak-anaknya mewarisi perkhidmatan mereka dengan kerajaan, menggigit jari sendiri kerana tahap umur bersara di tambah 3 tahun lagi. Kakitangan yang agresif juga akhirnya bertukar menjadi kayu mati tetapi masih dibayar gaji. Lambat lagilah mereka menyumbang masa untuk diri sendiri. Simpanan KWSP semakin hari semakin rugi kerana melabur di dalam Unit Trust atau Mutual Fund, tetapi tidak tahu dana jenis apa yang disertai. Mahu keluar terlalulah susah kerana consultant akan mengatakan bahawa pasaran akan naik lagi sedangkan fund manager pun tidak pasti kerana ianya pelaburan jenis ekuiti.
Tak mengapa - walaupun rugi, skim ini mendapat restu dari Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti - consultantnya pula mempunyai ramai pelanggan dari pejabat Tabung Haji. Ianya menjadi pelaburan yang diberkati. Seperti Toto - dahulu diberkati sekarang judi - siaran secara langsung disiarkan di dalam TV. Adakah anda ingat lagi?
Siapakah kami ini sebenarnya?
Hanya di anggap patriotik jika mendaftar menjadi pengundi. Di suruh memilih pemimpin yang akhirnya hanya suka bercakaran sesama sendiri. Ada pula yang tumbuh spring di kaki, melompat keluar parti atau berpolitik sesama sendiri di dalam satu parti. Terbalik pula pengertian perkataan wakil rakyat, sepatutnya mereka yang mendengar kata-kata kami tetapi apabila terpilih dan kuasa sudah di dalam genggaman, kami pula yang dihujung kaki.
Ramai pula yang menjadi pagar makan padi. Salah kami kerana terlalu percayakan sistem demokrasi yang rupa-rupanya boleh dijual dan dibeli. Pada zaman Rasulullah atau era Nabi - tidak ada penamaan calon atau orang keluar mengundi semasa terbinanya Kerajaan Madani.
Siapakah kami ini sebenarnya?
Menjadi umat yang tak sedar diri, hanya menjadi alat mainan Yahudi. Mereka amat memahami kehendak hati yang ditundukkan oleh nafsu di dalam diri. Ramai umat Islam yang sampai mati menjadi penyumbang dana Yahudi tanpa disedari kerana tidak mengenal diri dan tidak tahu di mana letaknya hati?
Yahudikah kami, melihat orang senang tumbuh di dalam hati rasa dengki. Didatangi orang susah, kami pandang dengan benci? Yahudikah kami, kini diri takutkan mati sedangkan itulah satu yang amat pasti? Yahudikah kami, hanya puas menjadi pengikut dan mempercayai membuta tuli sedangkan tidak berfikir dengan akal sendiri? Yahudikah kami, jika bertanyakan soalan kepada khatib yang membaca khutbah Jumaat sedangkan banyak kata-katanya yang tidak kami fahami? Yahudikah kami, membantu anak-anak yatim membuatkan mereka tidak boleh berdiri di atas kaki sendiri? Yahudikah kami, sampai kini tidak menemui jalan hakiki.....?
........atau kami selama ini hanya menjadi mangsa doktrin Yahudi yang tidak mahu kami mengenal diri. Mereka menyelinap di dalam segala bentuk sistem kehidupan seolah-olah itulah kriteria jati diri dan sifat insan terpuji. Ikutlah kami membuta tuli lalu dibawa sehingga mati, menjadi warisan banyak generasi. Patutlah sekarang - kitalah yang paling rugi tapi masih tak sedar diri walaupun tanah dan air sudah banyak tidak dimiliki kerana menjadi pajak judi.
Melaung ketuanan yang kini tidak lagi kita miliki, malu juga pada diri sendiri.
~
Selepas membaca artikel ini sempena Maulid ur Rasul, mohonlah Allah supaya dititipkan cahaya di dalam hati sebagai permulaan mengenal yang hakiki.
Janganlah memegang kepercayaan yang salah hingga ke mati.
Kelak kita juga yang rugi.
~
Selepas membaca artikel ini sempena Maulid ur Rasul, mohonlah Allah supaya dititipkan cahaya di dalam hati sebagai permulaan mengenal yang hakiki.
Janganlah memegang kepercayaan yang salah hingga ke mati.
Kelak kita juga yang rugi.
~
1 comment:
Tok Janggut,
Membaca blog ini saya dapati kelainan dari blog-blog yang lain. Artikel ini paling saya suka. Pedih kata-kata Tok itu. Rasa pipi saya ditampar kuat.
Saya ambil kesempatan untuk ucap terima kasih pada tok kerana telah buka mata saya. saya malu pada diri sendiri dek kebodohan diri sendiri yang cepat mempercayai satu-satu fahaman tanpa usul periksa. Demokrasi tu, politik pun sebenarnya sangkar yahudi. Racun pada rohani dan jasmani kita.
Kenapa pemimpin-pemimpin kita masih melaungkan demokrasi? Alim ulamak yang belajar hingga keluar negeri tu takkah mereka mengkaji dan buat bandingan selama ini?
Teruskan berkarya Tok. Saya dapati Tok tidak berpihak kepada parti-parti politik. Tok cuma nyatakan kebenaran, itu yang saya suka.
Terima kasih Tok.
Post a Comment